Category: my diary


Dengan nama Allah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kekuatan untukku menulis dan memberi kesempatan kepadaku untuk mengukir bicara di laman ini.

Untuk semua pembaca, pendengar dan manusia yang ada mata, kaki, tangan dan segala anggota yang Allah berikan. Ini ada satu pengumuman dan aku ada satu pengumuman.

Setelah sekian  lama aku tak mencoret di laman ini, dan aku ketandusan idea nak tulis apa. Maka akhirnya di suatu pagi yang hening , terang benderang mentol di kepalaku untuk menganjurkan pertandingan seperti ini. Hahahhaha ( buleh tak nak gelak cam setan?)

Best Nasheed Video Ever 2011

Apabila anda dah terbaca tajuk di atas. Tak pastilah samada anda selaku pembaca dah tahu ke tak tahu  apa yang tersirat di sebalik tajuk di atas. Tapi yang pastinya aku nak anjurkan pertandingan membuat/mengarah/meng-edit/mengarang  video nasyid untuk kalian. Ianya pertandingan yang sangat mudah. Dan mestilah ada hadiah..

Syarat-syarat pertandingan

  1. Video itu mestilah asli dan tulen atau dengan kata lain, video itu adalah hasil karya anda sendiri. Kalau anda ciplak ke apa ke, tak berkat hadiah tu nanti.hahahha. menjawab la dengan mahkamah Allah di akhirat kelak.
  2. Kalian bebas menggunakan apa jua cara untuk  membuat/mengarah/meng-edit/mengarang  video nasyid yang nak dipertandingkan tu. Nak guna software atau tak nak guna software, tak kisah asalkan video itu mestilah asli.
  3.  Tak kisahlah nak guna kamera jenama apa sekalipun asalkan ianya berbentuk video dan bukan  gambar. Kalau gambar yang disatukan dan dijadikan video pun bulehlah,tetapi tak digalakkan. AMAT tak digalakkan. J
  4. Di awal video tu hendaklah ditaruk/diletakkan tajuk lagu dan nama kumpulan nasyid terbabit bagi proses kredit terhadap kumpulan itu manakala laman syafiqaizatmf.wordpress.com hendaklah ditaruk/diletakkan sebagai kredit di akhir video terbabit. Meletakkan kredit terhadap kumpulan nasyid dan laman syafiqaizatmf.wordpress.com adalah syarat WAJIB pertandingan.
  5. Untuk submit video itu, mula-mula kena like dulu page Facebuku Laman Pemikiran Seorang Remaja. Jangan lupa LIKE!   Sila klik.
  6. Kemudian, korang upload la video korang dalam page Facebuku tu ATAU korang dibenarkan untuk upload video tu di youtube then letakkan link di laman Pemikiran Seorang Remaja tu.
  7. Markah 70 peratus diberikan kepada jumlah LIKE terbanyak manakala 30 peratus dikira berdasarkan kualiti video, mesej yang disampaikan, dan keaslian video terbabit.
  8. Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang matang dan tidak mengira bangsa dan agama.
  9. Tarikh akhir untuk video itu dihantar/diserahkan/disubmit/diupload  ke laman facebook Pemikiran Seorang Remaja  ini sebelum atau pada 29 Februari 2012.
  10. Segala keputusan dari barisan hakim dan panel juri yang hensem adalah muktamad. Hadiah diberikan kepada dua Video terbaik dan teratas sahaja.
  11. Hak milik video adalah milik anda namun saya memohon untuk menyimpannya secara peribadi dan mungkin menyiarkannya di dalam program ceramah saya.

Anda diberi beberapa pilihan untuk menggunakan mana-mana lagu nasyid di bawah sebagai sound/music background untuk video anda. Sila pilih jangan tak pilih!!

  1. Tidur bangun dengan namaMu- Demascus
  2. Upsy Daisy – I look I see 2
  3. Adakah kau Lupa – (Asif, tak ingat nama grup)
  4. Para PencariMu – Ungu
  5. Alhamdullillah – Too Phat dan Yassin
  6. Bisikan Malam – UNIC
  7. Bicara Hatiku –NICE
  8. Satu Hati – La Khauf
  9. Syukur-syukurlah – UNIC
  10. Cita Pemuda – Shoutul Harakah
  11. HambaMu –Mawi dan Akhil Hayy
  12. Mana Milik Kita – Rabbani

Rasa macam dah banyak sangat pilihan lagu yang diberi.  UNtuk pengetahuan semua, lagu-lagu ini buleh didownload di laman ini (klik), dan kalau tak jumpa jugak . Sila gunakan perkhidmatan Encik Google. Confirm ada punya dan jaminan 100 persen.   INGAT , jangan lupa ikut segala peraturan yang telah ditetapkan dan semoga usaha kalian diberkati Allah.

Sekian terima kasih.

Dah- dah, pergi buat video cepat kalau nak hadiah. :P

Ops, Hadiah??

Hadiah mestilah ada, dan hadiah lumayan yang menanti para pemenang ialah bukan lagi RAHSIA.  Pemenang akan menerima sebuah majalah Solusi, dan wang tunai. Tapi, jadikan matlamat utama adalah ganjaran akhirat, bukannya hadiah tuut!.

Hadiah  yang akan dianugerahkan kepada pemenang merupakan sumbangan hasil elaun belajar yang En. MARA berikan kepada aku. Jadi, cepat-cepatlah masuk!

dan alang-alang dah singgah, jemput la membaca beberapa buah tangan aku.
thanks ya sebab sudi singgah. :)

This article is updated on 8 Feb 2012.
what updated ? 
1. rules and regulation ; dateline from 15 feb is changed to 29 feb 2012 and i also added new two list of song.
2. i add one pic about my conversation between me and fizfendimedia.
3. the two BEST video will be announced as winner!
 

Langkah Bermula

 

Salam alaik.

Bismillah..

 

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga iman kita terpelihara hendaknya. Aku menyeru kepada diri aku dan kalian,bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa. InsyaAllah.

Saat ini,aku membuka ruang Dashboard wordpress ini. sudah lama jemari tidak menari di atas kekunci ini,sejak dua tiga minggu ini aku benar-benar sibuk dengan urusan rumah tangga, di samping persediaan untuk menghadiri kursus pra perkahwinan yang akan diadakan buat julung kalinya di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.  Kursus WAJIB pergi!!

Berbicara tentang Kursus Pra Perkahwinan ini,ramai yang bertanya.

“Dah ada jodoh ke?”

“Lepas ni,dah jadi suami orang lah ye.”

“Amboi,dah  nak menikah dah kawe aku sore nih. Gatai!”

Dan pelbagai lagi reaksi yang melahirkan riak wajah yang pelik.Aduhai….

Sebenarnya,bila aku masuk kursus pra perkahwinan ini tak bermakna aku akan melangsungkan perkahwinan. Just preparing myself for being a good hubby and a great father.hahaha!!
Persepsi masyarakat melayu dan trend di Malaysia,minggu depan nak kahwin,esok baru daftar untuk ambil kursus perkahwinan. Lagipun,sijil kursus pra perkahwinan  ini mana ada tarikh luput. So,masuk je lah.Tak rugi apa-apa pun. :D

InsyaAllah,nanti selepas Final Exam ini,aku akan nukilkan sedikit tentang kursus ini.Deal? Sharing is caring,right?

My planning book..

Di dalam buku planning aku,telah aku catatkan tiga target aku yang utama.

  1. membeli MP4 Player
  2. Memberi ceramah motivasi
  3. mengendalikan sesebuah program yang dirangka sendiri.

Dan Alhamdullillah,segalanya dalam perancangan yang sangat baik. semoga Allah berkati.

Ops..ape bende yang dalam perancangan?

MP4 player? Yup,hari sabtu ini,9 April ini aku akan mendapat MP4 player itu yang berharga RM115 sahaja!! Murah sanagt-sangat!!

memberi ceramah Motivasi? hah,dah buat pun kat SMK Bandar Penawar,InsyaAllah.Tengah plan untuk ambil slot Pembentukan Pemimpin Kecil di SK Bandar Penawar II.

Dan mengendalikan program yang dirangka sendiri? InsyaAllah.Aku telah merangka Kem Smart Soleh yang akan diadakan di masjid Ar Rahman,Pekan Kerpan (Kalau tak ade aral melintang).Doakan ye!!!

program motivasi di smk bp.

Sekianlah.Entri aku buat kali ini..Salam alaik.

Semoga langkah aku pada hari ini membawa sinar yang lebih cerah berbanding smalam.Aminn..

Pelaburan jangka masa panjang

“Kalau macam tu,nanti kamu bincang dengan naqibah ye.Pastikan mereka tahu flow usrah untuk malam ini kerana saya akan berangkat ke Kuala Lumpur petang nanti.Ustaz Afif pula sila pantau ye. Bantulah yang mana perlu. ” Kata Encik Musa, Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan kepada kami.

Aku memandang Ustaz Afif,merenung tepat ke matanya. Mata kami bertembung. Aku mula memikirkan tentang diri sendiri.Tugas yang diamanahkan kepada aku amat berat. Untuk menjadi seorang naqib kepada sekumpulan anak muda yang baru mendaftar sebagai pelajar di kolej ini. Senang cerita,aku akan jadi naqib kepada adik-adik junior.Aduhai…

Sudah wujud perasaan malas di dalam diri ini untuk meneruskan usaha dakwah di  kolej sedang aku sendiri terumbang ambing. Mahu saja dilafazkan, “kalau saya nak berhenti dari buat kerja-kerja ini boleh?”

“Kenapa?” Getus hati kecilku.

“Aku tak sempurna. Saat ini aku mengajak mereka beramal,saat aku terleka maka aku akan terus di tampal setem munafik yakni cakap tak serupa bikin.”

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 2-3

 

Aku?Layakkah aku untuk menjadi teladan kepada orang lain sedang diri sendiri pun masih tidak mempunyai arah? Silap hari bulan,aku mungkin seperti kata pepatah, bagaikan ketam mengajar anak berjalan.Wah! Besar tanggungjawab ni!!

isyak itu,seusai sesi usrah kali pertama,Ustaz Afif pun berkata kepadaku,

“Nanti ada Ketua Jabatan baru akan datang,dia tu ustaz juga.InsyaAllah,kekuatan kita akan tambah kuat.Nanti kita boleh plan segala program kerohanian.”

Aku menghulurkan senyuman ringkas.  Teringat aku kepada firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 104..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.

Aku menghitung diri. Aku telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan agama di dalam ummah di saat islam dipandang sebagai sesuatu yang tidak penting. Di saat maksiat dianggap sebagai rutin, hinggakan manusia tanpa segan silu melakukannya.  Di saat Nabi pastinya akan menangisi keadaan umat islam kini jika Baginda melihat umatnya.

“Di akhirat nanti,kalau Allah tanya Apa yang kamu buat untuk agamamu..?Apa kita nak jawab..?” Seorang membuka persoalan.

Kami terdiam,masing-masing tunduk. Aku menjeling insan yang bertanya,menanti jawapan seterusnya.

“Jika ditanya,maka inilah jawapan kita.Tugas sebagai daie inilah yang akan membantu membela diri kita.”

Da’ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA….. Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah..teringat aku kepada sebuah ungkapan yang dizahirkan di sebuah laman Ibnu Muslim.

Saat itu,kata-kata Ustaz Zaharuddin bermain di fikiran.

“Inilah pelaburan jangka masa panjang di akhirat kelak..

Kita tanya diri sendiri.Apakah jasa kita kepada agama kita? Apakah kita hanya melihat betapa kejatuhan akhlak hingga azab Allah tidak lagi dipandang berat? Apakah kita hanya membiarkan sahaja apabila ibadah dirasa berat tidak tertahan? Di saat zikir dan bacaan Al Quran tidak lagi menghiasi rumah sebaliknya dipenuhi dengan lagu dan hiburan yang melalaikan?

Renungi diri sendiri kerana Allah sedang menanti aku untk tunduk sujud kepadaNya.Salam solat subuh …:)

Ambang Tahun Baru: lain dari yang lain

Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa yang agak lama. Aku berkira-kira sendiri,samada mahu pergi atau tak.Pergi ke mana..?

Program Himpunan 1000 jiwa 1 hati ini dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah dengan kerjasama beberapa NGO lain seperti Masjid Negara, IKRAM, Kelab Remaja JIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.Program yang dilaksanakan di masjid Negara dan Dewan Muktamar di stesen TV-al-Hijrah ini membawa mesej yang amat penting iaitu Anda Bijak Jauhi Zina. Lalu,bijakkah anda untuk mengatakan TIDAK kepada zina..?

Saat hari itu,sedang enak melayari rangkaian sosial yang dimiliki oleh anak Yahudi itu,tanpa sengaja aku telah dijemput oleh Saudara Syazwan melalui Facebook. Lalu,entah apa yang mendorong aku untuk membaca maklumat lanjut mengenainya.Hingga tanpa sengaja aku telah mengklik “akan pergi”. Tiba-tiba,syaitan menghasut aku agar merancang untuk tidak pergi. Aduhai,rasa malaslah nak pergi program last-last minute ni. Teruk benor lah! Bisik hati kecilku yang ‘jahat.’Hehe

Maka,dengan berfikiran positif,aku pun berkata,

“Mana tahu,kalau pergi program ni dapat pengalaman yang lain daripada yang lain. Kata orang,belum cuba belum tahu.”

Setibanya aku di Kuala Lumpur,tanpa melengahkan masa aku terus ke Masjid Negara. Proses pendaftaran terletak dibahagian atas Masjid Negara.Selang 20 minit kemudian,aku ditempatkan bersama sekumpulan pelajar lain bersama seorang fasilitator,Saudara Akmal yang merupakan lepasan universiti yang masih segar dan bugar.

Kebanyakan ahli kumpulanku  merupakan pelajar daripada Politeknik Shah Alam. Selain itu, dua orang merupakan lepasan SPM dan seorang lagi merupakan pelajar semester dua daripada Kolej MARA Banting.

Aktiviti bermula selepas solat Asar,bertempat di Dewan Muktamar.Majlis  itu merupakan Majlis Perasmian Program Himpunan 100 jiwa 1 hati. Ini adalah bahagian yang paling leceh (berdasarkan pengalaman dan kisah hidup sepanjang mengikuti mana-mana program) kerana ia akan melibatkan bahagian di mana orang-orang kenamaan memberi ucapan yang panjang berjela-jela hingga mampu membuatkan semua peserta (terutamanya aku) dijangkiti virus MENGUAP.waaa…

Seusai majlis perasmian,peserta dijemput menikmati jamuan petang. Kami makan sambil menikmati matahari terbenam walaupun tak nampak matahari. Then,solat maghrib dan solat isyak. Tak lupa juga program tazkirah berunsur motivasi yang disampaikan oleh En. Auzan,seorang peguam. Slot  tazkirah ini dimuatkan di antara waktu maghrib dan isyak. Pada aku,slot ini memuatkan teknik motivasi yang terbaik,namun disebabkan kesempitan masa lalu ibrah motivasi itu tidak dapat disampaikan secara holistik.

Selepas solat Isyak,program ABJZ talk ini dilangsungkan di Dewan Muktamar. Walaubagaimanapun,terdapat sedikit kelewatan apabila acara yang sepatutnya berlangsung pada jam 9.00 terpaksa ditunda ke jam 9.40 malam. Pengacara majlis,Wardina Safiiyah menjanjikan sesuatu yang lain daripada yang lain,sebagai ganjaran kerana kesanggupan kami untuk menanti.

Tepat jam 9.32 malam,Wardina memulakan bicara.Aku nukilkan bicara beliau agar kalian memahami apa yang aku rasakan.

Wardina: assalamualaikum salam sejahtera.~(sambil menyanyi)

~Kepada anda semua moga bahagia,

~~Walaupun suara tak sesedap mana,

~~~Tapi boleh lah tahan..kan kan..?

Penonton: ~~ketawa~

Wardina : kak Dina tahu,suara kak Dina tak lah sedap mana. Yang punya suara yang sedap Cuma

orang yang ada nama ZAIN saja.

Penonton: ketawa~~

Wardina : Ziana Zain, Anuar Zain, dan  …..??

Penonton : Maher Zain..!! (jerit hadirin serentak)

Maka lampu dipadamkan..Wardina lalu menawarkan diri untuk menyanyikan sebuah lagu Maher Zain yang bertajuk insyaAllah. Apabila official video clip of InshaAllah didendangkan,Wardina memainkan peranan beliau sebagai mimicking.

Tanpa disangka-sangka,Maher Zain muncul dari belakang pentas dengan diiringi beberapa fasilitator. Secara jujurnya,aku terkejut dan sedikit teruja (sebenarnya sangat-sangat teruja).

Sekian,sampai di sini sahaja artikel ini.Akan bersambung di lain hari. :)

Syafiq Aizat Mahamad Fuad

2  Januari  2011

0144..

Risalah Islamiyah-nota buat junior anda yang baru menjejakkan kaki ke tempat anda belajar.InsyaAllah..SIla copy n Paste tanpa perlu minta izin..Sila edit di bahagian nama ya… :)

Assalamualaikum wbt..

Buat adik serta saudaraku seiman dan seaqidah yang dikasihi,

Alhamdulillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat lagi menjalani kehidupan ini dalam keadaan menerima Islam dan juga Iman. inilah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya. Jadi adikku,sentiasalah berdoa agar Allah menjaga hati kita  agar terus berada pada jalan kehambaan. Sentiasalah berdoa agar Allah tidak palingkan hati kita dari jalan-Nya setelah Allah beri hidayah kepada kita.

 

Pertamanya,suka untuk saya ucapkan selamat datang ke Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Tahniah diucapkan kerana kalian adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk menempatkan diri kalian di dalam suasana tarbiyyah islamiyah di kolej ini.InshaAllah.. J

 

Dewasa kini, ibadah dipandang sebagai sesuatu yang menyiksakan. Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan iman kian dipandang sepi. Justeru,sudah menjadi tanggungjawab anda dan saya untuk sama memantapkan iman di dalam diri sendiri dalam usaha memperoleh redha Allah. InsyaAllah, bersamalah kita caj kembali iman kita dengan sentiasa melaksanakan segala perintahnya seperti solat, zikir, membaca Al Quran dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ayuh kita laksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Semoga Allah membimbing kita dengan cara yang paling diredhainya.

 

Semoga Allah mengukuhkan jalinan ukhuwah wa mahabbah di antara kita.. J

 

 

 

Sekian,yang mengharapkan doa kalian.

 

 

_______________________________

[ syafiq aizat Mahamad Fuad ]

02 Januari 2011

1443 pm

 

 

 

 

Sahabat dan sahibbah yang disayangi,

 

Pada hari ini, tenaga-tenaga muda kita  sebagai generasi mukmin dan muslim menjadi  semakin lemah dan lalai. Kita disogok-sogok dengan HARTA, WANITA dan TAKHTA. Inilah yang digambarkan oleh Rasul s.a.w. kepada kaum Ansar dalam hadisnya ketika mana Abu Ubaidah pulang membawa harta daripada Bahrain, sabda Rasul yang bermaksud:

 

“Bergembiralah kamu dan harapkanlah apa yang menyukakan hati kamu. Maka demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatiri ke atas kamu, tetapi apa yang aku khuatiri ialah dunia ini kelak akan dibentangkan seluas-luasnya di hadapan kamu sebagaimana dibentangkan kepada ummat terdahulu daripada kamu, maka kamu berlumba-lumba merebutnya sebagaimana yang mereka telah lakukan, kelak dunia akan membinasakan kamu sebagaimana ia telah membinasakan mereka itu.”

 

“Mukmin apabila melakukan dosa, ia menganggap dosa itu bagaikan gunung menghempap dirinya, tetapi munafik apabila melakukan dosa, dianggapnya dosa itu bagaikan lalat menghurung di hidungnya”
Saya petik kata-kata ini daripada seorang ulama’ Islam. Hari ini kemaksiatan berleluasa di sekeliling kita. Ke mana-mana pun kita pergi, ke penjuru manapun kita beralih pasti kita ternampak sistem hidup jahiliyah berleluasa dalam masyarakat. Kita risau jika kita adalah orang yang turut sama berada dalam penguasaan sistem ini. Kenapa kita risau, bimbang dan takut?  Kerana sistem inilah yang bakal memusnahkan rasa takut kita kepada Allah,  menghilangkan rasa takut untuk berbuat  dosa hingga meruntuhkan keyakinan kita terhadap Rabb Maha Agung. Sistem inilah yang menyekat kelahiran generasi Islam yang memiliki kefahaman dan keyakinan yang benar terhadap sistem Allah s.w.t. Sistem inilah yang akhirnya mendidik manusia untuk berasa selesa melakukan dosa walaupun terjerumus ke dalam dosa besar.

Imam Malik, ketika sedang mengadakan kuliah dengan pelajarnya, tiba-tiba beliau berhenti seketika dan menangis kemudian menyambung kuliahnya semula. Pelajarnya berasa hairan dengan tindakan guru mereka itu lalu mereka bertanya pada beliau di akhir kuliah, “Mengapa engkau menangis sebentar tadi dan kemudian engkau kembali mengajar kami seperti biasa?” Apa yang dijawab oleh Imam Malik?
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku terputus sebentar hubungan dengan Allah ketika sedang mengajar, kerana itulah aku menangis.”
Lihatlah Imam Malik, hanya kerana terputus sebentar hubungan dengan Allah telah membuatkanya menangis. Bagaimana pula dengan kita? Hari-hari dalam kehidupan kita dipenuhi dengan dosa dan maksiat. Tidak pernah pula sekali pun kita menangis kerana dosa kita. Kita bimbang hati kita dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Lantaran itulah yang membuatkan kita rasa senang, selesa meskipun telah melakukan banyak dosa.

Mari kita lihat dan mencontohi peribadi Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sememangnya dari azali lagi adalah seorang yang maksum yakni diampunkan dosanya yang lepas, sekarang dan akan datang. Tapi lihatlah pengorbanan dan susah payah yang ditempuhi oleh Nabi. Baginda solat malam sepanjang malam hingga bengkak kakinya. Bila ditanya Aishah maka dijawabnya, ” Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.” Rasulullah yang sememangnya sudah bersih suci daripada dosa masih tunduk dan taat kepada Allah, apa pula hak kita untuk mengingkari perintah dan larangan Allah?

Pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka luas bagi orang-orang yang menginginkan keampunan-Nya. Allah menyebut dalam surah An-Nisa’ ayat 31 yang bermaksud:

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
Rahmat dan keampunan Allah sangat luas. Tetapi itu semua terpulang kepada kita. Jika kita berkehendakkan kehidupan yang bahagia di akhirat sana, maka bersegeralah kepada keampunan Allah. Janganlah pernah biarkan kehidupan kita dicalari dan dicemari dosa yang tidak terampun. Ingatlah, seksa Allah itu amat pedih bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya. Nauzubillah. Pohonlah keampunan kepada Allah selagi mana kita masih dianugerahkan nafas dan nyawa. Anda patut mengetahui bahawa Allah itu lebih dekat dari urat nadi anda. Justeru, keluarlah dari berada dalam keselesaan bersama dosa dan kemaksiatan.
Kita pasti akan bertemu dengan kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

HINANYA MANUSIA BILA MENINGGALKAN ALLAH DI BELAKANG
Lihatlah kezaliman dan maksiat yang berleluasa di sana sini.
Pemimpin dengan kerakusan, kezaliman dan penindasan yang tidak pernah berhenti. Tidak jujur dan mengabaikan rakyat.
Rakyat pula terjebak dengan maksiat dan kemungkaran.

Kenapa boleh terjadi begini?
Inilah akibat meninggalkan Allah SWT.
Mereka tinggalkan Allah SWT, dan mengambil lain daripada apa yang telah Allah tetapkan.
Mereka lupa dan lalai kepada tanggungjawab mereka kepada Allah.
Mereka tahu Allah SWT itu Rabb Alam ini, tetapi mereka tahan dan tutup hati mereka. Sebab itu mereka tidak pernah faham dan sedar.

Inilah contoh manusia HINA.
Lebih hina daripada lembu, kambing dan segala apa jenis binatang.
Bagi mereka balasan yang setimpal hanyalah neraka.
Kerana terlalu banyak dosa dan kelalaian yang mereka lakukan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud:

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Itulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk manusia yang meninggalkan-Nya.
Sama seperti binatang ternakan, bahkan lebih teruk lagi daripada itu.
Binatang pun sayang kepada anak, tetapi manusia hari ini buang anak di mana-mana sahaja bahkan di dalam jamban sekalipun.
Huh, kesian makhluk tidak berdosa itu!
Binatang pun tidak tamak dalam mencari makanannya. Lihatlah semut, berkongsi dengan saudaranya. Tetapi manusia, ketamakan dan kerakusannya melampau-lampau.
PENUTUP : KITA PERLU KEMBALI KEPADA TUJUAN ASAL

Allah SWT telah sebutkan dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Sahabat dan sahibbah,

 

Kita hidup, ada tujuannya.
Kita tidak hidup sekadar untuk memuaskan nafsu ini.
Hidup di atas nafsu inilah yang menyebabkan manusia berpecahan dan bergaduh sesama sendiri.
Kita perlu SEDAR dan KEMBALI…!

IMAN yang akan memuliakan kita. Lihatlah kesan IMAN terhadap generasi Rasul s.a.w. dan para sahabat.
Mereka juga manusia seperti kita, tetapi mengapa mereka mampu menjadi hebat sedemikian?

Mereka tidak pernah meninggalkan Allah dalam kehidupan mereka.
Mereka menjaga hak-hak Allah, maka Allah menjaga dan memuliakan mereka.

Manusia, makhluk yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, maka baginya juga sebaik-baik deen (cara hidup) di sisi Allah, iaitu ISLAM.
Sekiranya dia memilih jalan yang lain, maka sesat dan rosaklah dirinya.

Ayuh renungi diri

Bila diperhatikan langit teguh berdiri tanpa tiang, rasa diri ini terlalu kerdil.
Bila matahari terbit memancarkan sinarnya, terasa diri ini tidak ada apa.
Bila bulan menerjah di malam hari menampakkan keindahannya, terasa diri ini terlalu kecil.

Kita tidak seteguh langit itu, berdiri tanpa tiang.
Kita juga tidak seterang matahari, mampu memanfaatkan alam ini dengan sinarnya.
Kita juga tidak seindah bulan, menyejukkan mata yang memandang.

Ya…Kita memang tidak sehebat itu.
Tapi kita boleh menjadi LEBIH HEBAT daripada itu….
Kita ada Allah…

Siapakah yang menciptakan langit yang teguh itu?
Allah Maha Agung…
Siapa pula yang mencipta matahari yang bersinar-sinar itu?
Allah Maha Kuasa…
Dan siapa pula pencipta bulan yang indah itu?
Allah Maha Kaya…

Ya…Allah Al-Khalik. Dia adalah Pencipta dan Pemilik segala-galanya.
Allah telah sebutkan dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud:

“…Maha Suci Allah, Dia adalah sebaik-baik Pencipta.”

Ya…Di situ rahsia KEKUATAN hidup ini. ALLAH S.W.T.
Langit tidak mungkin seteguh itu tanpa izin Allah, Matahari yang terang itupun tidak mampu terbit tanpa izin Allah, bahkan bulan yang indah itupun akan menjadi hodoh jika Allah membiarkannya.
Lantas, di situlah rahsia kekuatan makhluk.

Manusia…
Ia juga adalah makhluk, bukan? Lalu, bukankah Allah juga adalah rahsia kekuatan bagi manusia itu?
Ya…sudah tentu.Allah s.w.t. yang menciptakan manusia, lalu Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Dia yang memberi manfaat dan mudharat kepada manusia.
Dia jugalah yang mengawal takdir manusia, menentukan manusia mana yang layak bersama golongan yang Ia redhai di akhirat nanti dan golongan mana yang dimurkai.

Sebagaimana langit itu mampu menjadi atap dunia tanpa tiang, maka Dia mampu menjadikan kita seteguh itu juga dengan syarat, jagalah hubungan dengan-Nya.
Dia mampu menjadikan kita bersinar seterang cahaya Matahari itu, namun jagalah hubungan dengan-Nya.
Dia mampu menjadikan kita seindah bulan purnama, dengan syarat, jagalah hubungan dengan-Nya.

 

Ia…di situ KUNCINYA
Jagalah hubungan dengan Allah.
Tapi, bagaimana nak jaga hubungan dengan Allah?
Sebagaimana seorang pekerja yang berharap agar majikan suka dan sayang padanya serta beri bonus lebih kepadanya, sudah tentulah dia akan buat apa yang disukai oleh majikannya sahaja serta meninggalkan apa yang tidak disukai majikannya,maka begitulah umpamanya.
Kita berharap Allah sayang dan jaga serta beri apa yang kita hajatkan, maka kita perlu laksanakan apa yang disuruh oleh Allah, meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Kita buat apa yang Allah suka, dan kita tinggal apa yang Allah bencikan.

Allah suruh kita ambil Islam sebagai cara hidup kita, maka dalam hidup kita, kita menolak Illah (sembahan) selain Allah.
Allah suruh kita berakhlak dengan akhlak mulia, maka kita memelihara akhlak kita.
Allah suruh kita tinggalkan kata-kata kesat dan tidak elok, maka kita tinggalkan.

Pendek kata, bila mana kita menjaga apa yang Allah minta dan apa yang Allah suka, sudah pasti Dia akan beri ‘bonus’ pada kita, tak? Tapi ‘bonus‘ tu dalam bentuk macam mana, ye?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,5 yang bermaksud:

“Mereka itu berada di atas petunjuk daripada Rabb mereka dan mereka itu tergolong dalam orang-orang yang berjaya.”

Allah telah janjikan orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah, mereka sentiasa ditunjukkan Allah ke jalan yang benar, malahan tergolong dalam golongan yang berjaya, bukan sahaja di dunia, bahkan akhirat.

Tidak mahukah kita?
Orang yang sentiasa dipandu dan dibimbing oleh Allah, maka kehidupannya adalah kehidupan yang bahagia.
Ia tidak risau diuji dengan musibah, dia tidak gopoh menerima ujian kesenangan. Dalam kedua-duanya, dia adalah orang yang sabar dan bersyukur.
Maka, lantaran itu, Allah menjadikan dia sentiasa KUAT untuk terus taat dan patuh kepada Allah.
Kuat fizikalkah,atau kuat mental?
Oh, tidak…
Allah beri kekuatan pada jiwanya, pada imannya menyebabkan kekuatan itu terjelma ke jasmani dan aqlinya.

 
Lantaran itu, bila berdiri, dia adalah seteguh langit, tidak mudah goyah diuji badai dan ujian.
Dia juga laksana matahari, kehadirannya memberi manfaat dan kebaikan pada orang di sekitarnya.
Dia juga umpama bulan, hadir merawat luka-luka hati dan membuat orang rasa senang dan tersenyum dengan kehadirannya.

InshaAllah,semoga Allah memelihara iman kita dan menempatkan kita di kalangan manusia yang beramal soleh di Akhirat kelak..

 

Salam alaik.

Sudah lama aku tidak menulis.Saat ini,aktiviti regangan tangan sudah dilakukan bagi mengaktifkan kembali jemari yang sudah mati.Ya,aku sudah mencapai ke tahap maksimum dalam acara penulisan.

Minggu ini sememangnya amt sibuk.Aku bagaikan soldadu yang bersemangat untuk berperang namun musuh terlalu banyak hingga aku tidak berkesempatan untuk menyedut nafas walau sesaat.Assignment minggu ini amat banyak untuk dihabiskan kerana sikap manusia bernama Syafiq yang suka bertangguh.

Minggu ini,

  1. Aku akan menyibukkan diri dengan Minggu Bahasa yang akan diadakan di Kolej aku dan aku DIPAKSA menjadi urussetia.PEnat woo!
  2. Assignment Pengajian Islam yang perlu disiapkan.
  3. Hutang assigment Financial Accounting 3 yang berjudul HIre-Purchase
  4. Penyempurnaan kerja pengucapan awam versi pujuk memujuk yang bertajuk Be Yourself
  5. Minta bajet dari ahli Parlimen PAngerang,Azalina…

dan kerja-kerja yang membuatkan aku rasa malas.

Aduh!!!!!!!!!

Masa yang ada tidak cukup untuk aku selesaikan kerja yang banyak.

kata-kata hikmah

salam ukhuwah..

salam ukhuwah..

maaf kepada semua pembaca,kerana sejak kebelakangan ini.Aku begitu sibuk dengan aktiviti draf aku dan sebagainya.

Lalu,aku kadang-kadang kesuntukan masa untuk menulis.maaf ya atas keadaan blog aku yang agak serabut ini.Aku sedang dalam usaha untuk mengindahkannya.

InsyaAllah..

maaf sekali lagi..

Pagi,selesai memasak,aku mengambil surat khabar harakah.Lintas langsung aku terus menyelak bahagian Fikrah,ataupun lebih dikenali sebagai pemikiran.Ianya salah satu wadah dakwah daripada majlis kepimpinan PAs.Langsung,aku tertarik membaca artikel yang bertajuk

Enggan Toleh ke belakang,Publika gigih terbit buku.

selepas aku membacanya,aku tertarik.hehehe

maka bermulalah misi untuk aku cuba menconteng cat ke muka sendiri.Aku teringat pada sebuah draf yang bertajuk dosa hari ini dan semalam.

Maka aku pun terus copy and paste .aku edit sekali lagi..

chewaaahh!!cam editor la pulak.

selesai edit,maka aku pun klik di bahgian SEND dengan seribu satu harapan.Agar karya aku tu diterima..

doakan aku ya…!!!

Pinta seorang hamba

Ya Allah…

bimbinglah aku dengan apa yang dikehendakiMu kepadaku.

kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat hambaMU ini..

ameennn~~~

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers