kalau benarlah katanya…

Mungkin satu hari Tuhan akan beri atau dikuniakan hidayah kepada Guan Eng untuk bersama Islam. Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz. Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai-bagai lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. ‘Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz.’

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila seorang aktivis politk, Mohd Sabu (rasanya aku baca melalui blog kawan) tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri….

Balik semula kpd kisah tadi, dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu…. Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) . Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku-buku berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini…..

Bagaimana kita orang Islam?….

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, ‘Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam.’ Guan Eng jawab, ‘Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu….’

Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai-ramai doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh. Amin ya rabbal alamin..

Nota Fatih : Suasana Politik di Malaysia ni mewarnai pelbagai isu samada yang menarik ataupun yang pahit. Bagiku, semoga dalam perbezaan ini terdapat titik-titik persamaan yang dapat diambil oleh kesemua pihak untuk memastikan keharmonian Malaysia kekal sebagai lambang dan imej Malaysia di mata dunia.. Oleh itu Berpakatlah demi anak cucu kita. Orang tanya aku lani pilih parti mana… aku kata , Aku Non-Partisan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s