ubah persepsi anda tentang tingkatan 6

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM

  • Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
  • Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  • Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  • STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
  • Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

 

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan

  1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek

Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.

Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 – 3.00 = 0.75 jauh tuu…

Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…

Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.

Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.

Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.

Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.

Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.

Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.

Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.

Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,

Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Artikel di atas sebenarnya adalah komen yang ditulis oleh saudara Faizi pada 13, 17 dan 18 September 2008 di penulisan tentang Tingkatan Enam Sesi 2008 di ePutra.com. Komen beliau dipaparkan di sini sebagai panduan kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Tingkatan Enam.

278 thoughts on “ubah persepsi anda tentang tingkatan 6

  1. Pingback: Ubah perspesi anda tentang Tingatan 6 « Inderaputera's Blog

    • peluang ada di mana2..
      insyaAllah..
      kalau anda berusaha..
      pastikan anda benar2 mahukannya..
      jika anda ambil aliran kemanusiaan,peluang anda akan lebih ter arah ke bidang kajian sains kemanusiaan dan saya doakan anda berjaya..
      majukan diri untuk Islam,bangsa dan agama..

      • Saya peliklah……nape ramai mak bapa kata tingkatan 6 ni untuk budak yg level rendah….sedangkan ia satu cara nak pegi universiti.

      • kerana persepsi masyarakat yang lebih menganggap perkataan ‘universiti’ lebih tinggi daripada title kolej dan sekolah Pra Universiti…

      • salam..
        nak tanye klu lah saye nak msok f6…pd mase yg same saye tggu rayuan tuk ipta gak…x rase buang mase ke kat f6 tu nnti…yelah kena beli barang2 lagi n baju skolah n jelaskan yuran lak 2….erm….rase2 klu dpt twran rayuan nak kluar f6 ke atau teruskan..???

      • Yuran STPM tidak semahal yuran IPT.
        lagipun, boleh minta tangguhkan bayaan yuran itu.

        berkenaan kerugian masa.
        anda dapat kelebihan belajar apa yang orang lain tidak belajar.
        🙂

        Maaf kerana lambat membalasnya.
        🙂

      • form six merupakan pilihan terakhir sy…sy tiada mnat lgsung utk memasuki f6.
        tetapi kerana f6 adalah satu-satunya peluang untuk sy ke universiti,maka sy memaksa diri sy ke f6 walaupun hati sy sgt berat. malah sy tidak menyukainya langsung. sy selalu b’fikir ke arah negatif seperti sy akan gagal. minat sy ialah melanjutkan pelajaran ke kolej-kolej swasta bersama-sama teman sy dlm bidang sains kesihatan,tetapi keluarga sy menghalangnya. jd f6 adalah pilihan terakhir sy…patutkah sy teruskannya walaupun tiada minat langsung?

  2. nk tnye pendapat..
    lbh baik f6(sastera kemanusiaan) atau kolej komuniti(agro industry)..???
    kalu sye msok f6..di U nnt sye bleh amik course ap ea???

    • Lebih baek form 6 daripada kolej komuniti..
      sebab bila anda masuk form 6,seumpamanya anda telah menjejakkan separuh kaki anda ke degree..so,saya rasa tingkatan 6 lebih baik..berdasarkan pengalaman dan fakta..

      • Assalamualaikum.belajar di tingkatan 6 itu memang satu pilihan yang cukup bagus malah itu juga satu pilihan yang sangat tepat.ramai berpendapat form 6 students nie golongn yang rendah martabatnya malah ada juga segelintir yang menganggap kebanyakan mereka ialah golongan yang tersingkir daripada pemilihan u.jika kita berfikir, dan renungkan sejenak bukankah itu benar?bukankah itu yang berlaku dalam fenomena pelajar kita sekarang?tetapi hanya segelintir bukan?.namun,masih ada golongan yang niatnya untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.malah ramai yang mengelakkan diri dari masuk f6 dan berhajat ke u sebab apa?of cos sbb status!kalau niat nak pegi u sekadar untuk berbangga sbb dah masuk u nescaya tiada keberkatan.sbb itu jika dikaji mengapa ramai antara kita yang menganggur dan mendapat pointer below than 2.9?sbb tiada keberkatan dalam kehidupan.tetapi,masih juga terdapat pelajar yang tidak sanggup mnjadi f6 sbb sukatan pelajaran itu sukar.belum cuba belum tahu.jika kita percaya pada diri sudah tentu Allah memberi yang terbaik untuk kita.

        “to be a champion you have to believe in yourselves when nobody else will”

        adakalanya masuk u itu lebih baik untuk kita adakalanya f6 itu yang terbaik.istikharah adalah jawapan yang paling tepat.maka berdoalah.lastly,stdying in f6 is fun. =)

  3. assalamualaikum.sy ingin thu pe pndapat kowrg smua tntang situasi sy skrang,.taun lpas ambek sTAM,Pastu gagal.taun ni cita2 nk ambek stpm.Tpi takut2 nk masuk u 6t pyah.Sbab sPM kantoi paper mate.bleh x sy msuk u jka ambek stpm dpt poiter 3 keatas dgan mate sy kandas.

    • awak belum cuba lagi kan..?
      insyaAllah,kalau awak ikhlas untuk majukan diri anda.tiada masalah untuk awak mencatat kejayaan.Siapa tahu,untuk tahun seterusnya mungkin Saudara Marwan dinobatkan sebagai pelajar terbaik STPM seluruh Malaysia?
      Saudara Marwan yang dikasihi,
      Manusia itu berjaya hanya kerana satu benda,iaitu kerana dia BERUSAHA..
      insyaAllah,saya doakan anda berjaya dengan cemerlang.
      Semoga Usahamu dirahmati Allah…
      oh ya,
      petua untuk berjaya..:
      1.Jangan tinggalkan solat dan jangan lupa berdoa..
      2.Sebelum anda memulakan bacaan,anda dinasihatkan untuk berzikir sebentar untuk menenangkan jiwa anda.
      3.Mintalah hanya kepada Allah.

  4. Stpm saya rasa sangat seronok walaupun saya tengah menunggu keputusan spm..Saya nak ambik f6 Aliran sains di sekolah swasta..tetapi sebenarnya saya di sekolah adalah budak sastera…jadi adakah sijil stpm dikeluar kelak sijil itu diterima??disebabkan saya aliran sastera ke aliran sains?..
    Saya amat minat fizik..cita-cita saya adalah “man who know everthing” dan saya nak ambik fizik teori di universiti kelak.Walaupun kerjaya fizik teori ini tidak banyak diambil atau kaya atau peluang yang cerah untuk berkerja..saya tak kisah.. sebab kerjaya perkara kedua atau ketiga..perkara pertama saya adalah..”Seseorang Yang Tahu Segala-galanya” saya minat fizik..Saya perlukan dorangan dari cikgu mentor saya dan orang sekeliling saya untuk membantu matapelajaran ini…sekian Terima Kasih..

    Tambahan, Harap encik dapat jawab soalan saya tadi..:)

    • InsyaAllah..saya doakan anda berjaya menjadi apa yang anda impikan.
      sijil stpm itu diterima,bahkan anda mempunyai kelebihan dalam mempromosi diri kerana daripada aliran sastera beralih ke aliran sains. Itu merupakan satu kelebihan yang unik.
      semoga Sukses!

      • Terima kasih, Ibnu Fuad..Kerana mendoakan saya berjaya. Walaupun saya belum memberitahu hal ini kepada ibubapa saya…sebab saya lebih selesa supaya mereka melihat dulu keputusan SPM saya..supaya mereka ada keyakinan terhadap diri saya ini untuk mengambil Stpm ini..:)

      • Salam…sya pelajar lepasan spm 2012,sya memperoleh 7A 2B 1D,kini sya menduduki f6..dan agi sebulan akan menjawab soalan STPM sem 1…masalah di sini ialah sya pelajar aliran sastera wak2 spm dan dpt aliran yg sme di stpm,sya ingin tukar aliran cause sya sgt ske kn fizik…ape yg ptot sya buat???sya nk tukar aliran seblom menjawab stpm sem 1 yg mengikut sistem modular…tlong sya please…..

      • 🙂

        all the best!

        jika anda pilih fizik, maka itulah anda yang inginkan. dan jangan salahkan fizik jika subjek itu anda tidak berjaya kuasai.

    • Boleh..tapi awak kena usaha lebih dari student lain sebb anda tak ada basic untuk sains semasa di form 5..

      dan jika awk boleh score dlm STPM,anda punya kelebihan yg sangat besar!
      Jadi, saya ingatkan sekali lagi..
      jika ingin masuk form 6 aliran sains,
      anda kena usaha kaw2 punya sebb anda tak ada basic di form 5..
      saya doakan semoga anda berjaya!!
      good luck!

  5. saya pljr aliran sains(SPM)……..saya teringin nk msk f6…….tp saya confiuS..nak ambil aliran sains atau aliran kemanusiaan…….cite2 saya untk mnjadi guru..apakh pointer y harus saya kecapi.adakah 3.0 ke ats

  6. saya student aliran sains……..saya ingin masuk f6………ttp saya confius nk msk aliran sains or aliran kemanusiaan.saya ingin mnjd seorg guru…….aliran mane y sesuai dgn cite2 saya dan brpkh pointer y perlu saya dpt untk mnjd guru…..adakh 3.0 ke ats……….

      • thanks saya ucpkn,saya nk tanya nie,jika saya msk aliran kemanusiaan,adakah saya ada peluang utk mnjadi guru

      • peluang bagi pelajar STPM utk menjadi guru sentiasa ada di mana2,

        JIka anda bukan lulusan Ins guru sekalipun,anda tetap boleh menjadi guru..
        😀

  7. bagaimana caranya untuk saya mohon pertukaran aliran sastera ke aliran sains.. n adakah berkemungkinan besar rayuan saya diterima..?

  8. saya ada 1 lagi soalan, apakah sbjk yang sepatutnya saya ambil untuk mnjadi guru mate..untuk pengetahuan anda saya dah ambil keputusan y saya nk ambil aliran kemanusiaan……dan saya x tahu nk ambil subjek apa

    • aliran kemanusiaan itu umum.. Ekonomi, Sastera Melayu, Seni Visual, Pengajian Perniagaan, Prinsip akaun smuanya berada dalam Aliran Kemanusiaan.. Jd, klu nk jd guru matematik dgn sijil STPM, rasanya elok ambik subjek ekonomi / pengajian perniagaan / prinsip akaun di tgktn 6 sbb ketiga-tiga subjek ni byk mengira b’banding subjek lain.. & sejarah pon penting utk memudahkan masuk ke universiti cuma sejarah straight to the point, membaca je, xde mengira.. buat buai tdur pon boleh.. ;p

      tp skrgkn susah nk dpt jurusan perguruan jd eloklh jugk ambik subjek sejarah sbb sejarah penting skrg ni..

  9. salam sejahtera semua. sy ada masalah disini. sy merupakan pelajar MRSM. dn tahu lepas menduduki SPM. kptsan yg sy dpt ialah 5A,2C,2D. subjek sains sy semua nya sekadar lulus. sy berminat dn mahu meneruskn pengajian ke tingkatan 6. masalah nya, sy keliru nk ambil aliran sn or art. sy jg bcita2 mahu mjadi seorang doktor,tp sy merasakn tidak boleh carry on dgn subjek sn. kerana itu yg terbukti sepanjang pengajian sy di MRSM.
    kalau dbri pilihan sy mahu bersungguh2 lg dlm mpelajari ilmu sn sperti yg sy lakukan smsa SPM. sy sdkt kecewa tetapi belajar untuk bersyukur dgn m’andaikn bhwa rezki Tuhan yg tentukan. apakh sy msih ada peluang untuk membiaki diri dn mjdi doktor merupakn realiti bg sy? Atau mungkin kh sy terlalu rigid dgn cita2 sehingga lupa mgukur baju di bdn sendiri?sila bg nasihat spya sy berjaya dlm pengajian d tingkatan 6. terima kasih..

    • Anda mempunyai dua persepsi yang membuatkan saya keliru dgn personaliti anda.

      justeru,saya kemukakan pandangan saya..

      biar saya ceritakan sebuah kisah benar tentang lecturer saya.
      dia merupakan seorang pelajar yang lemah dalam bidang matematik.
      Selepas mendapat keputusan SPM, ayahnya telah memaksa dia untuk mengambil jurusan Pengkhususan sains matematik.
      Ya,dia masih seorang yang gagal tetapi akhirnya dia menyedari bahawa kegagalannya di masa lalu bukan penyebab dia harus digelar SI Gagal Dlm Matematik. Untuk pengetahuan anda,dia pernah gagal paper statistik yang menyebabkan dia mengulang sebanyak tiga kali.

      dan anda tahu,kini dia di mana.? dia pemegang PHD dlm bidang matematik.
      baru sahaja menghadiri konvo di UTM skudai.
      Dia menjadikan kegagalannya sebagai azimat untuk mengecap kejayaan yang lebih baik.

      kini,anda tahu jawapan saya..
      jika anda rasa bahawa anda ingin mengejar cita-cita anda.Maka saya sarankan agar anda berani menerima cabaran . Cabar diri anda untuk berani menghadapi apa yang pernah menjadi kegagalan anda. Jangan pernah takut untuk menghadapi kegagalan. kita belajar dari kegagalan,kan?
      Usah jadikan ukur yang lalu sebagai azimat,tetapi jadikan impian anda sebagai pembakar semangat.
      Ingat,kejayaan akan datang kepada orang yang malas,tetapi yang datang hanyalah sisa-sisa.
      Jadilah orang yang rajin berusaha.
      😀

      Salam inspirasi
      Syafiq Aizat
      ibnu Fuad Johari

      • terima kasih saudara.. nasihat saudara sangat berguna. menjadi kan sy bgn a/bila terjatuh. w/bagaimana pun, sy tlh ditwrkn olh phk kementerian jrsn kemanusiaan di ting.6. sudah sbln sy bsklh di tmpt baru, dn buat masa skrg semua nya bjln dgn lancar. Apa2 pun saudara..beberapa hari yang lalu sy bertekak dngan ibu sy mengenai tawaran ke kpm di johor dan kptm(kolej polytech mara) di kedah. Guru sy di mrsm menasihati sy agar menerima tawarn tersebut. dn sy mangatakn bhwa sy kurang berminat kerana mengunakan pinjaman PTPTN. Saudara tentu tahu akan akibat sekiranya gagal semasa pengajian sekiranya mgunakn PTPTN. w/bgaimana pun..beliau mengatakn bhwa mara akan mberi pnjman sekiranya mmohon krna sy anak sains mara(ANSARA). dan pnjman tersebut akan ditukarkn kpda biasiswa sekiranya mcapai kptsn cmerlng d kolej. adakah sy patut pergi atau meneruskan ting.6? buat pengetahuan saudara kedua2 kolej mnawarkn diploma in accauntancy slma 3 thn. sy tidak mempunyai masalah dlm math tetapi sy enggan mengunakan ptptn. kerana sy tahu, jika rakan sy yg lain mdapat biasiswa knpa tidak sy?hnya ke ting 6 jln untuk sy mdapatkn biasiswa sprti rakan2 yg lain.hati sy ada ting.6 nmn, sy tkt myesal kerana ibu sy memberikn gmbran
        yg ngtf sekiranya tkandas di ting.6. sy suka tingkatan 6 krna sy mahu ke peringkat ijazah di universiti. apakah yg patut sy lakukan?

      • Untuk pengetahuan saudari Delima93,
        jika anda memasuki KPTM di ALor Setar,anda mempunyai tiga pilihan.
        1) PInjaman MARA
        2) Pinjaman PTPTN
        3) Tajaan Ibu dan bapa.

        Namun,jika anda memasuki KPM di JOhor. (Saya teka BAndar PEnawar)
        … anda sebenarnya diberi elaun ,bukan pinjaman. Namun,saya lebih suka menggelar elaun tersebut sbg biasiswa kpd anak2 Kolej Profesional MARA..

        Jika anda benar meminati tingkatan 6..
        maka,saya cadangkan anda teruskan dgn tingktan 6..

        namun,sekadar untuk pengetahuan anda.
        di KPM Johor ( Bandar Penawar)…
        anda akan ditawarkan peluang pelajaran di luar negara sekiranya anda berjaya mengekalkan pointer anda dengan CGPA 3.75 dan ke atas.
        Baru2 ini,seramai tiga orang pelajar telah dipilih unutk melanjutkan pelajaran ke AUsie. Mereka merupakan pelajar yang cemerlang dan mereka grad dengan CGPA 3.89 dan ke atas..

        Berkenaan tingkatan 6,
        seperti yang telah anda baca di dalam artikel ini.
        Inilah antara kelebihan tingkatan 6.
        Sebenarnya,banyak lagi..
        Walaubagaimanapun,,saya mengharapkan..
        walau apapun pilihan anda..
        Saya mengharapkan agar anda suka berkongsi kisah anda bersama saya.
        mungkin,cerita anda dapat dijadikan modal untuk saya memberi ceramah motivasi di mana sahaja.
        Keep in touch!

  10. Assalamualaikum. Saya baru saja mendapat keputusan spm tahun ini dan bercadang untuk ke form six meski mendapat tawaran ke matrik dan diploma. Yg merunsingkan sy ialah , minat saya adalah lebih terjurus kpd perakaunan. Jadì ada kah jurusan ini di stpm ? Agak confuse sedikit kerana saya kini dlm proses utk merayu ke form six. Harap dapat diberi tunjuk ajar. Terima kasih.

    • jika anda benar meminati bidang perakaunan.
      Saya sarankan anda untuk menerima tawaran Matrikulasi.

      Pelajar lepasan STPM mempunyai kelebihan untuk memasuki bidang yang disukai asalkan layak dengan keputusannya.

      tetapi,lebih baik Matrikulasi kerana anda sudah punya tujuan anda sendiri.
      jika di Matrik,anda akan belajar asas dlm perakaunan.
      bila di peringkat ijazah nanti,kan senang nk faham apa yang diajarkan oleh pensyarah nanti.

  11. salam,sy mrupakan pelajar lepasan spm jurusan sains,.tetapi kputusan matapelajaran sc sy sekadar lulus..sekarang sy mengalami bbrapa kemusykilan tentang tingkatan 6.sekiranya sy meneruskan pengajian di tingkatan 6 aliran kemanusiaan adakah skop pekerjaan sy akan meluas dan adakah sy perlu meneruskan pengajian di kolej profesional mara(kpm) utk program diploma.,dan satu lagi yg mnjadi kemusykilan sy ialah sekiranya kta meneruskan pengajian di peringkat diploma jurusan bussiness study di kpm,adakan tempoh pengajian semasa di peringkat jjazah hnya 2 thn?hrp dpt membantu,terima kasih.

    • terima kasih di atas soalan anda.,
      Untuk pengetahuan anda :
      mereka yang memasuki tingkatan enam sama dengan seol,ah kaki anda telah menjejak sebelah kaki ke universiti.
      pada pandangan saya,diploma juga baik dan STPm juga baik..

      klu diploma yg melibatkan pinjaman hingga 40 ribu ke atas,personally.SANGAT TAK BAIK!!!

      Kolej PRofesional MARA..?
      which branch..?
      beranang?Indera Mahkota.?
      Bandar PEnawar? Ayer MOlek.?
      bandar MElaka..?

      selamat datang ke KPM !!!
      kerana saya juga antara produk KPM..
      😀

      • Assalam..
        Saya razana,dari penang..saya nakminta pendapat dari anda,kerana skg saya sikit confuse..hanya Allah yg tahu…saya sgt mmerlukan bantuan dan pendapat dari org ramai.. Alhamdulillah sy telah mendapat tawaran di politeknik kos diploma teknologi maklumat dan rangkaian…tapi dlm masa sy telah aply kpm,alhmdulillah dapat.tapi saya bingung,sbb ayah saya suruh sy masuk poly,tp kakak dan mak saya suruh masuk kpm sbb dia under mara n semuanya ditanggung oleh mara. tapi sepupu saya dia merupakan ex poly,then dia ckp ploy lebih bagus. di kpm saya mendapat kos internasional business di kpm seri iskandar. saya binggung sgt,dan hrp anda dapat membantu sy.antara poly dan kpm manakah yg lebih bgs???? dan kos yg saya dpt yg mana yg lebih cerah untuk perkembangan pekerjaan skg???? tolonglah saya…. maaf klu turut mmbuatkan anda pening…. wallahua’lam…. wsalam..

      • ini merupakan perbezaab secara ringkas antara Poli dan KPM..

        Dari aspek kewangan…
        Poli = Anda memerlukan pinjaman PTPTN/ MARA sekurang-kurangnya 15 ribu.
        KPM = Anda tidak memerlukan pinjaman kerana anda ditanggung sepenuhnya oleh MARA.

        dari aspek suasana dan cara pembelajaran..
        KPM dan Poli mempunyai suasana yang sama namun jika di KPM,anda belajar dlm kuantit yng sedikit jadi mudah utk anda bertanya jika tidak faham…

        pendpat sy…
        jika anda masuk ke Poli dgn diploma Teknologi maklumat,..di pasaran terlalu byk Institusi yg menwarkn diploma sebegini..sy cgdkan..= Jangan MASUK POLITEKNIK…

        namun,utk pengetahuan anda..
        jika di KPM, sy cdgkn anda supaya menukar kursus anda kepada diploma intregated logistic management yg terletak di cwangan KPM Bandar Penawar,JOhor. Diploma ini masih baru dan mempunyai pasaran yg luas dlm pasaran kerjaya..

        Pendapat sya.:
        masuk KPM…
        kerana jika difikir utk jangka masa panjang..
        lebih baik kita buat pinjaman untuk degree nanti..
        “D

        insyaALlah..
        tanya sahaja jika ada kemusykilan.

      • as salam , maaf saya ingin bertanya , kalau ambil diploma di kpm selama 3 tahun , selepas itu , manakah hala tuju untuk sambung ke peringkat ijazah dan berapa tahun kah ijazah yang diambil ? sekian terima kasih

      • Selepas anda menamatkan pengajian anda di KPM selama tiga tahun.

        anda mempunyai pelbagai alternatif untuk menyambung pengajian peringkat ijazah pula.

        Antaranya :
        1. UNIKL
        2. UITM
        3. IPTS
        4. IPTA
        5. University of Leicester
        6. dan pelbagai lagi.

        manakala jika anda menyambung ke peringkat ijazah, sekiranya universiti itu adalah linked-to dengan universiti yg lain. maka anda mmpunyai peluang yang cerah untuk memindahkan kredit di peringkat ijazah. jadi, tempoh pengajian akan disingkatkan menjadi 2 tahun ATAU tiga tahun.

  12. t/kasih sy ucapakan kepada ibnu fuad.apakah pendapat anda mebgenai tawaran yg diberikan oleh KPM kpd sy iaitu kos diploma in international business?? untuk pengetahuan ibnu fuad saya memilih kampus seri iskandar dan di kampus seri iskandar mampunyai 3diploma iaitu:
    -F&HND IN BUSINESS (MARKETING)
    -F&HND IN BUSINESS (INFORMATION TECHNOLOGY)
    -DIPLOMA IN INTERNATIONAL BUSSINESS.
    menurut pendapat anda yg manakah kursus yg terbaik dan mempunyai jaminan yg cerah pada kerjaya kelak…insyaAllah.. wallahua’lam..

    • saya ingin berikan pendpat,namun saya belum membuat kajian terhadap diploma ini..
      Saya cadangkan agar anda membuat kajian secara ringkas mengenai dipoma ini.. maaf kerana tidak dapat membantu kali ini..
      saya sertakan link sebuah kumpulan UNite KPM di Facebook..
      sertai dan tanyalah soalan di situ kerana terdapat di anatar mereka yang mungkin menjadi senior anda nanti..
      Nmun,sekadar pengetahuan..
      nilai Hnd lebih tinggi permintaannya di luar negara kerana terdapat golongan minoriti majikan di Malaysia tidak mengiktiraf Hnd.

      Maaf ye tak dapat membntu utk kali ini..
      🙂

      ini linknyaa..
      http://www.facebook.com/home.php?sk=group_178290598857092&id=222771157742369&ref=notif&notif_t=group_activity#!/home.php?sk=group_178290598857092&ap=1

      jika tidak jumpa,sila lakukan carian dengan menaip..

      Unite MahaSiSwa & MahaSiSwi of (KPMBP,KPMIM,KPMSI,KPMAM,KPMB,KPMBM)

      • Trima ksih sya ucpkan kpd ibnu fuad krna telh byk mmbantu sya…..

        sekrang sya lbih ykin untk mmbuat kptsan…

        sya tlh mmbuat kptusn untk mnymbg pljrn ke KPM…

        smoga ALLAH mmbalas jasa bek ibnu fuad…….

        salam….

  13. urm, i want t0 ask, h0w we wanted t0 change fr0 science stream t0 arts stream?? i really DOES NOT INTEREST in science. i 0nly g0t a’s in language n all my science subjects g0t c. i really have a hard tme t0 c0pe with science. i really kinda stress with the stream and actually h0w l0ng will it takes t0 transfer the stream?

  14. assalamualaikum , saya syieda . saya pelajar lepasan spm . saya tidak berjaya dalam kemasukan ke U . politeknik pula saya tak mohon kerana saya tak berminat . saya ditawarkan masuk ke f6 aliran kemanusiaan . tetapi saya membuat penangguhan kerana saya masih belajar di giatmara kursus fashion and dressmaking selepas habis SPM . saya mengambil sijil SKM tahap 1 . bulan7 baru saya masuk f6 semula . dalam masa yang sama , saya mendapat tawaran ke KPTM di bangi kos pengurusan bank secara kerjasama UITM . saya juga ditawarkan oleh guru giatmara untuk meneruskan sijil SKM ke tahap 2 dan terus ke tahap yang lain sehingga menjadi guru kemahiran . di sini , saya menjadi keliru untuk memilih . saya mahu menjadi guru dan saya juga suka pengurusan bank . tetapi saya memikirkan kerjaya saya pada masa hadapan . adakah kalau saya memilih f6 cita-cita saya untuk menjadi guru tercapai ? atau dgn masuk KPTM saya akan dapat peluang pekerjaan dalam kos itu ? atau lebih bagus saya teruskan sijil SKM tahap 2 dan seterusnya ?

    • SPM hanyalah syarat untuk anda menjejak ke peringkat tinggi.
      tidak kira apa aliran yang anda ambil, kalau result nya hancur, tetap tidak berguna .
      yang penting ialah pastikan anda berjaya mencipta kegemilangan!
      semoga sukses!

  15. saya dpt 1A 3B dlm stpm dgn pointer 3.00 dan muet band 3.result spm saya ok tapi sayangnya saya gagal math.saya dpt B- dlm pengajian am.saya juga tidak terpilih ke ipta meskipun mempunyai result yang baik.untuk pngthuan anda,saya skor A- utk kertas sastera melayu,B- untuk kertas bahasa malaysia dan pngjian am serta B untuk kertas sejarah.apakah sebab sya tidak diterima ke ipta?adakah sebab saya gagal dlm math ktka spm?atau sebab saya mndpat B- dlm sbjek pngajian am?atau mungkin saya skor terbaik dlm kertas sastera dimana semua sedia maklum bhwa tidak bnyak u yg mnyediakan kos utk kssteraan mlyu?apakah pnca dan sbbnya?

    • sedia maklum bahawa walaupun sehebat mana keputusan CGPA anda sewaktu diploma atau STPM, SPM tetap dijadikan rujukan. Cadangan saya, mungkin anda perlu mengambil paper SPM Julai untuk matematik..

      Menjawab beberapa persoalan anda mengenai sebab anda tidak diterima di IPTA ialah berdasarkan beberapa alasan :
      1) anda tersalah membuat keputusan sewaktu mengisi borang UPU online di internet misalnya dengan memohon jurusan ijazah yang tidak melayakkan anda untuk mengambilnya.
      2) anda telah di”lepas-pandangkan” oleh sistem berkomputer yang dikawal oleh manusia.

      mungkin, anda boleh membuat rayuan dan nantikan keputusannya..
      🙂

      apa-apapun, saya doakan yang terbaik untuk anda.
      !

      • salam. saya nak tanya, bagaimana pula kalau saya mendapat gred D untuk subjek matematik dalam SPM. adakah saya perlu ambil paper JULAI juga? saya lepasan STPM dan mengambil subjek ekonomi dengan pointer 3.25

  16. Salam…
    nak tanya, boleh lagi ke kita nk amik sptm sbg calon persendirian?saya dah kerja dgn kerajaan skang.dulu dpt T6 tpi tolak sbb g poli amik sijil pelancongan.rasa menyesal lak tak amik.skang saya wat pjj diploma kat uitm shah alam..kos dia mahal dan lambat habis.pjj saya tinggal lg 6 semester.saya ni dah umo 27..saya ingt nk amik stpm balik.dr segi kelayakan memg lepas dah cuma skang confuse nk pilih subjek yg sesuai.saya minat dlm bidang perkhidmatan, pengurusan,bisness dan minat nk jadi cikgu atau pensyarah..lagi satu stpm ni baca membaca.jdi klu calon persendirian ni bagaimana cara nak belajar.cthnya ambil tusyen luar atau belajar sendiri di rumah?untuk habiskan semua subjek yg kita ambil nanti berapa tahun pulak?dan ape beza T6 atas dan T6 rendah?TQQ…

  17. salam… sye nk tnyer.. STPM sye amek MP ekonomi,bahasa melayu,sejarah+pengajian am… bley ke sye amek course business management and administration kat u dgn MP yg sye dh sbutkn 2?? kalo stpm syer cemerlang n spm sye cme ckup2 makan bley ker sye mohon uni d luar negara????? spm-math sye dpt E,,, yg len BM=A-,SC=C+,BI=B+,AGAMA=B+,SJ=C+…..

    TERIMA KASIH~^^

    • yeap.
      tidak kira berapa banyak subjek yang anda ambil,. sistem kiraannya tetap sama.
      🙂
      nice to meet ya, anabella!

      • saya mendapat tawaran sambung blaja kat poli kos perbankan dan kewangan islam..hmmm..kos da minat..but,now sy tnga blaja kat fom 6 jurusan kemanusiaan..fom 6 pon sy minat..confus larrhh..mana lbeh baek eh??pluang pkrjaan lak cmana eh?hmm…bleh tlong kaci pndapat ark?

      • jawapan yang jujur lagi ikhlas.
        hehehehe

        Okey, sekarang Hanis minat kedua-duanya samada diploma perbankan dan kewangan Islam dan STPM.

        Nak dengar cadangan saya?

        saya akan pilih kedua2nya.
        kerana kedua2nya memiliki kelebihan yang langsung tak dapat dibandingkan kebersamaannya.

        contoh, dapatkan saya membandingkan tembikai dengan durian?
        Namun, sekadar cadangan.
        teruskan dengan tingkatan enam dan usaha sehabis mungkin untuk memperolehi keputusan yang cemerlang sekaligus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang Kewangan Islam.
        Easy, aint rite?

  18. Saya pelajar aliran Sains SPM. Result baru ni saya dapat 4A. Subjek-subjek lain kredit. Agak kecewa dengan result sebab tak sampai target. So, saya nak tebus kat STPM dengan mendapat 4 flat, dan MUET Band 5 (Inshaallah). Saya ada apply uni, tapi saya dah tekad. Kalau dapat uni or matrix pun, saya akan ke TINGKATAN ENAM. Tapi saya risau, betul ke tindakan saya tu ? Saya risau saya buat tindakan yang kurang cerdik. Ramai yang menentang, tapi saya tetap dengan pendirian saya

    Sebab saya nak masuk tingkatan enam ialah saya nak study oversea, or paling tidak pun. Pergi ke Universiti Malaya. Cita-cita saya nak jadi peguam. Apa subjek yang patut saya ambil kat STPM untuk buat Law Degree kat uni? Boleh kongsi tips tak cara nak dapat 4 flat? STPM boleh dapat biasiswa ke untuk sambung belajar kat oversea ?

  19. assalammualaikum..dgar cerita tahun 2012 ni f6 dah tkar sistem.. peperiksaan mngikut penggal sbab xnak bebankn student..apa maksudnya??sy lpasan spm.. adkah sy prlu memohon utk kmasukan ke f6 atau phak f6 akn mghntar surat twran dkat kte??

    • ianya sama seperti sistem pengajian di IPT.
      tidak ada banyak perubahan melainkan keputusan dikiran setiap enam bulan.

  20. salam..saye nk tnye care tok m’masuki fom 6…Adakh kte prlu dftr or skola/jpn yang hntar srat???

  21. assalamualaikum… saya pelajar lepasan spm jurusan sains….tapi, malangnya saya hanya mendapat gred c (kepujian)… adakah saya layak untuk mengambil jurusan sains di tingkatan 6…lagi satu, saya masih keliru dengan ape yang saya ingin lakukan bila saya besar nanti…guru-guru menasihatkan say mengambil jurusan sastera kerana saya mendapat cemerlang tinggi dalam subjek BM,BI dan SEJARAH…tapi saya ingin menjadi seorang doktor…bukan kerana status doktor tue yang tinggi…tapi kerana my passion towards medical…boleh bagi sebarang nasihat tak??????

    • result saya pun sama cuma dapat 4A saja dan subjek sains dapat kepujian,dn mendapat tawaran masuk ke tingkatan 6 dlm jurusan sains,boleh bagi sebarang tips tak dalam bidang ni,lagipun saya cita-cita jadi seorang doktor,bolehkah keputusan saya ni melayakkan saya menjadi seorang doktor dengan memasuki form 6 walaupun result cukup makan saja

  22. salam saya nak tanya, kalau ada dua D dalam result spm dan D tersebut merupakan kimia dan matematik tambahan adakah saya layak memohon aliran sains form six?

  23. assalamualaikum. kalau saya dapat 2D dalam keputusan spm dan D tersebut adalah addmath dan kimia, adakah saya layak untuk memasuki tingkatan 6 aliran sains?

    • Maaf, saya tidak pasti.
      berdasrkan pengetahuan saya, syarat untuk melayakkan anda memasuki tingkatan 6 aliran sains ialah subjek sains mestilah B. taktahulah, kalau syaratnya diubah atau tidak.

  24. Assalamualaikum……..
    Saya merupakan pelajar lepasan spm 2011…..saya pelajarl aliran sains tulen….tetapi saya brhasrat utk further dlm accounting….kerana saya lebih berminat dalam pengiraan…..saya juga tidak dapat skor dlm subjek sn dengan bagus….saya hanya dpt C dlm semua subjek sn….. Jadi, saya ingin meminta pendapat saudara adakah pilihan bidang(akaun) relevan bagi saya….? Selain itu, saya dpt tawaran ke ting 6 jurusan sains dan tawaran ke institut profesional baitulmal dalam jurusan akaun-CAT profesional….. Sejujurnya, saya lebih tertarik dgn jurusan akaun itu tetapi keluarga meminta saya tunggu surat dari ipta(universiti)….. Saya risau kemungkinan saya tidak dapat menempatkan diri di mana2 U….kerana keputusan saya di mana saya dapat 4A 1B 3C…..tambahan pula, saya mohon jurusan yang tidak ada kaitan dengan aliran yang saya belajar sebelum ini…… Oleh itu, saya mohon sedikit perhatian saudara memberi untuk memberi pendapat terhadap situasi saya ini….. Maklum balas saudara saya sangat hargai…..

    • Saya mencadangkan agar anda teruskn minat anda di dalam bidang perakaunan. Lagipun, anda terang2 mengakui bahawa anda meminati bidang pengiraan, and as far as i know, anda akan belajar drpd bawah. belajar akaun dr basic.

      secara peribadinya, peratusan utk anda menerima tawaran drpd UPU adalah amat tipis. jadi, teruskan usaha anda!
      Semoga sukses!

  25. salam..i want to study in overseas in engineering..if possisible in korea or japan..i want to ask if i pursue matrix do i have any chance to study in overseas in engineering..or is stpm gives me bigger opportunities?which should i chose?because i really want to study in these countries…please reply asap..tq for your help..

    • It must be u re the K-Pop fans or J-Pop Fans?
      Am I right?
      okey, but 1st of all.
      u need to choose the right path whther matrix or stpm.
      ofcourse, only few matrix center offer overseas. the matrix I meant is Kolej MARA Banting and Kolej MARA Seremban. This is the only center offer IB. If I not mistakes, KM banting offers engineering. But they didnt straight to Japan or Korea, but much more Ausie and Germany.

      I didnt pretty much sure whether using STPM is the gold ticket to fly but Im pretty much sure that STPM is the super duper gold ticket to fly as u have to grad with flying colours.
      either matrix or STPM, i ll choose matrix especially KM Banting.
      but need to go through UPU laa.. 🙂

  26. assalamualaikum..sy merupakan pljr alirn sains 2011 .. keptusn spm sy tdk bgitu bgus.. sy dpt 1a 2a- 1b+ 2b 1c 3d .. ketiga2 sbjk sains sy dpt d .. sy bru shja mndpt twrn jrusn kemanusiaan f6.. buat msa ini sy msih lg tdk dpt mmbuat kputusn., sdgkn trikh pndftrn f6 adlh 8/5 .. jd soaln sy ialah

    1- bolehkh suadra mmbrithu sy sdikit sbyk tntg jrusn kmnusiaan f6 skirnya sudra thu.
    2- skiranya sy mnrima twrn f6 ini, adkh sy msih lg dpt mnerima twrn drpd U? mksd sy, mcm matrik klau kita dh stuju kita xkn dpt mna2 twrn dr U (ipta)..jd adkh f6 juga bgitu??
    3- apkh bdang pkrjaan yg dpt sy cburi skiranya sy mgambil jrusan kmnusiaan ini??

    p/s: sy amt brhrap saudra dpt mmjwb ketiga2 soaln sy., terima ksih =)

    • 1. Saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut, namun terdapat beberapa perubahan di dalam sistem tingkatan enam dan ianya di luar pengetahuan saya. maaf.
      2. Tidak, sekiranya anda telah menerima tawaran tingkatan 6. anda juga tetap menerima tawaran daripada UPU. INi adalah kerana tingkatan enam di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia manakala UPU di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
      3.Peguam, ahli ekonomi, guru dll.

  27. assalamualaikum saudara 🙂 saya merupakan pelajar lepasan SPM 2011 aliran sains teknikal . .dan memperolehi keputusan 2A 3A- 1B+ 1B 1C+ 1C 1D (5A 2B 2C 1D) . .saya mendapat tawaran tingkatan 6 dalam jurusan sains. .dan memang saya berminat untuk msuk ke tingkatan 6 berbanding diploma. .ramai yang mengatakan jurusan itu lebih sukar berbanding jurusan kemanusiaan menyebabkan saya menjadi bingung samada hendak menerima tawaran tersebut ataupun menukar nya kepada jurusan kemanusiaan sedangkan minat saya dalam bidang seni bina (architecture) lebih cenderung dalam jurusan sains tersebut. .dan seperkara lagi saya ingin bertanya, apakah subjek yang saya akan pelajari jika saya menerima tawaran dalam jurusan sains??dan apakah subjek yang perlu saya pilih ke arah untuk mnyambung ijazah dalam seni bina?? mohon dibantu dengan pendapat saudara 🙂

  28. salam..saya keliru antara stpm atau diploma…tapi ibu sya lebih prefer kepada stpm…katanya,kalau ambil stpm mudah untuk sambung ke degree berbanding diploma…tolong…saya keliru…

    • satu lagi persepsi kebanyakan orang.

      samada diploma, matrik, atau stpm.
      semuanya mempunyai laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah nanti.
      🙂

  29. salam . .
    sy nk tnye . .
    sy plajar lpasan spm 2011 aliran sains ..
    sy mndpat twaran ting.6 jurusan kmanusiaan dan akn mndaftarkn diri pd 8 mei nnti . .

    soalan sy ,
    sy ingin mnyambung blajar ke pringkat ijazah sains komputer . .
    tetapi kputusan spm cme 4 kredit dan memuaskn . .
    bm/bi – B+,A- , sej- A , math/addmath – D , G , p.islam- B+ , fizik/kimia/bio – E . .
    subjek ape yg perlu sy amik kt stpm nnti ?
    dan boleh ke sy amik kos ijazah yg sy minat ? ?
    nk tau . .

  30. salam..nak tanya pendapat.saya lepasan spm 2011.sy ditawarkn form6 jurusan sains.masalahnya dlm spm sy mendapat d dalam addmath dan chemistry…saya minat kemanusiaan dan ingin mengambil subjek seni.tetapi ibubapa saya tidak berapa setuju.family saya mengatakan jika ambil kos kemanusiaan,tiada masa depan.saya keliru…saya tidak berapa berminat dalam subjek kimia dan addmath kerana takut kegagalan lepas berulang lagi.saya dah give up nak study 2 subjek tersebut.saya takut untuk menghadapi risiko….tapi jika saya teruskn dalam jurusan sains,boleh membuat ibubapa saya gembira…please give your opinion and advise…saya keliru.saya takut buat keputusan yang salah….tolong ye???

    • aik, ambil jurusan kemanusiaan tiada masa depan.
      i hope ur parent should check it with government portal.
      atau boleh semak dengan google.

      jurusan kemanusian adalah jurusan paling laris berbanding aliran sains.

  31. salam…saya ingin minta pendapat semua..saya lepasan spm 2011.saya dapat tawaran form6 aliran sains..tetapi dalam spm aritu saya dapat d dalam addmath dan kimia.semenjak dari itu,saya give up nak study 2subjek tersebut..saya rasakan jiwa saya tidak sesuai untuk aliran sains..saya takut untuk hadapi risiko yang sama dlm stpm..saya akui,minat boleh dipupuk.tetapi kegagalan lepas membuatkan saya trauma..keliru dalam membuat pilihan.parents suruh ambik kos sains lagi..tp saya takut hadapi.saya tidak berapa yakin…pada masa yang sama,sya minat subjek seni lukisan..saya ada jugak terpikir ingin tukar kos kemanusiaan nanti..tp ibubapa tidak berapa setuju…pless give me advise n solution 4 dis probs…saya tol2 confuse….. 😦

  32. As-slm, adakah status kewarganegaraan ibu diambil kira untuk melanjutkan pelajaran di Universiti walaupun mendapat keputusan cemerlang spm?… Adik sy lepasan spm dan telah memohon tempat dibeberapa ipta…. Namun dukacitanya walaupun mendapat 9A (6A+,2A,1A-) adik sy tidak menerima sebarang tawaran untuk melanjutkan pelajaran… Stpm satu2nya tawaran yg diperole oleh adik sy… mmg setelah sy baca tentang stpm nie tidaklah seteruk yg diperkatakan malah lebih baik dari program matrikulasi, dan diploma…persoalannya adakah tempat untuk adik sy melanjutkan pelajarannya ke ipta&ipts walaupun berjaya cemerlang di stpm??? Adakah diskriminasi sebegini wujud selepas result stpm?? Untuk makluman ayah dan adik sy adalah WARGANEGARA MALAYSIA….buntu dan gusar memikirkan nasib adik sy, hrp anda dpt membantu…

  33. assalamualaikum ,saya mrupakan pljr aliran sains spm 2011.kputusan saya pada tahap biasa saja kerana saya hanya mndapat gred A dan B dlm semua sbjek,kecuali sbjek2 sains saya mndapat gred D.untuk pengetahuan,saya merupakan plajar sekolah agama(smka) .jadi saya telah mndapat tawaran tingkatan6 dlm jurusan agama.saya bercadang utk tukar dari jurusan agama ke jurusan kemanusiaan iaitu pngajian am,muet,sej,bm,pngajian prniagaan.saya tahu melalui aliran ini, kelak saya boleh ambil course law kt u nti.jadi saya ingin bertanya,sekiranya saya tidak mengambil jurusan agama semasa stpm,adakah semasa di u nti saya boleh ambil islamic law utk mndapatkn krjaya sbg peguam syarie apabila tamat belajar kelak?atau sememangnya saya tidak boleh ambil islamic law(undang2 n syariah) kerana semasa stpm saya tidak mengambil sbjek syariah ? mohon penjelasan ibnu fuad . syukran~ 🙂

    • sejujurnya, saya mencadangkan agar anda menduduki peperiksaan sijil tinggi agama malaysia or formally known as STAM. Ianya memudahkan laluan anda ke bidang islamic law or formally known as syariah law.
      (”,)

  34. salam,,saye pelajar lepasan spm 2011 aliran sains tulen,,dan memperolehi 4a3b2c..4a saye tuh smue subjek teras tak termasuk bi yg hnye dpt b+..saye dpt tawaran ke uitm kos pengurusan teknologi pjabat dan matrikulasi kos sains…cuma skrg ape yg saye tahu,tgkatan enam adalah jalan paling mudah untuk mendapat tempat d ipt nnti berbanding matrikulasi dan diploma yg sememngnya memerlukan pointer yg tggi untuk ke ipt,,,saye betul2 rase nk masuk tgkatan6 tapi boleh ke saye nk bawak sliran kemanusiaan sdgkan saye budak aliran sains sewaktu d tgkatan5?komen……

    • pertamanya saya memohon maaf kerana lambat menjawab soalan anda.

      baiklah, saudari Ija iza.
      pada hemat saya, samada diploma, tingkatan enam mahupun matrikulasi membantu anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah nanti. Namun, ianya bergantung kepada usaha anda SEKARANG.

      menjawab persoalan tingkatan enam, tidak kira anda aliran sains atau teknikal atau vokasional semasa di peringkat SPM, semua itu (merujuk aliran di SPM) tidak akan membantu anda di peringkat STPM. anda hanya mempunyai sedikit kelebihan.
      🙂

  35. assalamualaikum…sy xtahu nk pilih yg mana satu..
    sy confuse…sangat2..sy dapat f6 jurusan sains…tapi sy xtahu sama ada sy mampu ke tak untuk belajar di f6 sains..
    satu lg hal sy ada dapat surat tawaran daripada kolej politekmara untuk belajar dalam bidang pra diploma(aliran fizik hayat)
    sy xtahu nk pilh yg mane satu….

  36. salam, adakah course Diploma in international business sesuai untuk pasaran pekerjaan sekarang? Ini kerana saya mendapat tawaran di KPM seri iskandar dalam Diploma in international business. harap dapat membantu. terima kasih 🙂

    • bergantung kepada cara anda memanipulasikan ilmu Diploma in international business. 🙂

      Maaf kerana lambat membalasnya.
      🙂

  37. salam…..saya sedang belajar di tingkatan 6 aliran sains…..pahtu sehari yang lepas saya dapat tawaran kolej profesional mara….awak rasakan saya patut pilih yang mana….saya x tahu dah ni nak pilih yang mana..

  38. salam.. saye skarang belajar di form 6 , memandangkan saye tak dpt U ..saye pegi dftar form 6 dgna berat hati nye di skolah lame sy . haha form 6 mrupakan plihan terakhir saye , n tak penah terpikir saye akan masok form 6, pegi skolah balik . kene gelak dengan cikgu2 and adik2 bwah .. lepas dah masok bru tahu.. form 6 best sebab dah gune sistem modular tu . tapi xleh leka lah . kene study slalu , sbb exam 3 kali pas tu purata .. tapi yang tak seronok nye.. saye sbenanye masih mnat denga sains kesihatan (cite2 memang na jd dktor dari kecik) tapi cikgu ckp saye tak mampu bwak jrusan science di form 6 sbb sy dpt kimia and physics C+ . biology B+ . bdak2 yang dpt A dengan B je bleh amek science . 😦 sekarang saye merupakan pelajar sastera . ambek sbjek bm , geografi , sejarah , pengajian am . orang ckp saye boleh smbung degree untuk law sahaje bagi sbjek nie . 😦 hurmm law mcm susah je . 😥 lagipon kene dpatkan BAND 4 untuk muet . 😥 xde pilihan lain ke selain law untuk smbung degree . . ?? (saye masih minat nk amek sains kesihatan .. 😥 tapi nk buat cam ne kan.)

  39. salam ,, baru ni , saya dapat twaran politeknik iaitu diploma teknologi maklumat (rangkaian) .
    dan pd hri yg sama jugakk saya dapt tawarn dri kolej profesional mara dalam diploma in business study ..
    Masalahnye saya keliru nak pilih yg mna satu .. yang mana lagi terbaikk untk dpat peluang pkrjaan ..

    terima kasih 😀

    • Saya akan cadangkan Kolej Profesional Mara kerana ;
      1. anda tidak meminjam.
      2. Kita bukan di zaman buta IT. Sekarang adalah zaman celik IT. jadi, diploma teknologi maklumat bukanlah satu keperluan bagi majikan lagi tetapi kehendak pelajar itu sendiri.

      maaf, lambat membalasnya.
      🙂

  40. ASSALAMUALAIKUM IBNU FUAD . saya hendak bertanya . berapa pointer kah untuk kita masuk k universiti kalau ambil form 6?

    • Sekurang2nya 2.5..

      bergantung kepada jurusan ijazah yang diminta.

      namun, kadang2 pointer 2.5 – 2.00 pun diterima.
      tp bergantung kpd kekosongan dan kursus yang dipohon.

      • Ianya bergantung kepada jenis kursus yang dipohon.
        misalnya. teman saya mendapat 2.76 dan memohon kursus yang kurang mendapat permintaan di kalangan pemohon.permohonan beliau berjaya bahkan sekarang beliau berada di kepulauan sulu, Sabah.
        🙂

  41. salam……sy pelajar lepasan spm 2011…skrg ni sy sedang bljar di tingkatan 6…tp sy dapat twaran kptm di batu pahat jurusan komputer graphic desingn….tarikh daftar di kptm 26.7 nim..sy confius sma ada nk kekal form atau ke kptm…sebenarnya diploma atau tigktn 6 untk mudah melnjutkan ijazah….blh tlg bantu sy mmilih x yg mne pling bgus…

    • Biarlah saya jelaskan dengan mudah.

      sebenarnya, kedua-duanya (merujuk kepada STPM dan diploma) mempunyai laluan mudah ke peringkat ijazah. Namun, ianya berbalik pula kepada sikap individu itu sendiri yang akan menetapkan niat diri samada dia ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah atau tidak.
      Ramai di kalangan pemegang diploma yang enggan menyambung pengajian mereka disebabkan masalah kewangan keluarga yang tidak stabil dan sebagainya WALAUPUN mereka sememangnya berkelayakan.

      Namun, dari segi kos sudah tentu STPM lebih menjimatkan yang ana yurannya ditanggung oleh kerajaan dan pelajar hanya perlu menanggung kos buku dan pengajian sahaja.

      konklusinya, masing-masing samada diploma atau STPM mempunyai laluan mudah ke peringkat ijazah selagi anda grad with flying colours.
      Anda buatlah pilihan.

  42. Slepas baca entry ni sya yakin dgan pilihan sya…!

    Sya mdpat tawaran dr Asasi UIA ttapi dlam bidang yg sya x minati… Juga, mdpat tawaran dr IPG Lembah Pantai utk pndidikan Sej.. Ttapi sya memilih ke ting 6 krna sy ingin mcapai cita2 sya utk mjd p’amal undang2… Sya rsa ting 6 inilah peluang terbaik utk sya mcpai cita2 utk m’ambil ijazah undang2.. Bukan sya tidak bsyukur dgan rezeki yg tuhan berikan ttapi sya mmpunyai mtlamat lain dlam hdup sya… Jd, jganlah mrasa down jika masuk ke tingktan 6… Sma2 kita mhdapi cabaran ini utk bjaya dn mcpai mtlamat hidup kita.. Buang persepsi buruk tentang tingkatn enam…!

  43. Assalamualaikum abg Syafiq. Saya Zai. La ni saya belajar tingkatan 6. Dan pada masa yang sama ibubapa saya suruh pi buat pra diploma kat kpmsi. Sekarang, saya tak tahu mana satu nak pilih antara pilihan ibubapa atau pilihan saya sendiri.huhu
    saya rasa saya nak teruskan tingkatan enam ini sbb masa pelajaran dia singkat (walaupun form6 ni tak leh nak relax sgt). Kalau saya sambung ke pra diploma (5 bulan) tambah lagi dengan diploma plak dah 3 tahun 5 bulan kan. Mengambil masa yang lama.
    Disebabkan BI saya D lah saya kene mengambil pra dip tu.. walaupun math ,ict, science saya B. ==” BI plak kantoi..haha

    Saya minat bidang ICT. Di tingkatan enam ada subjek ICT yang saya minat. Tapi saya kene minat jugak subjek yang lain seperti perngajian perniagaan, pengajian am dan MUET.
    Di pra diploma, saya kene ambik ict, agama, math dan bi. Malaslah buat math. ==” Rela lagi belajar sejarah.

    So, itu lah masalah saya, antara pilihan ibu bapa dan pilihan sendiri? O.o

    • Tanya diri sendiri.
      kamu yang nak belajar , ye tak?

      namun, cadangan saya. berbincanglah dengan ibu ayah anda.
      trangkan dengan lebih jelas apa kemahuan anda dan alasan kenapa anda memilih tingkatan enam?

      oh, untuk pengetahuan anda, pra diploma atau PIP di KPMSI memang mewajibkan pelajar pra diploma (PIP) untuk lulus kesemua empat subjek.
      lagipun, belajar math masa di PIP , anda akan mula dari awal.
      start dr belajar tambah2, then tolak2 sampaikan ke peringkat math moden. ada sikit2 unsur2 math tam.
      lagipun, senanglah!

  44. saya juga pelajar lepasan stpm..dan telah menjadi graduan universiti..langkah saya lebih besar kerana terus masuk degree..namun memang tidak dinafikan saya merasa malu setiap kali ditanya dari u mane..kerana dapat masuk degree..dan dengan rendah diri saya menjawab saya stpm jer..bile diingat kembali..kenapa saya harus malu..sedia maklum kawan-kawan saya yang mengelak masuk form 6 mengatakan subjek stpm sangat susah..tetapi saya yang tidak mendapat tawaran universiti walaupun second intake boleh berjaya di peringkat u..dan sekarang menjadi pekerja awam..sebenarnya banyak syarikat lebih berminat mengambil pelajar stpm kerana pada pendapat mereka pelajar lepasan stpm mempunyai kelebihan dari sudut kematangan penulisan dan idea. sekian perkongsian pengalaman dari saya 🙂

  45. sy plajr stpm alirn sains untk tahun ni..sy minat dlm sains,tp jujo sy kata ia x mudah…sy cube memahami kmia ngn mtmtik t..tp sy msh x le..apa yg prlu sy wt untk menangni mslah ni?

    • Minat, dan suka adalah dua terma yang berbeza. namun sebaiknya dipraktikan utk mencapai tujuan yang sama.
      misalnya, jika anda minat. anda akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda minat. tp, dalam konteks ini, sejelasnya anda tidak meminati subjek sains. anda hanya suka.

      manakala, suka diterjemahkan melalui sikap anda yang tidak bersungguh-sungguh memahami apa itu sains dan apa itu matematik.

      🙂

  46. Salam, saya merupakan calon persendirian stpm 2012 yg sedang dijalankan skg. Saya cuma belajar 1/2 tahun utk stpm kerana saya merupakan bekas pelajar uitm (selama 2 tahun). Saya decide utk bhenti uitm kerana ‘tak boleh bawak subjek calculus’. Pengalaman lalu mengajar saya utk tidak putus asa dlm pelajaran. Saya akui, selama 1/2 thn belajar stpm ni mmg seronok sbb pengetahuan dlm stpm lebih meluas bbanding belajar diploma. Tp masalah saya, kurang yakin result stpm saya dpt melayakkan saya ke ijazah kerana situasi saya yg merupakan calon persendirian dan belajar 1/2 bulan. Saya mohon politeknik dan berjaya. Sekiranya semasa memohon ijazah dan saya sedang belajar di politeknik, adakah permohonan ijazah saya akan ditolak? Risau kerana permohonan diploma dan ijazah merupakan IPTA & dibawah 1 kementerian.

    • terima kasih di atas kesudian saudari menjengah ke blog ini.

      1. sudahkan saudari mengambilkira kos yang akan terlibat sekiranya saudari melanjutkan pelajaran diploma sementara menanti tawaran menyambung ijazah?
      2. Setahu saya, data online tidak menyiasat samada saudari belajar setengah tahun atau 3 semester seperti kebiasaan.

  47. salam, maaf mengganggu, syukur alhamdulillah, sya dapat pointer 2.3, soalan saya boleh tak masuk u dgn kputusan trsebut, dan apa course yang sesuai dgn sya, Sya dpt b-, utk mtaplajaran Bahasa Melayu.

    • jangan tanya saya kursus apa yang sesuai dengan awak.

      tetapi tanya diri sendiri, apa yang awak minat?

      dan cuba apply kursus yang awk minat, dan serahkan keputusan dapat atau tidak kepada Allah.

  48. salam … saya sudah dpat keputusan stpm 2012 dgn 2prinsipal bagaimanapun satu lagi matapelajaran mendapat subsid sahaja …. boleh masuk u ke ?

    • Saya katakan, saudara harus mencuba. namun disebabkan keputusan yang kurang memuaskan. maka saya cadangakan ambil kursus yang tidak menjadi pilihan majoriti pemohon.

  49. Assalamualaikum saudara , saya baru mendapat keputusan spm 2012 kemarin . Result saya biasa2 sja (4A 1B+ 4C+ 1D) . Saya aliran sc wktu form 5 . saya jg sudah mengisi upu & matrix . Tp skrg sya ingin memohon ipg , tp x dpt maklumat yg sahih tentang permohonannya . Saya minat jg mau masuk form 6 tapi ibubapa sya terlalu mengharap agar saya dapat ipg . Jika saya x dapat semua tawaran tu , wajarkah saya masuk form 6 ? Banyak org kata form 6 ni susah & persepsi mereka tntg form 6 ni utk low level . Apa harus saya buat ?

    • assalamualaikum.

      terima kasih atas kesudian anda melawat laman ini.
      sebelum anda membaca jawapan saya, D tu apa? Addmath? Mathematics?
      seterusnya, jawab soalan di bawah..

      1. tanya kepada diri anda. apa yang anda mahukan?
      2. lihat kemampuan tahap belajar anda. adakah anda rasa anda bersedia struggle untuk matrikulasi, form 6 atau IPG?
      3. kesemua level, samada matrikulasi, form 6 atau IPG (saya beranggapan IPG adalah asasi) ada tahap senang dan tahap susah, tapi terpulang kepada individu itu masing-masing untk mengatasinya.

      setelah anda dapat menjawab persoalan di atas.
      barulah saya berikan cadangan yang sesuai untuk awak.

      sekian.

      SAMF
      Pemikiran Seorang Remaja

      • D tu kimia . Saya sbenarnya sgt mengharapkn IPG dan mw jg ckgu . Saya sda apply , harap2 result saya melayakkan saya . Namun , jika saya tdk dpt semua tawaran itu form 6 menjadi pilihan terakhir bg saya . Walau apapun , sya sda bjanji dgn diri akan berusaha bersungguh2 walau d mana pun sya sambung study nanti .

        Trima kasih saudara 😀

  50. Hallo,saya merupakan pelajar lepasan STPM 2011. Tapi malangnya subjek PA saya tidak melepasi pointer 2. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk repeat semula subjek tersebut dan syukurlah saya mendapat B- untuk PA. Keseluruhan keputusan STPM saya sekarang adalah 4B-(BM,PA,GEO dan SEJ). Pointer saya secara keseluruhan adalah 2.67. Adakah saya layak masuk U? Ada yang mengatakan bahawa hanya 2.8 ke atas sahaja yang layak masuk U. Hal ini menyebabkan saya kecewa bahkan zaman sekarang faktor saingan semakin sengit. Saya bingung sekarang dan tak tahu nak buat apa .

    • hai Wina.

      Ada beberapa tips, yang membolehkan mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang berjaya menempatkan diri mereka di Universiti.

      1. pilih kursus yang relevan dengan keputusan anda.
      2. pilih universiti yang tidak menjadi pilihan kebanyakan lepasan STPM @ matrikulasi.
      3. memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti swasta.

      nasihat saya, walauapapun keputusan anda.
      percayalah, pasti ada hikmah di sebalik semua itu.

      semoga sukses!

  51. ok sbagai cth pa dan geo sy prinsipal tapi bm sy cuma subsid … sy x yakin boleh masuk u … apa pndangan saudara ?

    • dengan nama Allah.

      Saudara,
      cuba dahulu sebelum saudara katakan bahawa saudara gagal.

      🙂

      jangan mengalah sebelum berani untuk mencuba.!

  52. As Salam,

    Saya pelajar aliran sains spm 2012, baru sahaja dapat result minggu lepas. Result spm memang tak layak untuk memohon asasi dan kejuruteraan bila check di ‘IMASCU’. Result spm BM,SEJ,AG,MATH= B+ , BI= B , BIO=C+ , PHY= C , CHEM,ADMTH= D. Persoalannya, bolehkah result seperti ini melayakan saya sebagai pelajar form 6 aliran sains ? Kerana beberapa hari lepas saya giat mencari maklumat mengenai form 6 , dan saya mendapati kelayakan saya untuk aliran sains f6 ‘cukup-cukup’ makan. Ini kerana jika saya diberi peluang untuk menjadi pelajar aliran sains f6, saya akan buat yang terbaik dan membuktikan kepada orang ramai bahawa f6 bukanlah perkara sia2.

    • saudara / saudari,

      lupakan tentang IMASCU, apply dulu. kalau dapat baru cite kat IMASCU.

      IMASCU hanyalah sistem, dan perlu maklum bahawa permohonan untuk kemasukan IPT adalah juga menggunakan sistem.

      persoalannya, yang tentukan anda layak ke matrik atau tidak adalah Allah SWT. 🙂

      • Alhamdulillah, saya berjaya dapat tingkatan 6 jurusan sains :). 8 mei lapor diri. In Shaa Allah saya akan melakar kejayaan besar untuk tingkatan 6 !

  53. assalamualaikum saudara,
    sya mmpunyai minat untuk ke f6,
    tp sya x thu nk amk bdang ape,
    msa di form 5, sya dlm aliran p.akaun, s.prtnian n xmath,
    p.akaun sya dpt D, s.ptnian sya C+ mnkla xmath sya fail,
    boleh ke sya pergi ke form 6 dan ape subj yg boleh sya ambik ?
    terima kasih.

    • Epi boleh pergi berjumpa dengan kaunselor sekolah anda untuk maklumat yang lebih jelas. sebab saya bimbang info yang saya bagi ni salah.

      belum Update dengan guru tentang ini.

  54. salam,,sya nk tnya..sya m’rupakan batch spm’12 aliran sains & b’sekolah kt smka..sy m’rancang nk ambik f6 aliran sains kt skolah harian..lgipun sy ingin m’yambung pljran dlm jurusan farmasi..sy juga ingin m’yambung pljran ke korea slps ambik stpm nnti..soalannya,,brapa pointer yg perlu sy dpt untuk smbg pljran ke korea?? ada antara saudara mara @ i/bapa sy yg beritahu sy agar ambil f6 kt smka tp sy xnak sbb sy nk ambik aliran sains kt skolah harian,,apa yg ptut sy buat??mcm mana nk dpt tajaan @ biasiswa drpd jpa untuk smbg blajr ke korea??klu sya ambik subjek geo,,dpt x ambik jurusan farmasi mse kt u nnti??sya btul2 ingin b’sekolah kt sek.harian sbb dkt dgn rmh..

    • 1. tanya diri sendiri kenapa nak pergi ke korea. Adakah kerana nak melancong atau nak merasa suasana hidup orang korea atau anda ingin bertemu idola anda yang merupakan artis korea?

      hakikatnya, banyak tempat yang baik untuk kita melanjutkan pengajian farmasi, dan pilihan utama di Indonesia, India atau Mesir.

      kerana pada pandangan saya, negara Korea adalah negara yang best utk mereka yang minat kejuruteraan, memandangkan Korea antara negara yang leading dalam industri tersbut.

      2. Dapat 4.00 principal. Itu lah peluang anda untuk ke Korea.

      yeas. moga ketemu di Korea ya!

    • nota tambahan :
      bagaimana nak dapat tajaan dari JPA.

      kebiasaannya JPA akan umumkan tarikh untuk permohonan biasiswa. tetapi anda mempunyai alternatif lain untuk mendapat tajaan, iaitu dari MARA, Yayasan Bukhary, dan Petronas, Pharmaniaga dan banyak lagi syarikat besar yang bersedia menaja pelajar untuk ke luar negara.

      hakikatnya , anda perlu usaha lebih untuk tempatkan diri anda dan being more passionate untuk achieve impian anda. 🙂

  55. Assalamualaikum saudara , saya pelajar lepasan spm 2012 . saya mendapat form 6 jurusan sains , boleh saudara terangkan dgn lebih terperinci tntg jrusan sains ni ? Saya takut , krana banyak org kata form six ni susah . Tapi ada juga beberapa perkara positif yg saya tau , Form6 lebih d utamakan jika ingin masuk ke U , betul ka ?

    • wasalamualaikum.

      kebanyakan pegawai HR yg saya temui, mengatakan bahawa pelajar STPM amat dikagumi oleh kebanyakan pensyarah dan ianya benar.

      Berkenaan jurusan Sains. Ianya kursus yang sangat mencabar tetapi amatlah berbaloi.
      saya mencadangkan agar saudari zanie menemui penyelia tingkatan 6 anda untuk memudahkan saluran maklumat, kerana dalam pengetahuan saya berkenaan jurusan sains amatlah terbatas.

      Namun, saya menyokong usaha anda untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan sains dan teruskan mencipta kejayaan!

    • wassalam.

      Jurusan agama ni, ataupun STAM kebiasaannya ditawarkan dalm dua jangka masa.

      Satu jangka masa setahun,
      satu jangka masa dua tahun.

      maka boleh pilih mana mana yang memudahkan, dan banyak memberi manfaat.

      Kalau saya, tentulah saya cadangkan ambil STAM untuk tempoh dua tahun. atas alasan untuk mantapkan persediaan utk hadapai STAM tu.

      STAM ni mempunyai prospek yang sangat cerah untuk ke timur tengah, samada bidang ekonomi mahupun bidang agama. STAM memiliki kesemua keistimewaan ini. Selain itu, ia juga memiliki keistimewaan berbanding STPM, disebabkan kuatnya pengaruh bahasa arab yang kini dilihat semakin mendapat permintaan di peringkat global. (kewangan islam)

      Saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan subjek apa yang patut diambil, cara pembelajaran terbaik disebabkan guru Tingkatan enam anda lebih arif dan moleklah kiranya anda berjumpa dengan mereka untuk sesi perundingan.

      regards.
      Syafiq

  56. Assalammualikum,
    saya lepasan spm 2012. dan saya menerima tawaran STPM dalam jurusan KEMANUSIAAN. Semasa di sekolah saya mengambil aliran Prinsip Perakaunan dan saya minat serta ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Kewangan dan Perbankan. Persoalannya, cerah ke masa depan jika saya mengambil jurusan kemanusiaan ini, atau pun tunggu sahaja keputusan upu?
    Saya dalam keadaan keliru right now! tidak tahu mahu ke STPM atau menunggu keputusan upu.

    • Konsepnya sekrang :

      Peluang ada kat mana-mana. Ingat, jika anda belajar dalam jurusan kewangan dan perbankan, bukan kerana faktor kerjaya di masa depan. ttapi kerana anda minat.

      Sebab, kalau anda belajar kerana kerjaya. Sampai satu saat bila pembelajaran sampai tahap hardcore, anda pasti akan mengeluh.

      Sekarang tanya diri sendiri.

      Anda belajar kerana faktor kerjaya atau minat?

      nota :
      saya merupanya mahasiswa Jurusan Kewangan Islam. Dan saya belajar kerana saya nak majukan sistem kewangan Islam di Malaysia. Prospek saya tertumpu di negara Timur Tengah, Eropah dan China.

      Persoalannya, sekiranya saya tidak berjaya mencapai prospek saya. Namun, saya mempunyai peluang di bidang kejurulatihan kerana saya fokus di situ. ^_^

      • saya ingin belajar dalam jurusan kewangan dan perbankan kerana faktor minat serta saya mahu masa depan yang berpotensi.

        pendapat anda, patutkah saya melanjutkan sahaja ke tingkatan6? atau menerima tawaran Kewangan & Perbankan di ipts? hermm? buntu.. 😥

  57. Salam, saya nak tanya sikit , saya dapat tawaran form 6 dlm jurusan kemanusian bgi skolah harian.

    keputusan spm saya (aliran sains tulen) agak kurang memuaskan dimana smua subjek sains hnya lulus , math lulus . lain-lain hnya la kredit dan satu gagal iaitu addmath

    saya nk tau saudara dulu ambil jurusan apa? boleh terangkan lebih dalam tentang jurusan ini?

    andaikata saya lepasan STPM, boleh ke saya mohon bidang berkaitan sains komputer? sekiranya tidak, bidang apa lagi yg boleh saya ceburi?

    • 1. Saya pelajar aliran teknikal (SPM 2008)
      2. Andaikata anda lepasan STPM, ya anda boleh mohon bidang berkaitan sains komputer. kerana tiket dari STPM amatlah luas. Misalnya juga, anda mempunyai peluang menginjakkan kaki ke bidang-bidang lain seperti aviation, bisnes, dan lain lain.

  58. assalamuaalaikum sya lepasan spm 2012. sye tlh mndpt tawaran melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 aliran sc..and i’m really sad cuz i did not manage to get place in matriculation. and in the same time i’m still waiting form my upu result which i’m not sure if i’m gonna b accepted .baru-baru ni (dalam proses dpt result spm) sye minat utk ambik course accountancy and sye dh buat research .sye nak dptkan acca.but which 1 is better? pergi ke kolej bersekutu unikop ipb etc or ipts opr ipta yg x tau dpt ke tak ni..why our society perspective towards form 6 student really bad some sort of kiteorg ni gagal masuk u.even my fmly members.becasue stpm is the most difficult examination in asia? pergghh. -,-

    • 1st, persepsi terhadap pelajar SPM yg kembali ke sekolah. Kalau pelajar STPM ini ditempatkan di satu tempat yang tidak mempunyai status sekolah. pastinya mereka akan memandang tinggi kepada pelajar STPM.

      2. Cadangan saya. Sekiranya anda mahu melanjutkan pengajian dalam bidang akaun. Maka ini adalah cadangan saya.
      – Ambil diploma perakaunan di Kolej Profesional MARA.
      – Jadi pelajar cemerlang dan akan ditawarkan lanjutan pengajian di luar negara.

      Kenapa Kolej Profesional MARA?
      kerana MARA akan menawarkan biasiswa kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian di Kolej Profesional MARA.

      3. Saya kurang mencadangkan ACCA, disebabkan saya sendiri adalah pelajar jurusan perakaunan. Saya pernah membuat perbandingan antara ACCA, CIMA dan juga PHD in Finance. Konklusi perbandingan ini, sekiranya perfomance saudari cemerlang. Maka moleklah kiranya saudari melanjutkan pengajian di ACCA. Maka saya sarankan, teruskan hasrat anda.

      4. Salam sukses! Rajin rajinlah jengah ke entri yang lain pula.

      • tapi permohonan untuk kolej profesional MARA bukankah sudah ditutup =(
        dan adakah maksud saudara ACCA teramatlah susah? jadi mana apa yg patutu saya pilih CIMA ATAU PHD?

      • 1. berkenaan Kolej Profesional MARA. kalau tak salah, ada open interview untuk setiap intake Julai dan Jan.

        2. tidak! saya tidak mengatakan ACCA susah, CIMA payah atau PHD itu mudah.

        3. pilihannya terletak pada saudari. Hidup ni adalah milik saudari dan pembuat keputusan adlh saudari. Allah akan tolong. kan?

  59. Salam, saya Hana. Lepasan spm dan dpt tawaran form six jurusan sains. Then, i want to that which is better. Is it sastera or science ? First choice saya dlm upu is sastera sbb sy nak jd cikgu. Im dilemma. please do reply. tq so much, may Allah bless u all the time.

    • thanks for the pray.

      Anda mempunyai masalah dlm membuat pilihan.

      Tanya diri sendiri.
      “Apa saya akan jadi sepuluh tahun akan datang?”

      Buat pilihan!

      Every moment is a choice
      Every Choice is my Choice
      Life is full of choices, aint right?
      so, choose lah. 🙂

      • langkah yang lebih selamat.

        daftar dahulu di tingkatan enam.

        kemudian, klu diberikan rezeki ditawarkan UPU.

        pergilah daftar UPU pulak. 🙂

  60. ASSALAM saya nak tanya saya merupakan lepasan spm 2012 dan alhamdulillah mendapat keputusan 8a 1 c didalam spm iaitu c dlm matapelajaran b.inggeris . saya berasa keliru saat ini kerana saya mendapat tawaran ke kolej profesional mara indera mahkota dlm DIA selama 3 tahun . saya dalam dilema sama ada ingin pergi ke kpm ataupun ke tingkatan 6 .. ini kerana saya mendapat pelbagai halangan dan cdngn drpd pelbagai pihak ..saya agak keliru sekarang tidak thu mana satu pilihan yang sebaiknya . saya mempunyai asas yang baik dalam akaun dan merupakan pelajar akaun di tingkatan 5 . namun saya berasa keliru kerana adakah peluang saya meluas sekiranya saya menyambung pelajaran ke kpm ? pendapat orang di sekeliling saya membuatkan saya rasa keliru .saya tidak tahu ingin meneruskan pelajar ke tingkatn 6 atau pergi ke kpm .. saya harap saudara dapat membantu saya .. sekian terima kasih ..

  61. saya betul keliru sekarang ni .. bagi saudara , mana yang lagi baik , ke tingkatan 6 atau ke kolej profesional mara ? saya dapat tawaran ke kpm kos DIA dan saya sangat berminat .. tp saya mendpt tentgn drpd pelbgai pihak . ada yg kata ianya rugi kerana terlalu lama dan sebagainya .. ada yang mencdgkan agar saya masuk ke tingkatan enam kerana masa agak singkat berbanding dip di kpm iaitu selama 3 thun .. kptusan spm saya 8a1c iaitu bi yg mendpt c .. saya mempunyai asas dlm p.perakaunan ..saya keliru .. harap saudara dapat membantu ,, sekian terima kasih

    • Laluan STPM :: tempoh setahun belajar + masa menunggu keputusan keluar (3 bulan) + masa menunggu menerima tawaran dari Universiti (lebih kurang 6 bulan) + 3 tahun di peringkat ijazah = lebih kurang lima tahun.

      Laluan Diploma :: Tempoh dua tahun sembilan bulan (termasuk praktikal) + masa menunggu menerima tawaran ke peringkat ijazah (3 bulan) + tempoh pengajian ijazah selepas pengiraan kredit transfer (tiga tahun termasuk praktikal) = lima tahun setengah cincai kira. 😛

      saya menyarankan ambil diploma dulu, sebab bila masuk ke peringkat ijazah nanti. pelajar takkan terkial – kial. dibandingkan dengan pelajar STPM, kebanyakkannya masih lagi mencari rentak untuk memahami konsep pembelajaran kampus di peringkat awalnya.

      Pilihannya? anda pilih, kerana itulah pilihan hidup anda. 🙂

      Jangan lupa sharing ya di blog ini. 🙂

      • saya dapat tawaran dari uitm kos diploma in akaun sama dgn tawaran yg saya dpt dri kolej profesional mara iaitu kos DIA jugak. bgi saudari , mna pilihan yg lgi bgus ? pergi ke kpm ? atau ke uitm ? sekian terima kasih

  62. Salam saudara syafiq fuad . Saya telah mendapat tawaran di kpm seri iskandar dalam HND BUSINESS MARKETING dan di kptm bangi dalam DIPLOMA BISNESS STUDY KERJASAMA UITM . Soalan saya , saudara rasa mana lebih elok kerana bagi saya , saya sangat minat dengan bidang bisnes ni . Terima kasih 🙂

    • Saya menyarankan saudara menyambung pelajaran di KPM Sri Iskandar.

      di KPM SI, anda akan dimasukkan ke Asasi selama setahun kemudian anda akan sambung pula ke HND selama tiga tahun.

      Namun, pilihannya, anda pilih sendiri.

      kerana anda adalah pelajarnya, bukan saya. 🙂

  63. assalam ,sy telah mndapat tawarn fom6 dalam jurusan kemanusian .jurusan kemanusian tuh mcm mne ek ? thanks .:)

  64. Asalaimualaikum, sy adalah lepasan spm 2012 dan juga merupakan bekas peljar sekolah arab, sy dapat STPM tetapi dalam masa yg sama sy masih ragu2 adakah sesuai bg saya untuk masuk ke sTPM atau STAM. ?
    Untuk pengetahuan Tuan, saya dapat masuk ke STAM,Dan saya telahpun mengikuti STAM selama 2bulan., dan setiap kali habis matapelajaran , kami harus menghafal, dan memahami topic yang berkenaan dan menyebabkan sy stress memandangkan banyak matapelajaran yang harus difahami dan dihafal. .Dan baru2 ini,Saya mendapat STPM dalam jurusan agama. Dan subjeknya sama seperti dalam Subjek STAM Cuma STPM dalam jurusan agama sk sy hanya mengambil P. am, syariah, usuludin, bahasa arab, sejarah.Masalahnya STAM sangat susah dan jangka masa yang ditetapkan di sekolah saya hanya satu tahun. Ramai kakak2 yang lepasan STAM memberitahu saya STAM sangat susah dan sebagainya. Lagipun semasa di tingkatan 4 pada exam SMU(Sijil Menengah Ugama) saya telah mendapat keputusan mumtaz. Dan ustaz juga mengesyorkan sy mengambil STAM kerana result SMU sy ok. Dan ustaz yakin saya mampu mendapat tempat dlm STAM. Tetapi jika salah satu mata pelajaran STAM rassib(gagal) pelajar tersebut harus mengulang selama setahun semula matapelajaran yang gagal. Dan jika tahun tersebut gagal lagi,pelajar tersebut akan mengulang semula.ini amat melecehkan. Merugikan umur. Tetapi walaupun belum mengikuti pelajaran di STPM ,diri saya lebih selesa berada di STPM memandangkan sk yg saya duduki itu adalah sekolah berpestasi tinggi,memandangkan guru-gurunya juga adalah terbaik(cemerlang).Yang mana satu lebih baik? STAM atau STPM?

    • Every moment is a choice
      Every choice is my choice
      life is full of choices
      so, chooselah!

      🙂

      Awak yang buat pilihan.

  65. assalamualaikum wbt. . saya lepasan spm 12 dan skarang smbung kat form 6. . sesi orientasi sedang berlangsung dalam minggu nie . . sesi pembelajaran saya x pasti bila ?? jadi soalan saya , boleh ka saya try dalam satu minggu subjek yg saya ambil skarang dan skiranya saya x mampu nak truskan , saya nak pindah class ??

    # kerjasama anda amat di hargai 🙂

  66. salam . saya merupakan pelajar lepasan spm jurusan sains 2011. keputusan spm saya tidak berapa baik iaitu 1A+3A1B+2B2C+ , matapelajaran sains saya hanya mendapat b dan c sahaja , manakala A semua dari matapelajaran teras. baru-baru ini saya dapat tawaran untuk sambung belajar di Ump utk dip kejuruteraan kimia(loji proses), tapi saya tak tahu apa-apa mengenai bidang tersebut dan saya mempunyai cita-cita untuk belajar prkara yg brkaitan dgn sains hayat. sekarang saya buntu kerana markah spm saya tidak melayakkan untuk belajar asasi sains di ipta. patutkah saya sekadar menerima takdir dan bersyukur dengan apa yg saya dapat ? atau teruskan lagi cita-cita saya (ambil risiko) untuk ambil stpm dalam jurusan sains ? saya buntu , tolong bantu saya 😦

  67. Assalammualaikum .. Sya nak mintak pendapat korang .. Sya dpat twaran smbung bljar dekat kys (diploma pengurusan perniagaan ) tapi dalam masa yang sma sya dapat masuk tingkatan 6 ne .. Jadi sya keliru yg mana stu sya nak masuk .. Plezz bagi pndapat .. Urgenttt .. 🙂

  68. Salam.mohon bantu masalah saya skrg ini.Semasa mengisi upu,mempunyai dua ruangan iaitu 1)Ipta/poli premier 2) polii konvensional/meTro/ilka dan saya mengisi untuk kedua-duanya.Jadi apabila sy check utk ipta/poli premier sy xdpt sebaliknya saya mendapat yang ke 2)poli konvensional/metro/ilka dan sy sangat3 sedih dan ralat krn xdpt ipta dan menggembirakan ibu bapa saya dan saya menangis dua hr berturut-turut krn sedih.Saya dftr pra-u dlu smntara tggu upu tp xdpt n poli pula sy dpt kos Dip.kewangan & perbankan islam.Sy takut nak hadapi form 6 dan jemu nak pkai baju sek serta takut dgn beratnya STPM spt yg diuar-uarkan di media massa ataupun org sekeliling sy.Skg saya ambk aliran agama di SMKA dan masa SPM 2012 sy pelajar aliran sains dan alhamdulillah mendapat 5A dlm SPM lalu.
    Saya berbelah bahagi sangat sekarang dan hati saya rasa xberapa nak pi Tg.6 tp sy dh xtau tmpt ipta mn lg sy nak pi.IPTS mmg dpt tp sy xmahu susahkan ibubapa jika pi private.How am i supposed to do? Pre-U or Poli?

    • there is a lot of alternative other than pre u and ipta.

      it is IPMA.

      educational institution sponsored by MARA, for those who pursue at KKTM and KPM.

      I m suggesting u to check it out on this if u re having perception problem towards IPT and Pre u.

      • salam, saudara fuad, patik adalah bkas plajr stpm 2012. CGPA patik x la stinggi mna, iaitu 2.3. Patik pilih kursus yg kbnyknnya brkaitn dgn pngurusn, seprti pngursn sumbr manusia, pntdbrn awm dn bnyk lagi. Soalan patik kpd tuan fuad, ble tak msuk u dgn kptsn trsbut n relevan tak krsus trsbt dgn kptsn trsbt.

      • tapi kalau pergi ke mara,adakah saya ada harapan nk ke ipta spt uiam,uitm
        dll? ayah saya cadang suruh sy ambk stpm n boleh trus p u slepas stpm ttpi sejauh manakah stpm dpt menjamin sy utk ke u? saya susah hati dan murung sgt2

  69. Assalamualaikum ,,

    saya merupakan salah seorang pelatih PLKN kump 2/siri 10 2013….. saya memohon pelepasan awal kerana ingin memasuki TNGKTN 6.

    Masalah saya:

    1) saya ingin menukar sekolah yang dicadangkan oleh KPM memandangkan lokasinya sangat jauh dgn kediaman. . . . tetapi bagaimana??? perrlukah pergi ke pejabat PPD??

    2)bolehkah saya memilih sekolah yang diingini sesuka hati???

  70. Mcam nih,,klau di STPM sya ambil couse sains sukan,apabila sya nak smbung ijazah,,bleh tak sya ambil couse lain ketika ijazah..sbgai contoh ijazah ambil kejuruteraan..

  71. Assalamualaikum , saya dpt aliran sains f6 . tarikh perpindahan aliran sudah berlalu tetapi saya tiba2 berasa tidak yakin utk masuk ke jurusan sains , cita2 saya adalah menjadi seorang cikgu . Saya ingin berpindah ke kelas Perniagaan subjek ( P.AM , BM, SEJ , P.Perniagaan ) ..Tapi saya tidak minat perniagaan dan tiada basic akaun . apa pendapat saudara ? haruskah saya tukar aliran kerana keraguan ini ?

    • boleh. tapi saya tak cadangkan sebab anda akan start susah di peringkat ijazah.

      its better for u to take either form 6 with accounting or diploma in accounting.

  72. Assalamualaikum saudara , saya telah berjaya mendapat rayuan matrikulasi. Tpi saya tidak sanggup berjauhan dri keluarga dan bercadang utk kekal di form 6 jurusan sc . Tapi semua org suruh saya pergi matrikulasi . Apa yg saya harus buat ?

  73. Assalamulaikum,Syafiq Fuad,I got 7As in SPM but sadly,I didn’t get any offers from UPU and has made an appeal for UPU. So I entered Form 6 in Science streams and so far I feel very comfortable doing it and I was determined to continued my studies in Form 6.About the studies in Form 6, i think i could handle it too, but i’m still in the very beginning of it, so no idea what awaits me ahead.I always wanted to study abroad so I go for form 6 because it is accepted at local universities and all other foreign institutions.My current goal in Form 6 is to obtained 4As so that I’m eligible for many scholarships to continue my studies locally or overseas.The results for e-rayuan in UPU has been announced today.Alhamdulillah,I got an offer for Asasi Sains Hayat at IIUM,The problems is I don’t know whether should I take the offer or not,If I take the offer,I’ve continue my degree level in that University.I really want to study overseas.So,I hope you can give me an advice regarding to my issue.Thank you.

    • Dear Addin,

      congrats for ur SPM !

      lets note that it is machine system cusomized who process ur application. not human being. its normal for mistake happen during application process.

      I m not going to suggest something for ur life. because it is ur choice who will determine who u re.

      for me, if i m being u. i ll try to beat in IIUM. since it s my chance for meet and greet new people.

      but, then it is up to u.

      i wont make any suggestion, but i m really hope that u would share with then. ur experience with ur choice then. 🙂

  74. Saya mendapat 4A dalam subjek asas spm tahun 2010, tetapi hanya mendapat lulus dalam matematik kerana lemah dlm matematik.Saya tekad masuk tingkatan 6 pada 2011 dan 2012, mendapat pointer 2.9 exam stpm 2012 . Apabila memohon u di upu, saya tidak berjaya. Tetapi rakan yang mendapat 2.5 kebawah mendapat tempat di universiti. Adakah disebabkan kelulusan matematik saya pada spm lalu diambil kira? Apa yg perlu dilakukan. Sedih sangat 😦

  75. assalamualaikum.saya sekarang sedang belajar di tingkatan 6 tapi dlm masa yg sama saya masih menunggu keputusan daripada uitm.saya meminati bidang kemahiran seperti kulinari .adakah keputusan saya betul dengan memasuki tingkatan 6 ini.saya terlampau keliru sekarang ni

  76. salam. saya pelajar spm 2012. keputusan spm saya alhamdulillah okay walaupun tak berapa nak cemerlang. 6a 2b 1c. saya pernah belajar di ting 6 selama beberapa minggu dalam aliran sc dan berhenti kerana jauh dari rumah dan takde kawan melayu langsung. matriks dan ipta saya tak layak sebab saya bukan bumiputera,dan saya dapat tawaran poli untuk intake desember dalam kos financa and islamic banking. tapi saya tak sure saya boleh minat ke tak dgn kos poli ni. sbb saya mmg minat bio. apa patut saya buat sekarang? mohon balik form 6 @ masuk politeknik?

  77. hai..sy tgah keliru skrang nk stay f6 or nk terima twaran poli dip akauntansi..
    skrg sy bljar dlm f6,dh exam percubaan juga,tpi sbjk math m tak lulus,sy rasa mcm dh putus asa..sdg kn time f5 dulu sy sgt mnat math dpt A pula..sdgkn stpm ni sy tk dpa buat..tmbah lg sy pergi lain utk f6 sbab sklh lama sy xda pra u..nk pergi ambik akauntansi mnat juga cuma saya xda basic..sy sgt2 buntu nk buat keputusan..

    • Jangan tukar ke poli jika anda tidak lulus math.
      anda sedang melarikan diri daripada masalah. 🙂

      teruskan perjuangan, study yang terbaik!

  78. mengapa mesti kita (segelintir masyarakat malaysia) mempunyai stigma -ve kepada sesetengah pendidikan seperti stpm? tujuan utama belajar bukan untuk berasa malu atau menunjuk-nunjuk kelulusan yang ada. pendidikan adalah untuk membuka fikiran dan menutup kejahilan. tak kira dimana anda belajar anda seharusnya bersungguh-sungguh dan jangan fikir apa orang kata. dalam memilih institusi pendidikan anda seharusnya menyesuaikan minat, kemampuan, dan cita-cita anda. orang lain hanya mampu memberi pandangan yang belum tentu sesuai dengan diri anda. setiap institusi pendidikan ada baik dan buruknya. orang lain hanya mampu mengkritik tetapi anda adalah yang paling berkuasa menentukan hala tuju hidup. apa yang penting buat sesuatu bersungguh-sungguh.

  79. assalamualaikum..saya pelajar lepasan spm 2013 dlm aliran sains…bm=C+,bi=D,ba=D,pqs n psi=C,math=A+,sej=A,bio,kimi n admath=B,fizik=B+…saya berminat dlm bidang kejuruteraan…tawaran tingkatan6 saya dpt aliran sains..boleh ke saya dpt bidang yg saya nak itu apabila ambil tingkatan6 aliran sains jika tidak dpt tawaran upu..adekah subjek teras seperti bm ade dlm tingkatan6 aliran sains..saya mmg x berminat dengan sastera

    • bergantung pada awak dan insyaAllah boleh rujuk pada penyelia tingkatan enam masing masing sebab keperluan mungkin berbeza

  80. Assalamualaikum. sy nk tnye pndapat saudara. jika sy mndapat d dlm sbjek addmath,kimia n fizik smasa spm adakah sy hrus mnrima twaran f6 aliran sn? rmai yg ckp aliran sains di f6 lbih sush dri matrik n asasi betolkah? dan sy x pernah ada minat dgn sains sejak f1 lgi. apa yg hrus sy lakukan?

  81. Salamalayk.
    saya telah ditawarkan ke tingkatan 6 dalam jurusan sains. Untuk makluman tuan, saya memperoleh 5A 4B 1C dan 1D dimana biologi B , kimia D,dan addmath C. Saya nekad untuk tebus kekalahan saya semasa spm di tingkatan 6 dan saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Alhamdulillah, ibu bapa saya menyokong sepenuhnya keputusan saya apabila saya memilih stpm berbanding diploma. Tetapi masalahnya, saudara mara dan rakan rakan seolah olah memandang serong keputusan saya kerana mereka menganggap stpm ini adalah untuk golongan ‘lower class’ brbanding diploma di ‘universiti’. Hal ini kadang kala mematahkan semangat saya untuk menyambung pljaran di Ting 6. Tuan,adakah pilihan saya ini tepat? Adakah peluang saya ingin menceburi bidang perubatan di luar negara mahupun tempatan masih cerah jika saya memilih stpm?

  82. Salam…..saya nk tnye….adakah pointer 2.5 dlm stpm layak ke ums dan unimas. ….kerana ramai yang cakap mohon ums n unimas senng dpt…tolong saya….saya cnfius dan sdih la…; ( …saya sngat brharaap rzeki brpihak kpd saya…mohin pertolongan. …

    • ya mimi, mohon UMS dan UNIMAS mmg senang dpt disebabkan kedua dua universiti tersebut kurang mendapat permintaan disebabkan jaraknya yg jauh dr Semenanjung Malaysia selain kos nya yg agak tinggi.

      tapi jgn lupa ya, awak ada pilihan utk apply dan buat rayuan. 🙂

      selain itu, ada juga beberapa universiti swasta yg dicadangkan seperti UNIKL dan lain lain institusi pendidikan di bawah MARA.

  83. kita da masuk f6 , 28.sept niy dah trial tapi takda rasa nak belajar langsung sbb subject nye yg takberapa nak menarik minat kita .
    *mikroeko, bm , pengajian am , pengurusan perniagaan , muet *

    -tolong lha bantu kita untuk minat semua niy 😥

    • awak mahu keputusan yang biasa biasa atau keputusan yang lebih baik daripada semua orang?

      ini lah masanya untuk awak ubah! 😀

  84. salam, saya dapat tawaran ke KPM Sri Iskandar course dip international business. kalau saya nak tukar course boleh? tapi mcm mana ekk?

  85. assalam..saya nak tnya stpm jurusan kemanusiaan tu mcam mne ye??utk pngetahuan saya mngambil aliran perdagangan swaktu spm.adakah saya layak utk dpat masuk stpm?saya ade tnya akak senior skolah saya,dia mntak matrik tpi x dpat dn dia dtwarkan ke stpm.masalahnya saya x mntak matrik sbb saya x amek add math.bgaimana cara saya nak masuk stpm?saya blajar di skolah agama.klau boleh saya x nak amek stam.saya nk jdi kaunselor.tlong beri pnjelasan thadap masalah saya nie.

  86. Salam. Saya pernah memasuki ke tingkatan 6 pada mei 2014. Saya berhenti kerana telah mendapat tawaran untuk ke politeknik pada bulan 11. Tambahan pula saya pergi ke plkn pada bulan 8. Kiranya masa tu saya berhenti pada bulan 8 lah. Setelah tamat program plkn saya berasa mahu masuk ke tingkatan 6 semula tetapi masa tu semua pelajar tgkatan 6 dalam minggu peperiksaan sem1. Saya clueless sangat taktahu macam mana nak masuk balik. Adakah saya masih boleh masuk tingkatan 6 di sekolah kerajaan pada sem2 tahun depan? Saya nak sangat masuk ke tingkatan 6 semula 😦

  87. assalamualaikum. saye tertarik dgn salah satu cerita saudara tentang lecturer saudara yg sudah memegang PHD. betul kata saudara kegagalan bukan halangan utk berjaya. saye juga spt beliau. untuk pengetahuan, saye pelajar stpm yg ambil sub ICT dan saye x ade basic IT mase spm. subjek ni memang susah dan saye antara pelajar yg sentiasa gagal dlm test. memang saye hampir putus asa ditambah lagi dengan persepsi orang sekeliling yang sentiasa menganggap stpm tidak bagus. tapi berkat usaha dan dorongan keluarga dan kawan2 saye akhirnye dpt 4.00 dalam subjek ni. perkara ni yang membuatkan saye ingin terus bertahan dalam form6. harap kisah saye boleh dijadikan teladan buat pelajar yang ingin berusaha dan mencari keberanian dalam menimba ilmu 🙂

  88. salam.
    saya merupakan pelajar lepasan stpm aliran sastera dan pointer 2.25
    adakah pointer ini dapat membantu saya untuk ambil degree?

  89. Boleh sy tanya . Sy dapat d dlm bi . Adakah stpm ni sukar bagi sy ? Kalau amek sains kemanusiaan , sy akan belajar dlm bi ke kesemuanya?

    • bergantung kepada polisi sekolah, sebab ada sekolah yang belajar dalam bahasa inggeris secara keseluruhannya, dan ada yang hanya belajar separuh separuh

  90. assalamualaikum,, saya disini nak minta pencerahan,, saya pelajar spm aliran sains buntu sama ada ingin menunggu keputusan upu atau melanjut ke tingkatan 6,, tambahan pula,jika saya ingin masuk ke tingkatan 6,, layakkah saya bermohon aliran sains jika saya hanya mendapat gred c sains Spm..
    oleh itu,, sy terfikir aliran sastera,, tapi saya lebih cenderung ke arah makmal perubatan atau teknologi perubatan,, boleh ke,, pajar aliran sastera mengambil bidang tersebut?? saya masih confius….

    • saya masih konfius untuk sambung diploma atau tingkatan 6 sbb satu masalah kewangan…kalau diploma, tapi kalau stpm, saya takut tak dapat nak skore,,

  91. assalamualaikum
    kpm ke form 6 yang bagus saya agak konfius?
    kalau saya ambik form 6 bahagian jurusan kemanusiaan boleh ke saya ambik course international business lepas stpm?

  92. salam saya pelajar spm tahun 2014 dan dapat tawaran dalam stpm . soalan saya , kalau ambil stpm dalam aliran agama ,boleh ke apply program sejarah tuk sambung degree ?? saya minat dalam bidang sejarah . mohon penjelasan 🙂

  93. salam saya pelajar spm tahun 2014
    dan dapat tawaran dalam stpm .
    soalan saya , kalau ambil stpm
    dalam aliran agama ,boleh ke apply
    program sejarah tuk sambung
    degree ?? saya minat dalam bidang
    sejarah . mohon penjelasan 🙂

  94. Saya lepasan spm. Form 5 saya ambil aliran sains. Subjet sains saya semuanya tak kredit. Saya dapat aliran kmusiaan di tingkatan 6. Tapi,blehkan saya tukar aluran kmusiaan kpd aliran sains. Sbb saya lbih mninati bidg kjuruteraan. Saya ok sains pd tingkatan 4 tapi saya kecundang smasa form 5 sbb tinggal di asrama. Bolehkah saya tukar?

  95. salam , sy lepasan spm 2014 , sy mndpt 5A shje , tp sy a bm , math , admath , fizik n biology ,kimia B plus , sy xdpt twrn ke matrik , tp sy dpt iv institut pendidikan guru dlm bidang sains(sk) , sy xpasti lagi cita2 sy cume sy nk belajar dahulu jurusan sains di stpm dan sy xlepas syarat utk ambk asasi sains di ipta kerana BI sy c , ibu bapa sy kurg yakin utk hantar sy ke stpm dan mereka lbh suke ipg ,bolehkah berikan tips berkenaan situasi sy ini ?

  96. saya lepasan spm tahun2014 saya dpt 5kredit tpi masalahnya sy gagal math? adakah patut saya mengulang utk paper maths??

  97. Risaunya saya math saya E. Saya ambil ekonomi di form 6. Skrg baru lower six. English saya B semasa spm, saya agak risau peluang saya nak memasuki universiti yang saya minati slps STPM 😭 Saya meminati kursus Geofizik (disebabkan saya ambil geo sekaligus minat yang mendalam) semoga Allah permudahkanlah urusan saya utk belajar nanti. Amin ya rabbal alamin 😔

  98. Selamat sejahtera,
    Saya nk Tanya sikit. Pointer saya 3.25. Apakah peluang utk saya masuk university! Saya risau sgt saya x kan dpt masuk.

    • Alamak, saya dah tak update tentang sistem Tingkatan 6 sekarang, Awak boleh rujuk kaunselor di sekolah masing masing.

  99. Assalamualaikum, hai nak tany saya mrupakn plajar lpasan spm2015 , result spm pun dah kluar, jd sy mmutuskn utk smbung blajar ke f6, ttp masala sy d sini, adaka sy layak utk mmohon dlm bidang sn f6 sdgnkn result bio & kimia -C fzk-D & addmath-E … sy bminat utk ambi bdg prubatn ktk degree itu sbbnya sy ingin mohon jurusn sn bla f6 , jd pd pndapat saudari adaka patut sy brbt dmikian ?

    • Sekarang, banyak pilihan sekiranya mahu menjadi guru.

      Awak boleh pilih laluan menerusi IPG, iaitu laluan KPM.

      atau boleh juga apply untuk menjadi guru di institusi MARA menerusi laman MARA online.

  100. assalamualaikum. saya lepasan spm 2015. subjek spm 9 ja dan aliran sastera. memang basic geo akaun sains x ada langsong sbb spm tu pon lbih bnyk sub agama. yg amik pon. bm sains math sej b.a bi p.i quran sunnah and ped. sy berminat juga nak smbung f6. nk minx suggestkan base on sub yg sya amik. sub stpm apa yg patut sy pilih. trima kasih

  101. assalamualaikum fuad , hehee tak sangka sama name huhu, nak tanya , saya ni calon SPM 2015…. saya dari aliran scn and saya tak dpt smbung matrikulasi and dpt form 6 jurusan kemanusiaan, saya banyak dgr tentang jurusan scn form 6 sgt susah, jadi saya nak tanya anda, layak ka saya mengambil jurusan scn form 6 jika saya hanya credit utk subjek Physics (C+) mnakala saya tidak credit utk subject chemistry (E), tetapi subject matematik modern saya mendpt (A-) ? saya takmau bazir dua tahun saya blajar scn tetapi menukar jurusan apabila naik form 6 😦 huhuhu

  102. Asslmlkm CIKGU..saya pening tidak tahu sama ada saya ambik form6 ataupun tidak ..kerana saya takut gagal dalam matapajaran math..saya sangat lemah dalam math..dalam spm saya hanya mendapat math E…saya amat meminati bidang lukisan seni bina (arkitek) tapi saya takut gagal dalam spm

  103. assalamualaikum..saya pelajar lepasan spm..saya mendapat tawaran di tingkatan 6 jurusan kemanusiaan..saya juga mendapat tawaran kptm dlm bidang diploma pendidikan awal kanak2 di kota bharu..saya keliru sama ada sy perlu pilih form6 atau kptm..mohon bantuan

  104. Assalamualaikum, saya telah ditawarkan bidang kemanusiaan dalam STPM tahun ini. Boleh saya tahu apakah subjek yang bakal saya pelajari dan adakah dalam bidang kemanusiaan ini saya dapat menyambungkan pelajaran ke luar negara?Selain itu adakah peluang kerjaya saya dalam bidang ini cerah? Maaf saya tidak berapa jelas dengan bidang kemanusiaan ini. Harap tuan boleh menjelaskan dengan lebih terperinci.

Tinggalkan Jawapan kepada Syafiq Fuad Batal balasan