Category: pemuda


“Saya mahu kamu semua bincangkan, cara-cara untuk kita imarahkan lagi masjid.” Saya memberi arahan kepada para pelajar asrama.

Entah, saya rasa kurang bertenaga. Tidak ada mood hendak mengambilalih kuliah maghrib seperti kebiasaannya. Maka saya meminta mereka menyelesaikan tugasan itu.

Sepuluh minit masa diberikan.

Tamat.

Saya meminta mereka menerangkan satu demi satu cara atau kaedah yang dicadangkan oleh mereka. Ada yang memberi cadangan supaya diwujudkan aktiviti kuliah dan menjemput penceramah yang mempunyai aura-aura hebat seperti Ust Kazim Elias, Ust Azhar Idrus, Ust Don  dan sebagainya.

Ada yang memberi cadangan supaya diadakan kelas-kelas Al Quran untuk kanak-kanak.

Ada yang mencadangkan kuliah secara fleksibel. Misalnya kuliah munakahat, kuliah ibadat dan pelbagai bentuk ilmu.

Ada yang mencadangkan agar dianjurkan aktiviti jamuan berbuka puasa pada hari puasa sunat seperti hari isnin dan khamis.

Ada yang mencadangkan supaya pihak masjid menganjurkan pertandingan musabaqah al Quran dan pelbagai lagi cadangan bernas.

Semua cadangan saya terima. Tidak ada yang saya bantah. Proses ini dinamakan sebagai proses brainstorming.

 

 

BERFIKIR DI LUAR KEBIASAAN : Jangan sempitkan pemikiran

Masih ramai di kalangan kita yang malas hendak berfikir secara luar biasa. Ini kerana kita telah diterapkan sejak kecil bahawa masjid hanyalah tempat beribadah.

Hanyalah tempat untuk beribadah.

Anda pergi ke masjid, untuk beribadah. Skop ibadah pula meliputi membaca Al Quran, solat fardhu dan pelbagai lagi ibadah khusus.

“Berapa ramai di antara kalian yang terfikir, cadangan untuk mengimarahkan masjid dengan menganjurkan pertandingan futsal?” Saya sengaja membuat provokasi.

Semua pelajar terdiam. Dahi mereka berkerut. Hairan.

“Berapa ramai di antara kalian yang terfikir, cadangan untuk mengimarahkan masjid adalah dengan menganjurkan pertandingan sukaneka?”

Semua pelajar terdiam. Bertambah hairan. Tak ke pelik, rumah Allah dijadikan tempat bersukaria? Mungkin ini yang berlegar di fikiran mereka.

“Sekiranya pihak masjid menganjurkan pertandingan futsal. Katakanlah, jika acara futsal bermula pada jam 9.30 pagi. Pastinya acara ini akan berakhir pada jam 5.30 petang dan sebagainya. Pertandingan futsal yang dianjurkan ini akan melewati waktu zuhur dan asar. Mungkin, penganjur boleh mewajibkan para peserta untuk turut sama solat zuhur dan asar di masjid berkenaan sebagai salah satu syarat pertandingan. Sama juga halnya sekiranya pihak masjid menganjurkan pertandingan sukaneka untuk kanak-kanak.”

Semua mengangguk tanda faham. Rata-rata semuanya bersetuju.

MAKSIMUMKAN JEMAAH, bukan perbesarkan ruang jemaah.

Mantan Mufti Kedah, Datuk Paduka Hasbullah pernah mempersoalkan cara beberapa pihak pengurusan masjid di negeri Kedah yang suka menyimpan duit masjid tanpa ada keinginan untuk membelanjakannya langsung.

Simpan dan perap untuk dijadikan formula belacan.

Simpan dan perap untuk ubah suai masjid ‘lagi’.

Perbesarkan masjid ‘lagi’.

Cat masjid dengan warna yang lebih meriah ‘lagi’.
Berapa banyak AJK masjid yang giat menghiasi masjid dan berapa banyak AJK  masjid yang giat menggalakkan orang untuk memeriahkan masjid? Dalam sahih Bukhari, Anas r.a. menyimpulkan bahawa ramai yang berlumba-lumba untuk mengindahkan masjid manakala golongan yang mengimarahkan masjid amatlah sedikit.

Pihak masjid perlulah memikirkan cara yang lebih kreatif untuk menggalakkan orang ramai solat berjemaah di masjid, bahkan menjadikan masjid sebagai rumah kedua mereka. Selain itu, pihak pengurusan masjid perlulah lebih bersikap terbuka dalam menerima pandangan generasi muda yang mahukan perubahan. Terdapat segelintir pihak pengurusan masjid yang langsung menolak idea generasi muda.

“Saya nak cuba laksanakan program untuk anak-anak kariah dan menggunakan masjid sebagai tapak program.” Cadangan dikemukakan.

“Saya tinggal di sini sudah empat puluh tahun. Saya tahu bahawa program macam yang awak nak buat memang takkan berjaya.” Balas timbalan pengerusi masjid, dengan nada sedikit angkuh.

Belum cuba belum tahu.

Banyak lagi bukti yang dikemukakan tentang sikap golongan ini. Saya tidaklah bertujuan untuk menerapkan rasa benci di dalam diri anda terhadap golongan ini. Tetapi, mesej yang ingin disampaikan adalah sekiranya anda adalah seseorang yang memegang jawatan di dalam masyarakat atau anda adalah AJK masjid. Maksimumkan penggunaan kuasa anda dengan sebaiknya.

Jika ayah anda adalah AJK Masjid, kemukakan cadangan ini kepadanya. Minta diusulkan di dalam mesyuarat. Semoga usaha anda dihitung sebagai ibadah.

PENUTUP

Saya teringat pada khutbah jumaat, antara isi-isi utama adalah menggalakkan masyarakat untuk lebih kerap menziarahi masjid.

Menjadikan masjid sebagai sebuah tempat yang mesra pengguna.

Menerapkan rasa di dalam diri untuk lebih mencintai masjid.

Selagi masih bernafas, jadikan masjid sebagai tempat kita memadu cinta.

Menyemai baja iman, mengharap redha dari Allah, pemilik segala cinta!

Jom ke masjid?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 104)

Assalamualaikum wbt.

Pada entri kali ini,nak ceritakan tentang Kem Smart Soleh (KeSSo ’11) yang baharu sahaja berlangsung pada 23 -25 Jun 2011 di Masjid Al Abrar, Kg Sanglang, Kedah Darul Aman. Alhamdullillah.

Kem Smart Soleh yang julung kali diadakan ini menerima penyertaan sebanyak 39 orang peserta daripada kampung Sanglang, Kampung Kerpan dan kawasan sekitarnya. Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak atas sokongan samada dari aspek material atau idea. Semoga Allah memberkati kalian.

InsyaAllah, Kem Smart Soleh ( KeSSo ’11) ini dikendalikan oleh 9 orang fasilitator yang dipimpin oleh pengarah Program, Syafiq Aizat Mahamad Fuad. Kem ini disokong penuh oleh Pengerusi Masjid AL ABrar dan Ketua Kampung Sanglang.

Fasilitator

Sekalung penghargaan dan  terima kasih buat semua fasiltator yang telah memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang KeSSo ’11 berlangsung. Semoga Allah memberkati kalian di dalam merencana hari-hari bahagia.

Teringat saat saya kekurangan tenaga kerja di dalam melancarkan KeSSo ‘ 11 ini, saya rasa gusar dan kadang-kadang rasa mahu sahaja dibatalkan KeSSo ’11 ini. Namun,dengan kuasa Allah, bantuan fasilitator datang pada saat akhir apabila dua orang fasilitator berjaya direkrut.

Hakimi – Seorang pelajar lepasan Kolej MARA Kulim yang mempunyai idea-idea segar kerana dia sudah biasa dengan program-program seperti ini. Justeru,kadang-kadang saya mahu berikan tanggungjawab kepadanya namun saya lihat kekurangan yang ada pada dirinya ialah dia seorang yang pendiam. Bagi mereka yang pertama kali kenal dengannya mungkin akan memberikan persepsi bahawa dia seorang yang sombong. Namun,saya katakan dia tidak sombong. InsyaAllah. :)

Hasbullah – Seorang teman rapat yang dikenali sewaktu saya masih menuntut di tingkatan lima. Dia merupakan seorang yang mesra kanak-kanak, justeru dia mudah mengendali peserta tanpa sebarang masalah. Mungkin,kerana Hasbullah kekurangan pengalaman, maka itu menjadikan dia kadang-kadang tidak betah dengan suasana.

Rizwan – Masa mula diberitahu bahawa ada seorang yang berminat untuk menjadi fasilitator ini, saya tertanya-tanya siapakah gerangannya Khairul Rizwan ini. Namun,saat pertama kali bertemu. Saya sudah boleh meneka personalitinya bahawa dia seorang yang pendiam namun jika diberikan tugas,dapat melaksanakannya tanpa sebarang masalah. Cuma dia perlu diasah dan perlu giat menimba pengalaman.

Arief – Ini adik kepada pengarah program,jadi tidak ada masalah dengannya kerana sebelum ini,dia pernah mengikuti beberapa program motivasi.. Merupakan ketua di bahagian urusetia kerana punya kelebihan yang lain. Arief ini boleh diberikan tugasan namun dia terlalu teruja dengan para peserta hingga kadang-kadang perlu diingatkan tentang peranannya di bahagian urusetia.

Adiebah – Seorang yang pendiam namun komited dengan tugasan yang diberi. Berilah tugasan apa sekalipun,pasti siap dan sempurna. Dia seorang yang rajin namun kurang makan makanan yang pelik-pelik. hahahahahhaha :D

Ema – Fasilitator ini dikenali di Pasaraya Kawang,maka sering saya gelarkan dia sebagai gadis Kawang. Dia seorang yang berwajah garang lalu aku letakkan dia di bahagia Disiplin. Auranya terbukti berkesan apabila dia dikenali sebagai fasilitator yang garang. Ema berpotensi menjadi fasilitator yang baik, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki.  Dia juga perlu lebih banyak menimba pengalaman.

Rohaya – Dia diperkenalkan oleh Ema untuk menjadi fasilitator di KeSSo ’11 ini. Saat mula-mula bertemu, saya mengharapkan prestasi yang biasa-biasa kerana kelihatannya dia kurang berbicara. Namun,dia membuktikan apabila dia memberi sesuatu yang luar biasa dan meninggalkan fenomenanya yang tersendiri terhadap peserta KeSSo ’11 ini. Dia memang seorang yang penyayang. Namun,terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.InsyaAllah.

Anisah – Saya melihatnya sebagai seorang yang sangat berpotensi hinggakan kadang-kadang saya melantiknya sebagi ketua bagi fasilitator perempuan secara metaforanya. Dia seorang yang berfikiran matang dan dapat melaksanakan tugasan dengan baik walaupun kadang-kadang tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. Dia masih perlu menimba pengalaman di dalam melatih dirinya menjadi fasilitator yang baik.

Yusnita – Seorang yang aktif dan terlebih riang. 8-)  Mungkin beliau kelihatan seperti seorang yang cerewet namun saya memuji hasil kerja beliau sepanjang menjadi fasilitator di KeSSo ‘ 11 ini. Perlukan lebih banyak pengalaman dan training of trainer.InsyaAllah.

Semoga Ukhuwah kita berkekalan

Berakhirnya Kem Smart Soleh ini tidak bermakna bahawa perhubungan kita telah berakhir. Namun,ianya adalah petanda bahawa kita telah berjaya menyebarkan risalah Allah di bumi ini. Ini juga bermakna, Allah telah memilih kita untuk berjuang di jalanNya, di dalam jemaah kita.

Oh,alangkah indahnya!!

Semoga kita terus istiqamah di dalam perjuangan ini.

Hadis riwayat dari Abu Zar r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku : “Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?”

Saya berkata : “Benar wahai Rasulullah “

Baginda bersabda : “Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir.?”

Saya berkata : “Benar wahai Rasulullah.”

Baginda pun bersabda : “Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya.”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)

InsyaAllah mulai hari ini saya mula menulis siri “Ada Yang Bertanya” yang merupakan koleksi soalan yang ditanyakan kepada saya dalam ceramah-ceramah atau program-program yang saya kendalikan. Dengan ini saya dapat pertingkatkan kekerapan entri blog saya untuk dikongsi bersama.

Ya, bagaimana nak ajak orang kepada kebaikan? Kata seorang hukamak “hiaskan diri anda dengan kebaikan”. Kebaikan adalah sesuatu yang di senangi, mendamaikan, menenangkan dan sebagainya. Apabila kita banyak melakukan kebaikan dan kebaikan itupun nampak pada diri kita, orang lain pun akan suka bergaul dengan kita. Mereka tentunya merasa damai dan tenang dengan kebaikan yang ada pada diri kita. Sikap pemaaf, hemah dan berhikmah, mengutamakan orang lain, perihatin dan sebagainya adalah bunga-bunga akhlak yang akan menjadikan orang lain jatuh cinta pada kebaikan. Semakin mereka bergaul dengan kita semakin mereka tertarik dengan keindahan kebaikan. Tentunya apabila kita mula mengajak mereka kepada kebaikan maka jiwa mereka cepat menyambutnya “bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal”.

Begitu juga, jika kita ingin orang lain meninggalkan keburukan, kata ahli hikmak “Tanggalkan keburukan dari diri kamu”. Apa yang ada apabila keburukan ditanggalkan? Bukankah kebaikan berserta segala keindahannya? Bukankah itu yang ingin dimiliki oleh jiwa-jiwa yang waras dan sihat? Bukankah keburukan itu sifatnya menggelisahkan, mengharu birukan dan memporak perandakan jiwa masyarakat. Setiap hati kecil yang sihat bencikan keburukan cuma mungkin mereka ‘tidak kenal’ kebaikan. Jika kita boleh perkenalkan kebaikan pada mereka tentunya tidak ada lagi manusia yang inginkan keburukan melainkan jiwa-jiwa yang rosak dan sakit. Sebenarnya manusia yang memiliki jiwa yang sakit ini tidaklah begitu ramai. Tidak semua manusia yang melakukan keburukan itu jiwanya rosak; ada yang jahil dan tidak pernah mengenal kebaikan kerana latarbelakang keluarga dan masyarakat yang berbeza-beza jadi berilah mereka peluang untuk mengenal kebaikan. Bergaullah dengan mereka dengan ‘wajah-wajah kebaikan’; jadilah seorang yang penyabar, pemaaf, penuh kasih sayang, tenang dan sebagainya.

dipetik dari laman cikgu azmi,MATRI,beseri perlis…

 

dengan nama Allah yang maha Agung..

semoga kalam ini memberi manfaat dengan izin Allah jua..

 

sejak dua minggu ini,aku punya terlalu banyak cerita menarik yang hendak dikongsi dan semoga ianya dapat menjadi pengajaran buat mereka yang mahu berfikir.Dua cerita cinta karya agung,nukilan aku sendiri.

  1. cerita tentang seorang mualaf dan pengalamannya selama lima tahun bergelar islam
  2. cerita tentang kita pada hari ini,pembentukan anak-anak .siapa pencoraknya?

saat aku menukil tentang artikel ini,aku diselimuti musim peperiksaan yang akan menyerang esok dan alhamdullillah.aku masih belum dan sangat-sangat tak bersedia.Alamak!!!Malas betul budak nama syafiq Aizat nih!!!!

namun,yang pastinya,cerita yang akan dikumandangkan ialah cerita yang kedua,khutbah di MAsjid Kampung Yooi..

Hari itu,jumaat.Entah berapa haribulan aku tak  tahu namun yang pasti ianya hari ketiga hari raya aidil Adha dan kami sekeluarga akan menyambutnya dan membantu menumbangkan dua ekor lembu atau kerbau (penulis takdapat kenal pasti lembu atau kerbau) untuk dijadikan santapan jasmani.Tajuk khutbah hari itu benar-benar menarik hati,ianya tentang BAGAIMANA UNTUK MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG BERIMAN DAN BERGUNA KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA(tak lupa juga Ummah Islam)..

Khutbah dimulakan dengan doa yang terkandung di dalam al-quran

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

…..

manis benar doa itu,lalu khatib berbicara tentang sikap anak-anak pada hari ini yang memakai pakaian yang ketat,yang merempit di jalanan dan sebagainya yang nama saja ISLAM tetapi perlakuannya langsung tidak mempunyai ciri-ciri islam.(Semoga Allah melindungi kita ).

hingga akhirnya konklusi yang dapat aku sediakan untuk kalian ialah,

  1. tunjukkan tauladan untuk anak-anak tiru dan akhirnya akan menjadi tabiat mereka misalnya membaca Al Quran dan solat fardhu.
  2. mengawasi mereka dengan sebaiknya dan perhatikan dengan siapa mereka berkawan.
  3. jangan sesekali mengambil sikap remeh dalam mendidik anak-anak.
  4. Terapkan nilai islam dalam kehidupan ,insyaAllah akan mempengaruhi kehidupan mereka kelak.
  5. sentiasa berdoa kepada Allah,kerana anak-anak merupakan nikmat yang akan melalaikan kita dari mengingati Allah..

sekian,wassalam..

maafkan jika tersalah bicara…

The opening of a speech determines if your audience will listen to you or fall asleep. Your audience is determining in that one to two minutes if you have something interesting to listen to or should they start thinking about what they will do after your speech. This article will give you a few tips to deliver a powerful speech opening for your next speech.
.
.
1.The first tip in delivering a powerful speech opening is:
- Start with a powerful body stance
- Appear tall and full of confidence
- Your back should be straight and shoulders up right
- Your face should be up and eyes looking at the audience
- Your legs should be shoulder width apart
- Your arms should be up and out towards the audience.
.
.
2.The second tip in delivering a powerful speech opening is:
- Speak your first sentence loud and clear. You want your audience to hear you. The person in the last row should not have to strain to hear what you are saying.
- Use vocal variety to increase and decrease the volume of your voice. You do not have to shout. You do not have to whisper.
- Focus your eyes on your audience. Make eye contact with audience members as you speak.
- Use pauses between sentences. Do not use Ah’s, Um’s or other filler words. Pauses allow your audience to think about what you just said. Pauses are very effective in public speaking.
.
.
3.The third tip in delivering a powerful speech opening is to open with a statement that is inspiring, motivating, encouraging. Your statement should grab your audience and say Wow! Do not open with a joke. Do not open with a sad story. Powerful speech openings have powerful messages.

bismillah…

Alhamdullillah..setelah 30 hari kita berperang dengan hawa nafsu,akhirnya syawal datang menjenguk menitip khabar berita gembira dengan aidil fitri.Setelah 30 hari kita berpuasa,pernahkah kita terfikir atau kita rewind balik diri kita dalam ramadan ni..?Apa kata kalau kita muhasabah diri dengan ilmu baru.Perkara pelik di bulan ramadan.Nak tahu..?Teruskan menonton page ini ya….jangan malas-malas tau..(^^,)

Siaran ulangan di TV10

Wartawan : Genap sebulan kita berpuasa,pihak kami berjaya mengenal pasti perkara pelik di bulan

ramadan.Saksikanlah..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perkara pertama:

Lelaki dan perempuan tidak segan silu menayangkan aset berharga mereka yakni aurat.

Perkara kedua:

Mata sang lelaki setia menatap atau lebih tepatnya menonton bentuk badan yang cantik di bazar ramadan.

Perkara Ketiga:

Jam tiga petang,sudah ada insan yang  beragama Islam membeli juadah berbuka puasa.Lauk ayam percik tu..!!

Perkara Keempat:

Di T***s   S****e,remaja tidak segan menjamu selera di  mahkamah makanan,walaupun pada jam 1 petang.(Bila azan zohor,masuk waktu berbuka.)

Perkara Kelima:

Kedatangan bulan ramadan tidak menghalang pasangan couple untuk bercanda.

Perkara keenam:

Puasa lebih diutamakan berbanding solat.kadang,solat tarawih lebih dikejar daripada solat fardhu…

Perkara ketujuh:

Aktivit mengumpat tetap berjalan seperti biasa.

Perkara kelapan:

Produktiviti berkurang.Pekerja keletihan sebab puasa kan..?

Perkara kesembilan

Aktiviti tidur dari jam dua petang hingga 6.30 petang.

Perkara kesepuluh:

Saya minta maaf kalau ada salah dan silap.Sapa yang berhutang tu boleh bayar ya..Yang dihutang,halalkan je la.hahaha

.Ikhlas dari Syafiq Aizat..

http://www.zaharuddin.net/

Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit ‘clue’ tentang prestasi kita sendiri.

Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.

Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.

Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.

Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

“Orang kita memang suka benda-benda ‘last minute’ ni” kata seorang rakan saya

“Study last minute”

“Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute”

“Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute”

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai ‘Keistimewaan Sujud Terakhir’ . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu” ( Riwayat Muslim, 1/348)

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu ‘alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat ‘last minute’ kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan ‘last minute’ itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan ‘Air Crash’ terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar ‘bodoh’ oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ‘shopping’ dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah “beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatul Qadr ( selain bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta’ membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.Dan mereka menjauhkan diri daripada perbuatan yang sia-sia.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya(dengan membayar zakat harta itu).Dan mereka yang menjaga kehormatannya itu kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya,maka sesungguhnya mereka tidak tercela.kemudian sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian,maka merekalah orang yang melampui batas.”(23;1-7)

Menurut Ibnu Qayyim,ayat di atas menjelaskan bahawa sesiapa yang menjaga alat kelaminnya,maka mereka itu termasuk orang yang beruntung.Dan sesiapa yang tidak mampu menjaganya,maka ia tergolong dalam golongan orang yang celaka,orang yang melampui batas dan jauh daripada rahmat Allah.

Dalam buku 20 soalan paling lazim tentang islam,Dr Zakir Abdul Karim Naik menyebut:”Amerika Syarikat merupakan salah satu negara termaju di dunia.Akan tetapi, ia juga  termasuk dalam carta negara yang mempunyai kadar tertinggi di dunia.Menurut laporan FBI,pada tahun 1990, purata kes rogol setiap berjumlah 1756 kes.Laporan lain pula menyebut bahawa purata 1900 kes rogol berlaku setiap hari tetapi tahunnya tidak dinyatakan.Mungkin rakyat Amerika semakin berani pada tahun berikutnya.”

Faktor-faktor yang membawa kepada perzinaan

Pertama : Pandangan mata

Pandangan inilah yang harus kita jaga sebelum yang lainnya. Hal ini mengingatkan bahawa orang yang tidak mampu menjaga pandangan matanya akan membawa ke bawah(shahwat dan zina) iaitu akan menimbulkan kerosakan yang diakibatkan untuk berzina.Jika seseorang membiarkan pandangannya liar, maka akan membuatkan nafsu ini  berkeliaran sehingga membuatkan keinginan menjadi liar dan pada saat itu seseorang akan terjerumus ke dalam jurang kehancuran.

Nabi s.a.w bersabda “janganlah kamu turuti matamu memandang ke semua arah, kerana mata bagimu adalah sesuatu yang paling utama bukannya sesuatu yang tidak perlu kerana semua kehancuran bermula daripada mata.”

Kedua : Keinginan Hati

Keinginan pada dasarnya sangatlah mustahil untuk kita hilangkannya yang memungkinkan kita berlakunya perbuatan baik atau buruk.Ini bermaksud keinginan itu merupakan kekuatan ke arah tindakan positif atau negatif.Oleh yang demikian,orang yang tidak memiliki keinginan tidak kan berjaya menggapai cita-citanya.Siapa yang mampu menjaga keinginannya untuk kebaikan nyatalah dia mampu mengendali dirinya, menahan hawa nafsunya dan menghindarkan dirinya daripada keburukan,kebinasaan dan kehancuran.

Ketiga : Dorongan akal fikiran

Dorongan atau keinginan yang mendorong akal fikiran tidak akan melebihi keinginan yang ada di dalam hati sanubari.Oleh yang demikian, datangnya syariat, datangnya kemaslahatan dunia dan akhirat hanya bergantung kepada akal dan fikiran.Semakin agung dan tinggi akal fikiran,semakin sempurna dan berguna kehidupan seseorang.

Keempat : Mengikut hawa nafsu

Allah menyusun jiwa manusia kepada dua bahagian :

  1. Nafsu  amarah iaitu nafsu yang selalu mengajak kepada keburukan.
  2. Nafsu mutma`innah iaitu nafsu yang selalu yang mengajak kepada kedamaian.

Keduanya selalu tarik menarik.Jika salah satu terasa berat,maka yang satu lagi tentu lebih ringan.Jika nafsu mutma`innah berat,maka nafsu ammarah ringan, begitu juga sebaliknya.Kedua-duanya dapat dirasakan jika seseorang telah melalui dan merasakannya.Ramai manusia yang terlena, baik nafsu amarah mahupun nafsu mutma`innah,akan tetapi nafsu ammarah lebih cenderung kepada keburukan kerana ia mudah memujuk manusia.Sedangkan nafsu mutma`innah akan terasa nikmat apabila pelakunya membiasakan diri dengan memaksa jiwanya untuk mengingati jalan yang lurus.

Kelima : Pergaulan bebas

Faktor ini banyak menyumbang ke arah berlakunya perzinaan. Ia bermula dari peringkat sekolah rendah dan peringkat universiti dan ketika bekerja.Jika tidak menjaga batasan aurat serta tutur kata boleh menyumbang ke arah berlakunya perzinaan.

Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiyyah al Aulad menyebut,”Pada hari ini,percampuran antara lelaki dan perempuan Islam telah berlaku di sekolah dan pejabat.Kononnya percampuran ini akan memurnikan perasaan semulajadi di samping melepaskan tekanan hawa nafsu dan menjadikan pertemuan antara lelaki dan perempuan merupakan perkara biasa.”

Keenam : Berkhalwat atau berdua-duaan

Hal ini menyumbang kepada timbulnya nafsu berahi kerana sering bertemu.Ibnu Qayyim berkata,”Bahkan tidak jarang orang yang selalu mendekati Allah s.w.t dan beribadat juga tergoda utnuk melakukan perbuatan zina,padahal sebelumnya dia benar-benar menjauhi perkara mungkar apatah lagi mendekati zina.Namun,kerana sering bersama,akhirnya teringin untuk melakukan perzinaan yang akhirnya dia bagaikan haiwan yang menuruti nafsunya tanpa mengawalnya.Secara tidak langsung  orang yang melakukan perzinaan sikapnya bagaikan haiwan.”

Ketujuh : Pengaruh media massa

Sheik Abdullah Nasih Ulwan menyebut sebab yang membawa kepad penyelewengan anak serta keruntuhan akhlak.Antaranya,

  • Seorang bapa yang membiarkan anak-anaknya menonton televisyen yang penuh dengan gambaran syahwat atau isi-isi yang berunsur lucah,pastinya anak-anak akan terdidik dengan sifat tidak berkeperibadian dan akan dibiasakan dengan sifat-sifat terbuka tanpa pegangan.Keadaan ini akan menyebabkan segala pengertian kemuliaandan peradaban islam yang mulia.

Imam Al Bukhari dalam sahihnya  daripada Amr Ibn Maimun al Audi berkata,”Pada masa jahiliyah,aku pernah melihat seekor kera berzina dengan kera yang lain.Kemudian semua kera mengerumuni mereka berdua yang sedang berzina dan melemparinya dengan batu hingga mati kedua-duanya.”

Kemudian Imam al Bukhari menceritakan bahawa perbuatan zina adalah perbuatan zina sehina-hina perbuatan bagi manusia kerana perbuatan itu menyebabkan kebinasaan dan kehancuran.Kesan di dunia ini menyebabkan seksa yang sangat pedih dan penderitaan akhirat yang tidak ada batasnya.

Semoga kita dan keturunan kita dipelihara daripada bala zina ini.

Adolf Hitler-REaliti atau..?

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?” Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung :

“Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab.

Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah.

Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. ” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?” Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

p/s marilah kita sama2 merenungkannya..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers