Category: lawak2


Kisah Benar : LAWAK..!!

Assalamualaikum… Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini…. 3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah…. Xperlu minta izin dah.. :)

Copy Paste from [CLICK]

Isteriku ,

jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,

andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti…

Cuba lihat siapa dirimu…

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah….!!!

NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Assalamualaikum..

ini sekadar luahan rasa,buat awak yang pernah bertakhta..

saya nak ucapkan terima kasih kerana pernah membenarkan diri ini pernah memiliki hati awak..saya sedar,dah bukan jodoh kita,kalau bercinta bagai nak rak pun tak akan kita bersama sebab mungkin Allah S.W.T. dah janji insan yang terbaik untuk saya bukan untuk menggantikkan tempat awak tapi memberi saya anugerah sebab rela melepaskan awak..kadang-kadang saya menyesal,sebab saya tak layan wak seperti yang sepatutnya,tapi akhirnya saya sedar dan tahu berapa harga pengorbanan yang perlu dibayar untuk mendapat ‘dia’.

Lagipun,Allah S.W.T. dah janji dalam himpunan surat-surat cintaNya dalam surat yang berjudul An-Nur,ayat ke 3

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

jadi saya percaya dengan janjiNYa….

saya mengharapkan awak janganlah sedih-sedih,sebab saya percaya kalau Allah S.W.T. dah janji jodoh awak dengan saya…InsyaALLAh kita akan bersama..

sekian..

salam ukhuwahfillah..

“Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak”
www.familiazam.com
“Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati”

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”
www.familiazam.com
“Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran”

“Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan”

“Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai”
www.familiazam.com
“Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian”

“Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah”

“Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya”
www.familiazam.com
“Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan”

“Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket”
www.familiazam.com
“Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan”

“Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri”

“Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat”
www.familiazam.com
“Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya”

“Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan”

“Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia”
www.familiazam.com
“Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai”

“Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan”
www.familiazam.com
“Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir”

“Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali”
www.familiazam.com
“Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi”

“Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina”
www.familiazam.com
“Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu”

“Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah”

“Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya”
www.familiazam.com
“Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang”

“Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”

“Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu”
www.familiazam.com
“Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan”

“Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam”

“Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi”
www.familiazam.com
“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan”

“Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan”
www.familiazam.com
“Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”
www.familiazam.com
“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur”

“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
www.familiazam.com
“Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat”

“Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya”
www.familiazam.com
“Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan”


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur… Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am… tiba-tiba… … Pintu bilik ICU itu terbuka… . Kemudian masuklah Makcik Bedah… Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut… soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya…


Pandangan mereka yang pandai dalam isu-isu rumah tangga.
Tempat dimana kali pertama pasangan tersebut berjumpa buat pertama kali…

PANTAI
maknenyer= rumahtangga yg terbina nanti penuh damai tapi mudah bergelora… jika sesuatu berlaku..ianya pasti mengikis kasih sayang dan kebahagiaan juga adalah seperti air laut… faham2 sndrilah..

SHOPPING KOMPLEKS
maknenyer= korang berdua susah nak kaya kerana boros berbelanja…

TANDAS AWAM
maknenyer= rumahtangga yg terbina bakal dicemari ngan bau2an yg kurang mnyenangkn… kasih syg pula hanyalah setebal kertas tisu ….

RESTORAN
maknenyer= makanan akan menjadi punca korang x bahagia kerana sama2 pelahap…

PAWAGAM
maknenyer= rumahtangga korang sarat dengan adegan dramatik.. suka.. duka.. cemas…thriller… namun korang hanya mampu melihatnya…

KUBUR
maknenyer= rumahtangga anda akan sentiasa diselubungi MISTRI…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers