Category: tazkirah-


Salam alaik..

Alhamdullillah..kita sudah pun masuk ke bahagian kedua di dalam ramadhan.Fasa kedua ini,kita dijanjikan oleh Allah,pengampunan buat hamba-hambaNya.

Tapi,di manakah kita..?

Di rumah sambil meratah ayam?Di dalam tandas sambil menyedut air paip?atau ketika berwuduk,buat-buat tertelan air?

Walau di mana pun kita berada,ingatlah.Ada kamera ilahiyah yang sentiasa memerhati kita,walaupun kita bersembunyi di dalam bilik yang tertutup.Kamera ilahi tetap di mana-mana,dan tak pernah lekang dari meng`skodeng’ kita…

InshaAllah..entri kali ini akan membicarakan tentang statement ini..

Bolehkah apabila ingin membina rumah,kita mulakan dengan memasang

atapnya dahulu sedangkan tiangnya belum lagi tertegak.?

Apakah yang ingin dikatakan..?Pelik ya,siapakah gerangan yang mengeluarkan pernyataan sebegini rupa?ish3..sebenarnya,aku menulis saat sahabat dan sahibbah sedang berduyun-duyun membeli juadah berbuka sedangkan aku tak beli lagi!!maka,untuk memudahkan kita semua,bacalah puisi di bawah..Salah satu cara mudah untuk memahami pernyataan ini.Seandainya kalian tak faham juga,komen dan aku akan terangkan dengan panjang lebar TAPI di lain waktu ya…

Di hari ini,

Manusia benar-benar menjaga makanannya,

makanan mestilah halal,

sebab makanan itu menjadi darah dan daging,

sebab makanan kan mempengaruhi perkembangan mental dan jasmani..?

manusia jugak menjaga puasanya..

sanggup tak makan dari saat terbit fajar hingga tenggelam fajar,

sebab ramadan kan datang setahun sekali,

kata orang,tak puasa tak boleh raya…

kan…??

tapi,yang peliknya….

manusia hari ini,

manusia lupa untuk menjaga solatnya,

manusia lupa untuk menutup auratnya,

manusia lupa untuk menjaga lidahnya,

manusia lupa untuk menjaga anggotanya,

manusia lupa pada Rabb,

kerana manusia memang pelupa dan BUAT-BUAT LUPA PADA YANG ESA!!!!!

siapakah manusia itu?

anda dan saya..

adalah manusia….

sama-sama muhasabah diri…..

  • Ucapan yang makruf dan sopan

Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.


Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.


Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”


• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)


Adab khas untuk wanita
Iltizam dengan pakaian Islam

Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi:
Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”


Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Alla :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”

Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

Penulis berkata:Gubal peraturan Hati dengan Undang-undang Al Quran

Sumber:kredit to Nonaro

Lima minit sahaja

MAnusia mencari ketenangan dalam kehidupan ini.Sedang ketenangan itu ada pada indahnya sujud,damainya hati tatkala berzikir.

Adakah ketenangan itu dapat dicapai saat kita bergelumang nafsu?

Adakah damai yang dicari pada timbunan harta?

Mungkin juga kita temui bahagia pada cantik yang universal?

Jadi,apakah yang kita cari?harta?wanita?pangkat?

Entahlah,ak tiada jawapan untuk anda.tetapi,kita fikirkan sejenak..

Apakah yang kita cari?

Nasi Lemak seribu bahasa

bismiilah..

Ya Allah,bukakanlah pintu hati kami menggapai redhaMu..

“Along,sekejap lagi,belikan Bihun goreng dekat kedai kak Zah ya”pesan Ummi seusai mengerjakan solat subuh.

“Kedai Kak Zah?”

“Kedai Kak Zah sebelah kedai ikan Ah Soon tu”balas ummi.Ummi segera bersiap untuk ke sekolah,untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.tugas yang mulia tahu?

“Oh,okey..”

Pagi itu,sunyi sepi.ye lah,semua ke sekolah.sekarang bukan musim cuti sekolah.kalau Syafiq nak ke sekolah buat apa?Buat sibuk?

hahahhahaa(ketawa macam penjahat)

selesai mandi,maka berangkatlah syafiq ke kedai kak Zah.hati tertanya,kenapa bihun Kak Zah yang menjadi pilihan.Sedapkah?Apa yang luar biasanya?Isi daging gajah ke?Entahlah,syafiq pun belum pernah merasa.Kalau sesiapa yang ingin merasa bihun yang digelar bihun Kak Zah,datanglah ke pekan Sanglang yang terletak di utara kedah.pekan Sanglang sebarang pekan tau..!!

Promote sempena cuti-cuti Malaysia..

Balik di kedai Kak Zah,Bila ditanya pada pemilik kedai,jawapannya bihun tak ada.Kecewanya hati Tuhan yang tahu.penatnya aku bergaya semata-mata nak beli bihun Kak Zah rupanya tak ada!!Sedih!!kecewa!!Segalanya bercampur baur.Hati menggumam,aduhai……

Motor Yamaha 1000 cc pun dihidupkan.Pantas meredah angin lalu sampai ke warung terdekat untuk membeli nasi lemak.Dicapainya beg plastik berwarna biru.Aku mencapai sebungkus nasi ayam.Kemudian,mata melirik,ingin memilih nasi lemak bilis dan telur pula.

“Uish,nak pilih yang mana ni?Yang besar ke yang kecil?”hati bertanya.lantas,aku mencapai sebungkus nasi lemak yang kecil,dua nasi lemak yang bersaiz besar.Selesai membayar,aku pun pulang dengan hati yang girang.

Setelah selesai membancuh teh kosong dengan sedikit perahan limau nipis,aku mencapai nasi lemak.Sebungkus nasi lemak yang kecil dan sebungkus nasi lemak yang besar.Mula-mula,aku habiskan nasi lemak yang kecil dulu.

Bismillah…Syukur kepada Allah atas rezeki ini…

“Sedapnya sambal tumis ni!nasi pun terasa lemak perahan santannya.Pandai masak..”Puji hati kepada tukang masak nasi lemak kecil.

bila habis je nasi lemak kecil,dicapainya pula nasi lemak bersaiz besar.mesti sedap ni.Hati meneka..

Dibukanya nasi lemak yang besar lalu aku jamah.

“Alahai,tak de la sedap sangat pun.”Hati mula komen yang bukan-bukan.jangan tiru macam saya!

Pasti pembaca tertanya-tanya,baki dua nasi lemak lagi nak bagi kat siapa?

berhenti makan sebelum kenyang!

Adakah mesej ini yang cuba disampaikan.?Tidak ye,maaf..

maaf sangat sebab muqadimah dah panjang.baiklah para pembaca,mari…

mari,duduk sebelah Syafiq,kita bicara.Kita muhasabah.Kita hitung diri.Kita bicara tentang hati..Jom?

Apa kaitannya dengan nasi lemak?nasi lemak kecil?nasi lemak besar?

Inilah bicaranya bermula..

Kita sibuk mengejar ilmu.Ya,ilmu itu penting.ilmu lebih penting dari segala-galanya.bagaimana kita nak beribadah jika kita tiada ilmu tentang ibadah?

Dewasa kini,begitu ramai graduasi yang lulus berpangkat tinggi dari universiti tempatan.Tidak kurang juga yang membawa pulang sijil bertauliah dari universiti terkemuka luar negara.Tak lupa juga yang membawa pulang sijil nikah dari luar negara,sekurang-kurangnya mereka tidak terjebak dengan maksiat.Alhamdullillah.Ramai antara mereka yang berjaya.Syukur….

tetapi,berapa ramaikah yang benar-benar ber’ilmu’ jika dibanding dengan mereka yang tidak berilmu?

Saidina Ali krw pernah berkata,”Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah”

Pohon tidak berbuah?Seumpamanya pohon mempelam(juga dikenali sebagai mangga) di belakang rumah.Kalau tidak berbuah,apa kita akan buat?Adakah kita akan makan daun?Sudah tentu kita mahukan buahnya bukan?tetapi kalau tidak berbuah,apa kita akan buat pada pohon itu,pasti kita akan tebang dan menggantikan dengan pohon yang benar-benar boleh menghasilkan buah.

Itulah realitinya.hari ini,kita lebih memilih kepada tebalnya himpunan sijil daripada tebalnya pengamalan ilmu di dalam diri.Kita lebih memilih kuantiti daripada kualiti.

kita kaitkannya dengan solat.Ya,kita tahu rukunsebagai seorang  Islam itu mestilah menunaikan solat fardhu bahkan kita tahu balasan meninggalkan solat.kalau tak tahu tentang tu,saya beritahu….

baca di bawah ya…(^^,)

Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak – gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

haa..lepas ni jangan buat tak tahu ya?

Apa gunanya walaupun kita mendapat A+ di dalam kelas jika solat kita tinggalkan..?Amalkan ilmu kita ya.Nak dengar cerita lain pula.Ada cerita mantap lagi..!!

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al khatab,terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain.Lalu,mereka mendapat tahu bahawa saidina Umar sedang melalui kawasan itu.lantas,semuanya lari bertempiaran.Saidina Umar terkenal dengan ketegasannya.Tinggal seorang kanak-kanak yang masih terus bermain tanpa menghiraukan Saidina umar.lantas,Saidina Umar pun bertanya,

“Ya anakku,mengapa engkau tidak lari daripadaku?”

kanak-kanak kecil itu menjawab.”mengapa aku harus lari,sedang engkau juga makhluk Allah sepertiku?Engkau tidak mampu mendatangkan mudarat kepadaku melainkan dengan izin Allah.”

Para pembaca yang dimuliakan Allah,

seandainya diberi pilihan,yang mana pilihanmu,nasi lemak sedikit  tetapi sedap ataupun nasi lemak besar yang banyak?

pilihlah sendiri…

alamak,hujan!!angkat kain di jemuran!

nanti Syafiq cerita lagi…

salam alaik..

p/s:

sila KLIK untuk baca tentang balasan meninggalkan solat.

“Adik, jom mandi,” saya memujuk Solehah. Seperti biasa, Solehah menggeleng kepala. Bibir merahnya dicebekkan tanda tidak suka. Saya faham, dia keberatan.

Saya merapati Solehah. Cebekannya semakin ketara.

“Ala..mandi ya. Nanti Solehah bersih, wangi, cantik..” saya memujuk lagi beserta kata-kata pujian. Tapi, Solehah tetap bertahan. Tidak berganjak dari tempat duduknya. Bila-bila masa sahaja, riak ‘mendung’ di wajahnya bakal menurunkan hujan air mata.

Melihat itu, saya diam sebentar. Memikir-mikir cara lain yang boleh diguna untuk melembutkan hatinya. Tanpa begitu memaksa.

Oh! Ya! Saya teringat sesuatu di minda.

UMPAN
“Solehah mandi ya. Lepas mandi Ummi beri gula-gula.” Kali ini, saya memujuk dengan sedikit ‘imbuhan’ sebagai ‘umpan’. Jika tidak, tentu semakin sukar pujukan saya.

Mendengar perkataan gula-gula, wajah murungnya berubah ceria. Solehah bingkas bangun tanpa dipaksa. Saya pula yang menggeleng kepala melihat telatahnya.

Begitulah kebiasaan yang berlaku setiap kali saya mengajak Solehah mandi. Jika tidak diumpan dengan gula-gula atau makanan lain yang digemarinya, ajakan saya sukar berjaya.

Padanya, mandi bukan satu aktiviti yang menyeronokkan. Ditambah pula dalam cuaca dingin seperti ini, walaupun pemanas elektrik telah dihidupkan, kesejukan selepas ke bilik air, boleh menggigil seluruh badan.

“Ha..kan dah cantik..wangi lagi,” saya memuji Solehah sebaik selesai menyisir rambutnya yang halus.

“Adik cantik,” Solehah mengulangi pujian kepada dirinya. Saya tersenyum.

Sejurus, saya dan Solehah turun ke ruang tamu. Janji perlu ditepati, kata harus dikota. Tiga biji gula-gula pelbagai rasa saya berikan kepadanya. Solehah tertawa gembira sambil memeluk anak patung kesayangannya.

TENTANG HATI
Saya melirik jam di dinding. Masih berbaki lebih kurang sejam sebelum anak-anak pulang.

Sementara Solehah, masih leka bermain anak patung dan kereta. Lalu, kesempatan yang ada saya gunakan untuk menjengah ke ruangan komentar di blog ummuhusna99 dan akaun Facebook saya. Masih banyak komentar dari pengunjung dan mesej daripada beberapa kenalan yang belum saya jawab.

Sebaik membuka kotak pesanan Facebook, saya tertarik membaca satu pertanyaan dari seorang teman :

“Bagaimanakah selayaknya untuk seseorang itu bertindak bagi mengelak maksiat dalam hatinya, setelah segala amal-amal pencegahan seperti baca Al-Quran, zikir, solat malam telah dilakukan… namun hasilnya, maksiat masih membelenggu akal fikiran. Apakah caranya lagi, kak?

Moga perkongsian dari akak, dapat memberikan pencerahan kepada hati-hati yang ketagih ilmu.”

SUKARNYA MENJAGA HATI
Termenung seketika memikirkan persoalan darinya. Saya akui, menjaga hati sebagai ‘rumah’ bagi jasad luaran bukan suatu tugas yang mudah.

Syaitan dan iblis yang begitu konsisten dengan kerjayanya untuk menyesatkan manusia, sentiasa memiliki teknik dan taktik yang licik dan cerdik. Kekuatannya akan bertambah dengan bantuan dan kerjasama nafsu ammarah yang selalu mengajak kepada keburukan dan kebinasaan.

Sungguhpun telah melakukan kebaikan dan amal soleh, tanpa pengawasan dan sikap berjaga-jaga seseorang itu dengan mudah boleh terjebak ke dalam perangkap dosa tanpa disedarinya. Dosa hati yang mengundang penyakit yang akan memusnahkan amalan. Penyakit riak, ‘ujub, sum’ah dan pelbagai lagi hasil tusukan halus jarum hasutan Syaitan laknatullah.

Lantaran itu, pada saya, hati yang sihat sempurna ialah hati yang dipenuhi oleh nilai ibadah yang benar iaitu melakukan setiap suruhan dan perintah hanya kerana Allah. Hati sebegini mampu memahami manfaat dan hikmah dari sesuatu perintah Allah. Tidak menambah atau menguranginya.

Mengerti dengan kesedaran yang amat dalam, bahawa perintah yang dilakukan bukan kerana menjalankan tanggungjawab sebagai hamba semata-mata, tetapi lebih dari itu, merasai ghairah dan kenikmatan dalam melaksanakan suruhan Yang Maha Esa.

BUKAN MINTA BALASAN
Menyebut tentang ini, saya teringat kepada perbualan bersama Kak Long dan Kak Ngah, usai solat berjamaah bersama.

“ Kak Long, Kak Ngah..Ummi nak tanya, kenapa Allah perintahkan kita solat, puasa, baca Quran, berzikir dan sebagainya?” saya bertanya.

“Allah suruh solat, puasa dan lain-lain sebab nak balasan ke ?” saya menambah tanya.

“Taklah, Ummi. Allah nak kita jadi orang baik la,” jawab Kak Ngah mendahului Kak Longnya.

“Kalau tak solat dan buat ibadat? Allah rugi ke?” sekali lagi saya mengasak anak-anak dengan soalan yang menguji minda mereka.

“Kitalah yang rugi, Ummi,” balas Kak Long pantas.

“Bagus..betul tu. Allah tak rugi apa-apa kalau manusia tak mahu beribadah dan taat kepada-Nya. Tetapi yang rugi adalah manusia sendiri. Allah sentiasa mendengar dan melihat, manusia sahaja yang menjauhkan diri dengan berbuat maksiat.

Kekuasaan Allah tidak bertambah sedikitpun walau semua manusia mengerjakan perintah-Nya. Dan kemuliaan Allah sebagai Tuhan sekelian alam tidak akan berkurang sedikit pun, walau seluruh manusia melakukan kemaksiatan kepada-Nya. Semua itu sama sekali tidak akan menambah apapun bagi Allah,” saya menjelaskan penuh keinsafan.

“Apa yang perlu kita faham, Allah perintahkan solat, puasa dan ibadah lain bukan sebagai balasan kepada apa yang telah diberi-Nya kepada kita, tetapi semua itu sebagai salah satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita,” saya menambah bicara.

MATANGKAN IBADAH
Memang benar, Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Kaya, dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya menawarkan manusia peluang untuk meraih redha dan maghfirah ( keampunan ) daripada-Nya.

Perintah dan gesaan agar manusia melaksanakan ibadah yang benar, bermujahadah ( bersungguh ) melawan nafsu yang membuat onar, bertaubat dari segala khilaf dan salah, tujuannya adalah supaya kelak kita kembali kepada-Nya bersama jiwa mutmainnah ( tenang ). Bersih dari noda dan dosa sebagaimana ketika lahirnya kita ke dunia.

Firman Allah SWT :
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةًفَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي

Maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” ( Surah al Fajr ayat 27 – 30 )

Justeru itu, dalam usaha meraih hati yang sihat sempurna, antara perkara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mematangkan ibadah yang dilakukan seharian. Matang, dalam ertikata tiada maksud dunia yang berselindung disebaliknya.

Solat wajib dan sunat yang didirikan bukan kerana inginkan kekayaan dan pangkat, sedekah yang dihulur bukan untuk meraih pujian masyarakat, puasa yang dilaksanakan bukan semata-mata kerana ingin cantik dan sihat, tetapi semua itu dilaksanakan adalah semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Hebat.

UMPAMA ANAK KECIL
“La, dah tidur..” saya berkata tatkala menoleh kepada Solehah yang sudah pun melabuhkan tubuhnya ke sofa berhampiran. Tenang dan damai melihatnya.

Terimbas kembali kesukaran memandikan Solehah. Betapa kerdilnya saya untuk memahami bahawa setiap yang berlaku di hadapan mata sebenarnya adalah satu bentuk pendidikan dari Allah buat saya menilai diri.

Betapa anak yang masih kecil tidak memahami kebaikan dari mandi untuk kesihatan tubuh dan kebersihan diri, sehinggalah diumpan dengan gula-gula atau makanan kegemarannya, barulah dia mahu mengikut ajakan saya.

Begitulah perumpamaan ibadah yang belum matang. Laksana kanak-kanak yang memerlukan umpan!

Pelaksanaannya hanya kerana tertarik dengan maksud dunia yang ditawarkan di sebaliknya. Jika tiada, hilanglah kesungguhan dan keghairahan di dalam jiwa.

Oleh itu, amat penting untuk memastikan ibadah yang dibuat adalah didasari ilmu. Biar pun sedikit tetapi istiqamah, itu akan lebih mudah untuk menerapkan ikhlas kepada Allah.

Rasulullah SAW pernah menegaskan hal ini melalui sabda Baginda yang bermaksud :

“ Sebaik-baik amalan yang disukai Allah ialah amalan yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.” ( Hadith Riwayat Bukhari ).

USAHA TAMBAHAN
Saya membalas secara ringkas pertanyaan yang diajukan itu. Di dalamnya saya senaraikan serba sedikit usaha tambahan yang dapat dilakukan bagi memastikan hati sentiasa terarah kepada ketaatan dan terhindar dari godaan Syaitan yang menyesatkan. Antaranya ialah :

1) Melazimi istighfar dan taubat walau belum melakukan dosa yang berat. Firman Allah SWT :

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa.” ( Surah Ali Imran ayat 133 )

2) Melihat orang yang di atas dalam hal ehwal akhirat dan keagamaan, sebaliknya melihat kepada orang yang dibawah dalam perkara keduniaan. Dengan itu, kesyukuran atas setiap kurnia dan ujian daripada-Nya akan terus berpanjangan.

3) Menginsafi dengan hati yang tulus bahawa setiap kebaikan yang dilakukan adalah kerana rahmat Allah dan petunjuk-Nya, lantas ia menjadi pendorong untuk lebih merendah diri, tidak sombong, belas kasihan serta mendoakan mereka yang belum menerima hidayah Allah SWT.

4) Menginsafi bahawa setiap kejahatan atau kemungkaran yang dilakukan adalah kerana kealpaan dan kelalaian. Dengan itu usahakan mujahadah yang berterusan melawan bisikan syaitan.

5) Berkawanlah dengan teman yang soleh atau solehah yang sentiasa membawa sahabatnya dekat kepada Allah. Dan bukan sebaliknya.

Kebaikan yang ada diterima, keburukan yang terlihat dinasihati penuh cinta. Sahabat yang baik kerana Allah bukan sekadar menyayangi sahabatnya yang lain kerana dunia, tetapi lebih dari itu kerana inginkan kebahagiaan di akhirat sana dapat dikecapi bersama-sama.

KITA YANG BERNAMA MANUSIA
Akhirnya, mari kira renungi, bahawa sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan pernah sunyi dari dosa sama ada yang sengaja dilakukan tatkala nafsu menguasai minda dan jiwa, atau lebih-lebih lagi yang tidak disengajakan kerana sifat lalai dan lupa ini.

Allah menciptakan manusia dan jin bukan untuk melahirkan hamba-Nya yang sifar dosa, tetapi tujuan dari penciptaan ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada DIA Yang Maha Mencipta. Tiada manusia yang tidak berdosa, kecuali para Rasul dan Nabi yang mulia.

Firman Allah SWT :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya : “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah az-Zumar, ayat 53 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka.” ( Hadis riwayat Muslim, no 2749, 4/2106 )

Namun perlu diingat, At Tibi menjelaskan :

“Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tertipu dan terpedaya. Tetapi hakikatnya, ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menghalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa, lalu menerangkan keampunan Allah serta membangkitkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat.” ( Tuhfatul Ahwazi, 7/193 )

Kerana itu, teruslah mengharap kasih sayang-Nya, basahkan bibir mengucapkan istighfar, Kembalilah kepada-Nya dengan taubat yang sebenar-benarnya. Taubatan nasuha…

Pintalah keampunan kerana rahmat-Nya sangat luas mengatasi dosa semua manusia di dunia.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Artikel ini dipetik dari laman sesawang ummu hUsna,isteri kepada UStaz Zaharuddin

bersyukurlah…

bersyukurlah ya sahabat..

pada hari ini kita masih menghirup udara segar..

pada hari ini kita masih mampu berbicara dengan yang tersayang..

Pada hari ini kita masih diberi kesempatan untuk membaca artikel ini,

Pada saat ini kita diberi peluang untuk menitip dakwah melalu teknologi..

Senadainya hari ini kita sudah kaku tidak bernyawa..

mapukah kita berbiacar bersama-sama dunia..?

bersyukurlah sahabat…

sebelum semuanya terlambat…

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.

Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

“dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami” (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan? Saidina Umar mengatakan,

“Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya”

Malah, Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh. Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik?

MENJADI TEMAN KE SYURGA

Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya” (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi. Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan “ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan”, memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah.

Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi “menjadi teman ke syurga”. Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya.

“Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga.”

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi ‘teman ke syurga’, mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

“CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku”
(Hadith Qudsi)

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada “teman ke syurga”. Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga. Ayuh, perbaiki diri !

sumber

Syaikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan :

“Barangsiapa yang menyangka terlepasnya kasih sayang Allah daripada kudrat-Nya, maka yang demikian itu (menandakan) kedangkalan pengetahuannya.”

Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa Allah Ta’ala itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya. Oleh yang demikian, jika ada orang yang merasakan dirinya tidak memperoleh rahmat atau kasih sayang daripada Allah ketika dia menerima cubaan, beerti iman dan keyakinannya amat lemah sekali.

Allah menyindir orang yang berfikiran seperti ini dengan firman-Nya yang berbunyi :

“Ada antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap. Maka jika dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan jika dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan akhirat, itulah kerugian yang nyata.” (Surah al-Hajj : 11)

Menurut al-Nadawi, kebanyakan manusia itu menganggap bahawa cubaan atau ujian hidup itu boleh melemahkan cita-cita dan melumpuhkan keyakinannya. Kerana pada dasarnya manusia itu hanya mengingini yang mudah-mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apalagi cubaan hidup. Bagaimanapun, bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan akidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi kepada Ilahi serta meningkatkan ketakwaannya kepada-Nya.

Lebih lanjut, al-Nadawi mengatakan, jika cubaan-cubaan hidup yang di alami semakin sering menimpa seseorang, maka mereka percaya bahawa yang mendatangkan semuanya itu adalah Allah yang merupakan iradah Ilahiyyah dan hikmah Rabbaniyyah.

Orang yang demikian inilah yang dikehendaki oleh Allah sebagaimana yang dinyatakan-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud :

“Dan betapa banyaknya Nabi, yang sebahagian besar pengikutnya berperang bersama-sama dengan mereka. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak pula lesu serta tidak menyerah kalah (kepada musuh). (Ingatlah) Allah Maha Mengasihi orang-orang yang sabar.” (Surah Ali-Imran : 146)

Sehubungan dengan perbincangan ini, adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, antara lain ialah :

  • Dasar iman

Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, untuk membangun gedung yang tinggi, yakni cita-cita yang luhur diperlukan dasar yang kuat, yakni iman dengan segala rukun dan ketentuannya. Sehingga walau bagaimanapun besarnya badai yang menghempas, ia akan tetap berdiri kukuh di atas dasarnya. Maka untuk menguatkan asas iman tersebut, kita perlu memperhatikan serta merenungkan nasihat hukamak sebagai berikut :

“Janganlah terlalu mengharapkan yang manis sahaja dalam hidup ini, kerana seringkali yang manis itu menyebabkan sakit perut. Dan jangan pula takut menghadapi yang pahit, kerana biasanya dalam yang pahit itu terkandung ubat yang mujarab.”

  • Kemurnian iman

Salahuddin al-Ayyubi adalah seorang pahlawan Islam yang sangat terkenal, ketika berlakunya perang salib (abad ke 6H), beliau telah berhasil membawa ummat Islam ke puncak kejayaan yang paling gemilang dalam sejarah. Beliau adalah seorang yang sangat taat melaksanakan solat dan berpuasa ketika bertempur melawan tentera kuffar, beliau juga rajin melakukan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah. Di antara doa beliau yang terkenal :

“Ya Allah! Sesungguhnya telah putuslah kemampuan-kemampuanku di bumi ini dalam menolong agama-Mu. Tiada lagi yang tinggal, kecuali berhubungan dengan Engkau, berpegang kepada tali-Mu dan kurnia-Mu. Engkaulah sebaik-baik tempat aku berserah diri.”

Dengan kekuatan iman itulah akhirnya Salahuddin al-Ayyubi dengan bala tentera muslimin, walau jumlahnya jauh lebih sedikit daripada kaum kuffar, namun dengan keteguhan iman dan keyakinan yang tidak berbelah bagi serta dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, mereka mampu mengalahkan bala tentera kuffar yang jumlahnya jauh lebih banyak dan memiliki persenjataan yang serba lengkap.

“Andaikata cahaya keyakinan itu telah menerangi hatimu, nescaya engkau dapat melihat akhirat itu lebih dekat kepadamu daripada engkau berjalan menuju kepada-Nya, juga engkau dapat menyaksikan segala keindahan dunia dengan jelas yang telah diliputi oleh puing-puing kerosakan yang bakal menghinggapinya.” (Syaikh Ibnu ‘Athaillah)

Petua mencari lelaki

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

GOLONGAN munafik memperlihatkan diri mereka seolah-olah mengaku bertuhankan Allah tetapi dari segi perbuatan, fikiran dan tindakan, bercanggah dengan perintah Allah. Nabi Muhammad SAW pernah memohon Allah mengampunkan golongan ini tetapi Allah tidak ampunkan.

Munafik akidah membezakan seorang Islam dengan orang kafir, munafik perangai memperlihatkan kebaikan di depan orang tetapi di belakang tidak sama, manakala munafik amalan, nampak warak di depan orang tetapi apabila tiada mata memandang, hilang warak.

Penceramah bebas, Dr Syafawi Che Mat, berkata umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak tergolong dalam kumpulan munafik yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi tidak menjiwai kebenaran itu di dalam hati.

Katanya, tanda kecil munafik ialah malas beribadat, lupa kepada Allah, melengahkan solat fardu, mempercepatkan solat, meninggalkan solat jemaah, menyuruh kemungkaran dan melarang yang makruf.

“Malas beribadat bukan malas menunaikan solat kerana enggan mencari ilmu pengetahuan, tidak gemar menghadiri majlis ilmu atau pergi ke majlis kebajikan juga bermakna malas beribadat. Enggan berada di saf hadapan solat jemaah termasuk tanda kecil munafik.

“Paling ketara ialah sikap suka menunjuk-nunjuk, depan orang buat betul-betul tetapi orang tiada, buat ala kadar saja,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Tanda-tanda Munafik’ pada majlis ceramah bulanan di surau The New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, baru-baru ini.

Beliau berkata, banyak perkara dalam kehidupan seharian jika tidak dijaga boleh menjuruskan seseorang kepada amalan munafik seperti lupa kepada Allah semasa se-nang, apatah lagi ketika berhadapan kesusahan.
Umat Islam perlu sentiasa mengingati Allah tidak kira masa dengan mensyukuri nikmat-Nya apabila dikurnia rezeki dan bermohon kepada-Nya, jika didatangkan dugaan atau kesusahan.

Dr Syafawi berkata, selain syaitan yang berjanji akan menyesatkan umat manusia, orang Islam perlu tahu keutamaan dan memastikan ia dipelihara supaya dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dan memenuhi tuntutan kehidupan dunia.

Katanya, ramai yang bersolat tetapi masih lalai dengan melengahkan ibadat wajib itu hingga di penghujung waktu atau mempercepatkan solat menyebabkan tidak menjaga rukun serta bacaan dalam sembahyang.

“Nabi Muhammad berpesan jika hendak jumpa Allah di akhirat nanti perlu jaga solat. Sekarang ini jadi kebiasaan menjamakkan solat iaitu solat Zuhur pada hujung waktu nak masuk Asar diikuti solat Asar. Ini yang dikatakan jamak solat yang tidak jamak,” katanya.

Selain itu katanya, ciri mengenai sifat munafik jelas dapat dilihat melalui hadis Nabi Muhammad yang memberi ingatan supaya manusia tidak menjadi orang munafik yang ditempatkan pada tingkatan terkebawah sekali dari (lapisan dalam) neraka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers