penghayatan Al Fatihah

Surah Al Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan secara lengkap kepada Junjungan Besar Muhamad S.A.W. ..surah Al Fatihah mempunyai nama-nama lain seperti As Sab’ul Matsani,Ummul Furqan,Ummul Kitab dan sebagainya.

surah ini mempunyai makan yang begitu besar sekali,bahkan dengan tujuh ayat dari surah Al Fatihah sahaja mampu membawa manusia lemas ke dalam lautan ilmu.Dengan tujuh ayat sahaja,saintis mula mengenal masa,dalam seminggu ada tujuh hari,.Tujuh dan tujuh,saintis menemukan tujuh organ penting dalaman manusia,.Tujuh dan tujuh,saintis memperkenalkan tujuh variasi warna pelangi.segala-galanya bermula dengan angka tujuh..SUBAHANALLAH…!!!

surah Al Fatihah mempunyai sekurang-kurangnya lima prinsip yang mencakupi secara global kitabullah,namun dalam enrti kali ini kita akan membicarakan tentang prinsip ibadah yang terdapat dalam surah Al Fatihah pada ayat yang ke-lima yang bermaksud,

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan kami meminta pertolongan

Prinsip ibadah  yang terdapat pada ayat yang ke0lima membawa pengertian ibadah,yang akan ditekankan ialah ibadah solat.(wahai pembaca,sudahkah anda mengerjakan kewajipan anda sebagai hamba Allah..??)

Rasullullah S.A.W.  pernah bersabda,

Sesungguhnya solat itu tiang agama.Barangsiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya.Dan barangsiapa yang meninggalkan solat sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya sendiri.

Betapa besarnya kepentingan solat  terhadap kita dan kemajuan islam.Rasullullah S.A.W. sendiri telah menegaskan kepada sesiapa yang meninggalkan solat sesungguhnya dia telah MERUNTUHKAN agamanya sendiri..!!!

Nauzubillah..

Bahkan jika dihitung fakta sejarah,sewaktu Sultan Muhammad al-Fatih hendak menawan Kota Constantinople,beliau hanya berperang bersama-sama mereka yang bangun malam mengerjakan Qiyamullalail.Lantas,kerana cinta mereka kepada redha Allah dan ibadah.Mereka memenangi peperangan tersebut.Inilah kelebihan solat yang telah menjadi kewajipan kepada kita sejak kita di alam roh lagi.Bukankah kita pernah berikrar di hadapan Allah dahulu..?Dimanakah janji kita..??Sedarkah kita bahawa ajal dan maut di tangan Allah..?Insaflah sebelum semuanya terlambat..sebelum jasad kita dikebumikan bersama kain putih dan keranda.

Era globalisasi kini dan kemajuan tanpa sempadan telah melemaskan manusia yang kian hanyut dibuai asyiknya cinta dunia dan fantasi yang dicipta oleh syaitan dan angkatannya,nafsu.Buktinya apabila manusia pada hari ini tidak lagi memandang solat sebagai suatu kewajipan sebaliknya hanya menganggap solat sebagai bekalan yang hanya boleh dicari oleh mereka yang berada di usia senja.Inilah mentaliti yang harus diubah…!!!

Generasi hari ini lupa pada Al Quran,Sunnah ditinggalkan,bahkan ulama dibenci..!!

Generasi hari ini lebih gemar cara hidup Yahudi,mereka bergembira dengan cara hidup Nasrani.Generasi hari ini lupa bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta kita,yakni Allah..

Insaflah dan hayatilah setiap bait-bait yang terdapat pada Kitabullah.nescaya kita akan berjaya dunia dan akhirat.

InsyaALLAH..

*entri merupakan skrip khutbah bagi pertandingan NAdwah ISlamiyah KPM/KM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s