Cinta Dunia VS Cinta Akhirat

artikel ini dipetik dari http://darkviolet.multiply.com.

Aeizat telah melakukan sedikit rombakan terhadap ejaan dan struktur ayat.

artikel ini didengari oleh penulis dalam bual bicara Ad-Deen..di IKIM.fm

5 perkara menyebabkan manusia melupakan ttg 5 perkara:- (penulis  sebut 3 je,sebab tak sempat salin)

  • 1.Cinta kpd makhluk sampai lupa pd ALLAH.
  • 2.Terlalu cintakan dunia sampai bencikn mati.
  • 3.Cinta dunia sampai bencikn akhirat (berkemungkinan sama maksud dengan sebab k2)

Dalam era modenisasi kini,zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar. Kerana apa? Kerana zaman remaja adlah zaman remaja mencari identiti sendiri dan remaja jadi gemar untuk mencuba.

sudah dikatakan…

La Takrabuzzina yang bermaksud jangan mendekati zina tapi masih mendekatinya juga. Macam laman web sosial seperti friendster,facebook dan yang sekutu dengannya,lelaki hantar mesej dengan perempuan,perempuan hantar mesej dengan lelaki tentang 1 perkara yg tak perlu(ni sy saje tmbh, penceramah x sebut pon..). Sebab tu,,kita kena ikut apa yg ALLAH suruh,memanglah sebab ALLAH yg cipta kita. DIA tahu apa yg boleh merosakkan amal ibadah hambanya kerana bukankah ALLAH itu Maha Mengetahui..??

Imam Ahmad mengatakan bahawa,

Cinta menjadikan diri itu buta & tuli”.

Kenapa Imam Ahmad kata macam tu..??

ini kerana,dengan cinta,manusia sanggup melakukan 10 perkara yang dianggap berada di bawah paras kebijaksanaan manusia.Perkara yang dimaksudkan adalah…:-

1. terlalu mempercayai pasangan
2. perlakuan yang melampaui batas pergaulan(macam bercumbuan dan berpegangan tangan)
3. sanggup b’khalwat n b’zina(Nauzubillah)
4. tinggalkan ibu bapa (contoh terbaik ialah menipu ibu dan bapa)
5. derhaka kpd ibu bapa(Nauzubillah)
6. membazirkan fulus (erti kata lain,duit.-top up dan sebagainya)
7. melahirkan anak luar nikah(akibat daripada zina)
8. murtad
9. sanggup murtad(AEizat berkata,berapa kali statement murtad..)
10. paling penting skali…GANGGUAN SEMASA BERIBADAH (aeizat berkata,-betul2,sebab pernah ada pengalaman)

terdapat sesi soal jawab yang diselitkan semasa forum ini,seorang sahibbah bertanya,

Soalannya: –  Adakah percintaan alam remaja dibolehkan dlm ISLAM? Jika boleh, mcm mana nak buat cinta tu diredhai oleh ALLAH sehingga ke gerbang perkahwinan?

Bagus soalan budak pompuan tu.Lalu, ustaz yakni ahli forum menjawab:-  Syaitan akan sentiasa mengganggu kita. Lebih2 lagi dlm alam remaja ni. Syaitan2 ni (samada  drpd kalangan jin @ manusia) ade 1001 cara nak gugat iman kita.Kalau guna plan A tak berjaya,syaitan ni akan guna plan B pulak.. Oleh sebab itu,kita hendaklah  sentiasa sibukkan diri ngan masjid (slalu gi masjid la,lebih2 lg kaum adam mmg Rasulullah suruh solat kat masjid,bkn skdr solat tp hadiri ceramah,majlis ilmu..jd kte kene la ikut. kan ke kte nak tergolong dlm umat Nabi Muhammad s.a.w,mestilah ikuti sunnah baginda).Golongan2 sebegini adalah golongan yg diangkat darjatnya oleh ALLAH. kita tak tahu dimana kedudukan kita di sisi Allah,mungkin sama dgn org mati syahid?sama dgn para ulama’?same dgn para sahabat?wallahualam… beruntunglah orang yang  ditinggikan darjatnya oleh ALLAH s.w.t..Apabila terjalinnya iktan perkahwinan maka syaitan-syaitan akan berlari bertempiaran kerana mereka begitu bencikan perkahwinan.dilihat dalam isu pertunangan,Pertunangan bukan satu kebenaran ataupun tiket untuk kita berpegangan tangan dan berdating??Tiada imam yang mengatakan boleh..!!!!!!jadi,buat pasangan yang sedang bertunang,jangan tangguhkan perkahwinan anda..bila dah kahwin,barulah LINE CLEAR..!!
Putus tunang tidak apa,tp kalau bercerai, ALLAH murka. Walaupun penceraian itu  Halal,tp ia adalah perkara Halal yg paling ALLAH benci tau tak?Apabila berlaku prceraian,bergegar Arasy ALLAH tandanya ALLAH sgt murka!!

Aeizat mencelah,ustaz sy pernah berkata,apabila kita jadi pendakwah atau nak belajar ilmu agama,hendaklah berkahwin kerana dengan perkahwinan segala-galanya bisa diurus.
Dalam ISLAM,ptunangan ada 2:-
1.Rasmi(perhubungan antara dua belah pihak.)
2.tak rasmi yang bermaksud secara tidak rsami…

Oleh yg demikian,para remaja sekalian kita hendaklah sentiasa mengawal nafsu.Selain itu,banyakkan bergaul dengan orang berilmu ataupun golongan ulama,tingkatkn ilmu dan akhlak …
(pesanan penting buat ibu bapa)

  • Jgn biarkan anak2 buat temujanji yg terlarang (cam dating,chatting berdua kerana pabila lelaki dan perempuan berduaan nescaya syaitan adalah yang ketiga)
  • Kalau nak jumpa juga,pastikan anak-anak memakai  pakaian yg tutup aurat ,
  • ajak kawan lain yang mahram (yang haram dikahwini)
  • tempat temujanji di dpn khalayak ramai,
  • dan MOST IMPORTANT THING, jaga pandangan.

kerana apa..??kerana melalui pandangan sahaja boleh berlakunay zina. kalau terasa nak jumpa juga pasangan, nak juga bercumbuan, janganlah buat pasal apa? Pasal agama ISLAM ialah agama yg baik,agama yang ingin memelihara kita drpd sebarang masalah dlm hidup.

BETUL…knapa? tak percaya ea?

Kalau kita amalkan ajaran islam yang sebenar-benarnya,kita laksanakan apa yang diperintahkan ALLAH dan kita tinggalakan laranganNYA,kita amalakn sunnah RAsullullah S.A.W.,kita ikut apa yg mak ayah suruh…InsyaALLAH hidup kita akan bebas dari dibelenggu dgn sebarang masalah.

Jgn jadi cam AIMAN…semuanya akan dikata,”Aiman tak keeesaaaah…”

semoga sesipa yang membaca artikel ini akan beroleh hidayah dan rahmatNYa..

InsyaAllah…

Sebarkan…..

One thought on “Cinta Dunia VS Cinta Akhirat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s