Lupa kepada Allah S.W.T.

dipetik dari terjemahan kitab Mukashafah al qulub karya Imam al Ghazali..

      Penenang Jiwa(ms 21-23)

Lupa kepada Allah S.W.T. akan menambah kerugian,menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian.Bahkan di samping itu,dapat pula menambah sifat iri hati dan penyesalan.

        Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya.Kemudian dia bertanya kepada gurunya itu.”Apakah kerugian  yang lebih besar engkau rasakan..??” Gurunya menjawab,”Lupa kepada Allah S.W.T.”

    Dirawikan pula,sebahagian mereka bermimpi bertemu  Zun Nun Al Masri.kemudian mereka bertanya,”Apakah yang Allah S.W.T. lakukan kepadamu..?”  Zun Nun menjaab,”Allah S.W.T. memanggilku seraya berkata”wahai orang yang mengaku-ngaku,wahai pendusta,engkau mengaku cinta padaKu.Namun kemudian engkau melupakanKu.”

         Engkau selalu lupa,

         Sedang hatimu tetap tiada,

         Padahal umurmu kian tiada,

         Namun dosamu tetap bertambah,

         Waktu terus berlalu,

         Sedangkan dosa kian bertambah,

         Malaikat Maut dating bertemu,

         Namun hati tetap lalai,

         Nikmatmu di dunia,

         Hanyalah kepalsuan dan angan-angan,

         Hidupmu di dunia hanyalah muhal dan bathil..

Abu Ali ad Daqaqi berkata,

   Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit.Dia dikerumuni oleh anak-anak muridnya.Dia memang seorang guru besar.Ketika itu,dia sedang menangis,padahal umurnya sudah lanjut.Maka kutanya dia,

        “Wahai sheikh,apakah kamu menangis dunia ini?”

          “Bukan,aku menangis kerana aku tidak dapat melakukan solat lagi.”

Dia menerangkan lagi,

           “kerana ini hari terakhir bagiku.Padahal aku solat dalam keadaan lalai.Aku angkat

            kepalaku dalam keadaan lalai.Jangan-jangan aku mati pun dalam keadaan lalai

            jua.”

Dengan nafas terputus-putus dia mmbacakan syair.

               Kufikirkan hari perhimpunan dan Kiamat,

              Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara,

             Sendirian,tanpa teman, setelah mulia dan jaya,

            Tubuhku tergadai dengan tanah liat,

             Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab,

         Juga hinanya makamku waktu diberi kitab,

         Namun harapanku kepada Engkau,

         Wahai Tuhanku,

        Wahai Penciptaku,

         Engkau ampuni kesalahanku……

 

 

 

Tersebut dalam hadis daripada Rasullullah S.A.W.,baginda bersabda,

           “tertulis di Arasyi,Aku menuruti orang yang taat kepadaku.Aku menyintai orang ynag menyintaiKu,aku kabulkan orang yang berdoa kepadaKu.Dan Kuampuni orang yang mohon ampun kepadaKu”

                                           

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s