Category: kepimpinan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 104)

Assalamualaikum wbt.

Pada entri kali ini,nak ceritakan tentang Kem Smart Soleh (KeSSo ’11) yang baharu sahaja berlangsung pada 23 -25 Jun 2011 di Masjid Al Abrar, Kg Sanglang, Kedah Darul Aman. Alhamdullillah.

Kem Smart Soleh yang julung kali diadakan ini menerima penyertaan sebanyak 39 orang peserta daripada kampung Sanglang, Kampung Kerpan dan kawasan sekitarnya. Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak atas sokongan samada dari aspek material atau idea. Semoga Allah memberkati kalian.

InsyaAllah, Kem Smart Soleh ( KeSSo ’11) ini dikendalikan oleh 9 orang fasilitator yang dipimpin oleh pengarah Program, Syafiq Aizat Mahamad Fuad. Kem ini disokong penuh oleh Pengerusi Masjid AL ABrar dan Ketua Kampung Sanglang.

Fasilitator

Sekalung penghargaan dan  terima kasih buat semua fasiltator yang telah memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang KeSSo ’11 berlangsung. Semoga Allah memberkati kalian di dalam merencana hari-hari bahagia.

Teringat saat saya kekurangan tenaga kerja di dalam melancarkan KeSSo ‘ 11 ini, saya rasa gusar dan kadang-kadang rasa mahu sahaja dibatalkan KeSSo ’11 ini. Namun,dengan kuasa Allah, bantuan fasilitator datang pada saat akhir apabila dua orang fasilitator berjaya direkrut.

Hakimi – Seorang pelajar lepasan Kolej MARA Kulim yang mempunyai idea-idea segar kerana dia sudah biasa dengan program-program seperti ini. Justeru,kadang-kadang saya mahu berikan tanggungjawab kepadanya namun saya lihat kekurangan yang ada pada dirinya ialah dia seorang yang pendiam. Bagi mereka yang pertama kali kenal dengannya mungkin akan memberikan persepsi bahawa dia seorang yang sombong. Namun,saya katakan dia tidak sombong. InsyaAllah. :)

Hasbullah – Seorang teman rapat yang dikenali sewaktu saya masih menuntut di tingkatan lima. Dia merupakan seorang yang mesra kanak-kanak, justeru dia mudah mengendali peserta tanpa sebarang masalah. Mungkin,kerana Hasbullah kekurangan pengalaman, maka itu menjadikan dia kadang-kadang tidak betah dengan suasana.

Rizwan – Masa mula diberitahu bahawa ada seorang yang berminat untuk menjadi fasilitator ini, saya tertanya-tanya siapakah gerangannya Khairul Rizwan ini. Namun,saat pertama kali bertemu. Saya sudah boleh meneka personalitinya bahawa dia seorang yang pendiam namun jika diberikan tugas,dapat melaksanakannya tanpa sebarang masalah. Cuma dia perlu diasah dan perlu giat menimba pengalaman.

Arief – Ini adik kepada pengarah program,jadi tidak ada masalah dengannya kerana sebelum ini,dia pernah mengikuti beberapa program motivasi.. Merupakan ketua di bahagian urusetia kerana punya kelebihan yang lain. Arief ini boleh diberikan tugasan namun dia terlalu teruja dengan para peserta hingga kadang-kadang perlu diingatkan tentang peranannya di bahagian urusetia.

Adiebah – Seorang yang pendiam namun komited dengan tugasan yang diberi. Berilah tugasan apa sekalipun,pasti siap dan sempurna. Dia seorang yang rajin namun kurang makan makanan yang pelik-pelik. hahahahahhaha :D

Ema – Fasilitator ini dikenali di Pasaraya Kawang,maka sering saya gelarkan dia sebagai gadis Kawang. Dia seorang yang berwajah garang lalu aku letakkan dia di bahagia Disiplin. Auranya terbukti berkesan apabila dia dikenali sebagai fasilitator yang garang. Ema berpotensi menjadi fasilitator yang baik, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki.  Dia juga perlu lebih banyak menimba pengalaman.

Rohaya – Dia diperkenalkan oleh Ema untuk menjadi fasilitator di KeSSo ’11 ini. Saat mula-mula bertemu, saya mengharapkan prestasi yang biasa-biasa kerana kelihatannya dia kurang berbicara. Namun,dia membuktikan apabila dia memberi sesuatu yang luar biasa dan meninggalkan fenomenanya yang tersendiri terhadap peserta KeSSo ’11 ini. Dia memang seorang yang penyayang. Namun,terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.InsyaAllah.

Anisah – Saya melihatnya sebagai seorang yang sangat berpotensi hinggakan kadang-kadang saya melantiknya sebagi ketua bagi fasilitator perempuan secara metaforanya. Dia seorang yang berfikiran matang dan dapat melaksanakan tugasan dengan baik walaupun kadang-kadang tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. Dia masih perlu menimba pengalaman di dalam melatih dirinya menjadi fasilitator yang baik.

Yusnita – Seorang yang aktif dan terlebih riang. 8-)  Mungkin beliau kelihatan seperti seorang yang cerewet namun saya memuji hasil kerja beliau sepanjang menjadi fasilitator di KeSSo ‘ 11 ini. Perlukan lebih banyak pengalaman dan training of trainer.InsyaAllah.

Semoga Ukhuwah kita berkekalan

Berakhirnya Kem Smart Soleh ini tidak bermakna bahawa perhubungan kita telah berakhir. Namun,ianya adalah petanda bahawa kita telah berjaya menyebarkan risalah Allah di bumi ini. Ini juga bermakna, Allah telah memilih kita untuk berjuang di jalanNya, di dalam jemaah kita.

Oh,alangkah indahnya!!

Semoga kita terus istiqamah di dalam perjuangan ini.

Hadis riwayat dari Abu Zar r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku : “Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?”

Saya berkata : “Benar wahai Rasulullah “

Baginda bersabda : “Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir.?”

Saya berkata : “Benar wahai Rasulullah.”

Baginda pun bersabda : “Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya.”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)

Assalamualaikum dan salam cinta buat anda pembaca sekalian..

Dengan nama Allah, semoga pena ini menjadi lebih baik dari semalam.

Latar Masa : tahun 2003

Mata meliar mencari kelibat Aiman. Aiman merupakan adikku yang ketiga.  Aku dan dia bermain kejar-kejar di kawasan masjid itu sementara menanti  azan solat isyak. Kami berada di masjid sejak waktu maghrib lagi. Sudah menjadi fitrah kanak-kanak kecil yang mahukan keriangan. Aku ternampak kelibat Aiman memasuki pintu masjid, pantas aku berlari mengejarnya sambil melintasi kawasan utama dewan solat di masjid.

Kelihatan seorang tua sedang membaca Al Quran di satu sudut masjid. Tatkala dia melihat aku berlari di dalam kawasan masjid, maka dia memarahi aku.

“Apa  lari-lari dalam kawasan masjid ni? Pergi main jauh-jauh!” Jerkahnya di khalayak. Semua mata tertumpu pada aku dengan pandangan yang menyakitkan.

Kemarahannya itu buat aku terasa pedih. Aku lalu mogok sendiri,pantas aku pulang ke rumah. Niat hendak mengerjakan solat Isyak berjemaah di masjid itu langsung terbatal. Padan muka aku,tak dapat pahala solat berjemaah.

Sejak itu, aku tak pernah singgah untuk solat berjemaah di situ. Jika solat Jumaat sekalipun,aku sanggup bersusah ke kampung sebelah untuk solat  Jumaat kerana aku masih terasa pedih dimarahi orang tua tersebut.

Empat tahun berlalu (2007). Aku pulang bercuti. Aku sebagai pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri pulang bermalam di rumah sendiri. Kebiasaannya,petang itu aku beriadah bersama adik-adik di kawasan lapang di hadapan rumah. Azan maghrib menjadi wisel penamat permainan kami. Tatkala azan berkumandang,tergerak hati untuk solat maghrib berjemaah di  masjid itu,yang sudah lama tidak menerima kunjunganku.

Usai solat maghrib, aku memandang sekeliling. Jemaah hari ini terdiri daripada generasi tua , remaja dan generasi kecil. Tiba-tiba,mataku terpandang orang tua itu. Dialah orang tua yang memarahiku empat tahun lalu. Saat ini,dia juga melakukan perkara yang sama, iaitu memarahi anak kecil yang berlari di dalam masjid lagi. Apakah perkara sama akan berulang kembali?

Empat tahun berlalu lagi (2011). Aku kini sudah bergelar siswa,penuntut Diploma Perakaunan di Institut pengajian tempatan.

Seperti kebiasaan,aku singgah untuk solat isyak berjemaah di masjid. Untuk pengetahuan semua, pahala solat isyak berjemaah sama seperti mengerjakan solat malam separuh malam berdasarkan sebuah hadis. Manakala pahala solat subuh berjemaah pula bersamaan mengerjakan solat malam sepanjang malam berdasarkan hadis yang sama. Selain itu,aku juga ingin memohon kunci dewan untuk program  yang akan diadakan tak lama lagi. Seusai solat Isyak,aku pergi untuk bertemu imam masjid.

Aku melihat setiausaha masjid sedang berbincang sesuatu dengan imam masjid. Rupanya,mereka berbincang tentang program yang akan dikendalikan aku bersama beberapa orang fasilitator tak lama lagi. Berlaku diskusi ringkas bahawa mereka tidak membenarkan peserta perempuan untuk tidur di masjid. Aduss,aku rasa macam nak menangis! Tinggal tiga hari lagi,tiba-tiba baru nak buat perubahan!

“Saya takut nanti mereka (merujuk kepada peserta) buat bising di masjid. Budak-budak lagi kan. Takut kamu susah nak urus la.” Kata Pengerusi masjid merangkap imam.

“Lagipun,tak ada ke ustaz-ustaz atau penceramah yang tolong urus program ni?” tambahnya.

“Tak ada,sebab kami sendiri pun tak cukup bajet. Jadi,takutlah kalau ustaz-ustaz yang dijemput kenakan caj. Jangan risau,saya pernah buat kem ini sebelum ini dan saya yakin, ianya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.”  Terang aku panjang lebar.

“Saya takut peserta nanti ada yang  tidur di dalam tempat solat nanti,karpet kena air liur basi. Najis tu.” Kata pengerusi masjid.

Tiba-tiba,muazzin masjid datang menyampuk dengan nada menyindir,”Budak-budak zaman sekarang.”

Muazzin masjid mengulangi perkataan keramat ‘budak-budak zaman sekarang’ beberapa kali.  Aku cuba untuk bersabar demi meneruskan perbincangan dan akhirnya perbincangan itu berakhir dengan baik.

Persoalan yang ingin aku bangkitkan ialah, APA MASALAHNYA DENGAN BUDAK ZAMAN SEKARANG?

Apakah budak zaman sekarang mempunyai akhlak yang sangat teruk sehingga tidak layak untuk menjejak ke masjid/surau/musolla?
Aduss.. tolonglah..!

Fakta tentang budak zaman sekarang.

Kami berfikiran terbuka dan moden,tetapi kami tidak abaikan Islam

Sejujurnya,zaman kami dan anda mungkin berbeza. Kami dibesarkan di dalam zaman internet dan kami didedahkan dengan pelbagai pemikiran yang mungkin membuatkan tahap pemikiran kita mungkin berbeza. Walaupun kami berfikiran moden dan terbuka,itu tidak bermakna kami tidak mengambil berat tentang Islam. Kami juga mengambil berat tentang islam kerana kami mahukan kejayaan untuk Islam. Rasullullah pernah bersabda “Islam itu pasti akan menang.” Maka kita lah yang akan mencipta kemenangan buat Islam. Kita akan berganding bahu untuk mencipta kejayaan itu. Jadi tolonglah,tolonglah terima perbezaan pendapat antara kita. Jangan terus menghentam idea kami seolah-olah kami ini generasi yang mementingkan hal ehwal duniawi sahaja.

 

Idea kami adalah idea transformasi.

Kami generasi muda mahu melakukan transformasi. Transformasi yang dimaksudkan bukanlah dari segi cara beribadat tetapi kami mahu melakukan transformasi dari aspek pemikiran. Haruslah difahami peranan masjid yang sebenarnya. Masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat beribadah sahaja, malah masjid dapat memainkan pelbagai fungsi yang saya kira dapat memberi manfaat yang banyak kepada ummah. Misalnya,masjid dapat digunakan sebagai sebagai tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Misalnya, AJK masjid dapat mengambil alternatif dengan menubuhkan kelas matematik, kelas sejarah, kelas sains di masjid. Pelbagai alternantif harus diambil dan difikirkan untuk menarik orang ramai ke masjid. Saya memuji cara yang diambil oleh sebuah masjid di negeri Kedah yang menganjurkan aktiviti beriadah bersama ahli kariah selepas solat Subuh. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah tetapi juga menggalakkan masyarakat untuk mengimarahkan masjid. Ingatlah,masjid bukan sekadar tempat ibadah!

 

Kami mahu melahirkan generasi mesra masjid, bukan generasi anti masjid.

Anda pergilah ke mana-mana masjid sekalipun di Malaysia ini. Setiap kali tibanya waktu solat, jemaah yang hadir adalah imam masjid, setiausaha masjid dan  beberapa orang ahli masjid yang memang sudah berumur. Definisi berumur ini saya takrifkan sebagai generasi yang berusia 40 an hingga 50 an. Jadi, di mana hilangnya generasi muda ini? Di mana hilangnya mereka?  Apa usaha yang diambil oleh pihak masjid untuk mendekati golongan ini? Tiada! Tetapi,jika diteliti setiap masjid pastinya mempunyai biro tersendiri. Misalnya, di setiap masjid ada Biro Pendidikan, Biro Pemuda , Biro Dakwah dan sebagainya. Apakah peranan biro-biro yang ditubuhkan ini? Adakah sekadar memenuhi tempat kosong yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam ? Jika begitu,bermewahlah dengan jawatan tersebut dan jika di akhirat  Allah bertanya apa jasamu kepada ummah dengan jawatan yang diberi kepadamu? Maka menangislah kerana kamu tidak melakukan barang  sesuatu pun untuk ummah!!

Justeru,laksanakanlah pendekatan bermanfaat yang akan menggalakkan masyarakat untuk  mencintai masjid,bukan membenci masjid. Misalnya,anjurkan kem-kem selama tiga hari dan dua malam di masjid, menganjurkan pertandingan futsal di kalangan belia, menganjurkan pertandingan tilawah Al Quran, mengalunkan azan dan bernasyid. Malah, banyak lagi aktiviti yang dapat kita laksanakan. Berfikir di luar kebiasaan!!

Bukan semua kaca itu selamanya kaca.

Kaca yang pecah,sering kita buang. Sedangkan kaca yang pecah itu dapat dikitar semula. Parang yang tumpul jika diasah akan semakin tajam.  Ini adalah satu falsafah bahawa manusia memerlukan masa untuk memperbaiki diri dan apabila ada yang ingin berubah ke arah kebenaran. Berilah peluang dan jangan kita pula yang menghentam dia. Misalnya,masyarakat melayu mempunyai sikap yang mengjengkelkan terhadap individu seperti ini. Apabila seseorang yang dahulunya tidak pernah solat sepanjang hidupnya, dan tiba-tiba hari ini, beliau ke masjid. Pandangan pertama yang akan dilemparkan ialah “Eh,dah dapat hidayah ke bang?”

Jadi,bagaimana kita mahu menciptakan kegemilangan islam jika insan yang mahu berubah kita perli dan kita sindir? Adus, tolonglah ubah pemikiran kita!   Bukan semua kaca yang pecah itu selamanya tidak berguna! Dan tolong jangan berpandangan bahawa kita lebih baik dari dia! Kerana itu beerti kita sudah sombong dengan Allah! Takbur dengan diri sendiri!

Artikel ini tidak pernah berniat hendak mengaibkan sesiapa, tetapi untuk memberi peluang untuk kita sama-sama muhasabah diri. Aku tahu,cetusan pemikiran ini tidak akan sampai dibaca oleh mana-mana AJK masjid sekalipun. Namun,jika anda yang membaca artikel ini, mungkin aku dan anda akan ditakdirkan terpilih untuk memegang amanah Allah sebagai AJK masjid. Maka ingatlah kepada artikel ini. Terimalah perubahan yang dicetuskan oleh generasi muda dan janganlah merasa diri kita lebih baik.

Ingat beberapa fakta :

i.            Transformasi politik di Mesir dicetuskan oleh generasi muda, bukan generasi muda.

ii.            Kegemilangan Islam sejak zaman dahulu kala, dicetuskan oleh generasi muda. Misalnya Sultan Muhammad Al Fateh berjaya membebaskan Kota Konstantinopel pada usia 20 an. Bahkan Sultan Salahuddin Al Ayubi juga merupakan seorang remaja sewaktu memerintah Mesir.

Renungkan :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ; ‘kami telah beriman.’ Sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang yang dusta.”

QS Al Ankabut : 2-3

Risalah Islamiyah-nota buat junior anda yang baru menjejakkan kaki ke tempat anda belajar.InsyaAllah..SIla copy n Paste tanpa perlu minta izin..Sila edit di bahagian nama ya… :)

Assalamualaikum wbt..

Buat adik serta saudaraku seiman dan seaqidah yang dikasihi,

Alhamdulillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat lagi menjalani kehidupan ini dalam keadaan menerima Islam dan juga Iman. inilah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya. Jadi adikku,sentiasalah berdoa agar Allah menjaga hati kita  agar terus berada pada jalan kehambaan. Sentiasalah berdoa agar Allah tidak palingkan hati kita dari jalan-Nya setelah Allah beri hidayah kepada kita.

 

Pertamanya,suka untuk saya ucapkan selamat datang ke Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Tahniah diucapkan kerana kalian adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk menempatkan diri kalian di dalam suasana tarbiyyah islamiyah di kolej ini.InshaAllah.. J

 

Dewasa kini, ibadah dipandang sebagai sesuatu yang menyiksakan. Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan iman kian dipandang sepi. Justeru,sudah menjadi tanggungjawab anda dan saya untuk sama memantapkan iman di dalam diri sendiri dalam usaha memperoleh redha Allah. InsyaAllah, bersamalah kita caj kembali iman kita dengan sentiasa melaksanakan segala perintahnya seperti solat, zikir, membaca Al Quran dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ayuh kita laksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Semoga Allah membimbing kita dengan cara yang paling diredhainya.

 

Semoga Allah mengukuhkan jalinan ukhuwah wa mahabbah di antara kita.. J

 

 

 

Sekian,yang mengharapkan doa kalian.

 

 

_______________________________

[ syafiq aizat Mahamad Fuad ]

02 Januari 2011

1443 pm

 

 

 

 

Sahabat dan sahibbah yang disayangi,

 

Pada hari ini, tenaga-tenaga muda kita  sebagai generasi mukmin dan muslim menjadi  semakin lemah dan lalai. Kita disogok-sogok dengan HARTA, WANITA dan TAKHTA. Inilah yang digambarkan oleh Rasul s.a.w. kepada kaum Ansar dalam hadisnya ketika mana Abu Ubaidah pulang membawa harta daripada Bahrain, sabda Rasul yang bermaksud:

 

“Bergembiralah kamu dan harapkanlah apa yang menyukakan hati kamu. Maka demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatiri ke atas kamu, tetapi apa yang aku khuatiri ialah dunia ini kelak akan dibentangkan seluas-luasnya di hadapan kamu sebagaimana dibentangkan kepada ummat terdahulu daripada kamu, maka kamu berlumba-lumba merebutnya sebagaimana yang mereka telah lakukan, kelak dunia akan membinasakan kamu sebagaimana ia telah membinasakan mereka itu.”

 

“Mukmin apabila melakukan dosa, ia menganggap dosa itu bagaikan gunung menghempap dirinya, tetapi munafik apabila melakukan dosa, dianggapnya dosa itu bagaikan lalat menghurung di hidungnya”
Saya petik kata-kata ini daripada seorang ulama’ Islam. Hari ini kemaksiatan berleluasa di sekeliling kita. Ke mana-mana pun kita pergi, ke penjuru manapun kita beralih pasti kita ternampak sistem hidup jahiliyah berleluasa dalam masyarakat. Kita risau jika kita adalah orang yang turut sama berada dalam penguasaan sistem ini. Kenapa kita risau, bimbang dan takut?  Kerana sistem inilah yang bakal memusnahkan rasa takut kita kepada Allah,  menghilangkan rasa takut untuk berbuat  dosa hingga meruntuhkan keyakinan kita terhadap Rabb Maha Agung. Sistem inilah yang menyekat kelahiran generasi Islam yang memiliki kefahaman dan keyakinan yang benar terhadap sistem Allah s.w.t. Sistem inilah yang akhirnya mendidik manusia untuk berasa selesa melakukan dosa walaupun terjerumus ke dalam dosa besar.

Imam Malik, ketika sedang mengadakan kuliah dengan pelajarnya, tiba-tiba beliau berhenti seketika dan menangis kemudian menyambung kuliahnya semula. Pelajarnya berasa hairan dengan tindakan guru mereka itu lalu mereka bertanya pada beliau di akhir kuliah, “Mengapa engkau menangis sebentar tadi dan kemudian engkau kembali mengajar kami seperti biasa?” Apa yang dijawab oleh Imam Malik?
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku terputus sebentar hubungan dengan Allah ketika sedang mengajar, kerana itulah aku menangis.”
Lihatlah Imam Malik, hanya kerana terputus sebentar hubungan dengan Allah telah membuatkanya menangis. Bagaimana pula dengan kita? Hari-hari dalam kehidupan kita dipenuhi dengan dosa dan maksiat. Tidak pernah pula sekali pun kita menangis kerana dosa kita. Kita bimbang hati kita dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Lantaran itulah yang membuatkan kita rasa senang, selesa meskipun telah melakukan banyak dosa.

Mari kita lihat dan mencontohi peribadi Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sememangnya dari azali lagi adalah seorang yang maksum yakni diampunkan dosanya yang lepas, sekarang dan akan datang. Tapi lihatlah pengorbanan dan susah payah yang ditempuhi oleh Nabi. Baginda solat malam sepanjang malam hingga bengkak kakinya. Bila ditanya Aishah maka dijawabnya, ” Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.” Rasulullah yang sememangnya sudah bersih suci daripada dosa masih tunduk dan taat kepada Allah, apa pula hak kita untuk mengingkari perintah dan larangan Allah?

Pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka luas bagi orang-orang yang menginginkan keampunan-Nya. Allah menyebut dalam surah An-Nisa’ ayat 31 yang bermaksud:

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
Rahmat dan keampunan Allah sangat luas. Tetapi itu semua terpulang kepada kita. Jika kita berkehendakkan kehidupan yang bahagia di akhirat sana, maka bersegeralah kepada keampunan Allah. Janganlah pernah biarkan kehidupan kita dicalari dan dicemari dosa yang tidak terampun. Ingatlah, seksa Allah itu amat pedih bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya. Nauzubillah. Pohonlah keampunan kepada Allah selagi mana kita masih dianugerahkan nafas dan nyawa. Anda patut mengetahui bahawa Allah itu lebih dekat dari urat nadi anda. Justeru, keluarlah dari berada dalam keselesaan bersama dosa dan kemaksiatan.
Kita pasti akan bertemu dengan kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

HINANYA MANUSIA BILA MENINGGALKAN ALLAH DI BELAKANG
Lihatlah kezaliman dan maksiat yang berleluasa di sana sini.
Pemimpin dengan kerakusan, kezaliman dan penindasan yang tidak pernah berhenti. Tidak jujur dan mengabaikan rakyat.
Rakyat pula terjebak dengan maksiat dan kemungkaran.

Kenapa boleh terjadi begini?
Inilah akibat meninggalkan Allah SWT.
Mereka tinggalkan Allah SWT, dan mengambil lain daripada apa yang telah Allah tetapkan.
Mereka lupa dan lalai kepada tanggungjawab mereka kepada Allah.
Mereka tahu Allah SWT itu Rabb Alam ini, tetapi mereka tahan dan tutup hati mereka. Sebab itu mereka tidak pernah faham dan sedar.

Inilah contoh manusia HINA.
Lebih hina daripada lembu, kambing dan segala apa jenis binatang.
Bagi mereka balasan yang setimpal hanyalah neraka.
Kerana terlalu banyak dosa dan kelalaian yang mereka lakukan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud:

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Itulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk manusia yang meninggalkan-Nya.
Sama seperti binatang ternakan, bahkan lebih teruk lagi daripada itu.
Binatang pun sayang kepada anak, tetapi manusia hari ini buang anak di mana-mana sahaja bahkan di dalam jamban sekalipun.
Huh, kesian makhluk tidak berdosa itu!
Binatang pun tidak tamak dalam mencari makanannya. Lihatlah semut, berkongsi dengan saudaranya. Tetapi manusia, ketamakan dan kerakusannya melampau-lampau.
PENUTUP : KITA PERLU KEMBALI KEPADA TUJUAN ASAL

Allah SWT telah sebutkan dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Sahabat dan sahibbah,

 

Kita hidup, ada tujuannya.
Kita tidak hidup sekadar untuk memuaskan nafsu ini.
Hidup di atas nafsu inilah yang menyebabkan manusia berpecahan dan bergaduh sesama sendiri.
Kita perlu SEDAR dan KEMBALI…!

IMAN yang akan memuliakan kita. Lihatlah kesan IMAN terhadap generasi Rasul s.a.w. dan para sahabat.
Mereka juga manusia seperti kita, tetapi mengapa mereka mampu menjadi hebat sedemikian?

Mereka tidak pernah meninggalkan Allah dalam kehidupan mereka.
Mereka menjaga hak-hak Allah, maka Allah menjaga dan memuliakan mereka.

Manusia, makhluk yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, maka baginya juga sebaik-baik deen (cara hidup) di sisi Allah, iaitu ISLAM.
Sekiranya dia memilih jalan yang lain, maka sesat dan rosaklah dirinya.

Ayuh renungi diri

Bila diperhatikan langit teguh berdiri tanpa tiang, rasa diri ini terlalu kerdil.
Bila matahari terbit memancarkan sinarnya, terasa diri ini tidak ada apa.
Bila bulan menerjah di malam hari menampakkan keindahannya, terasa diri ini terlalu kecil.

Kita tidak seteguh langit itu, berdiri tanpa tiang.
Kita juga tidak seterang matahari, mampu memanfaatkan alam ini dengan sinarnya.
Kita juga tidak seindah bulan, menyejukkan mata yang memandang.

Ya…Kita memang tidak sehebat itu.
Tapi kita boleh menjadi LEBIH HEBAT daripada itu….
Kita ada Allah…

Siapakah yang menciptakan langit yang teguh itu?
Allah Maha Agung…
Siapa pula yang mencipta matahari yang bersinar-sinar itu?
Allah Maha Kuasa…
Dan siapa pula pencipta bulan yang indah itu?
Allah Maha Kaya…

Ya…Allah Al-Khalik. Dia adalah Pencipta dan Pemilik segala-galanya.
Allah telah sebutkan dalam surah Al-Mukminun yang bermaksud:

“…Maha Suci Allah, Dia adalah sebaik-baik Pencipta.”

Ya…Di situ rahsia KEKUATAN hidup ini. ALLAH S.W.T.
Langit tidak mungkin seteguh itu tanpa izin Allah, Matahari yang terang itupun tidak mampu terbit tanpa izin Allah, bahkan bulan yang indah itupun akan menjadi hodoh jika Allah membiarkannya.
Lantas, di situlah rahsia kekuatan makhluk.

Manusia…
Ia juga adalah makhluk, bukan? Lalu, bukankah Allah juga adalah rahsia kekuatan bagi manusia itu?
Ya…sudah tentu.Allah s.w.t. yang menciptakan manusia, lalu Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Dia yang memberi manfaat dan mudharat kepada manusia.
Dia jugalah yang mengawal takdir manusia, menentukan manusia mana yang layak bersama golongan yang Ia redhai di akhirat nanti dan golongan mana yang dimurkai.

Sebagaimana langit itu mampu menjadi atap dunia tanpa tiang, maka Dia mampu menjadikan kita seteguh itu juga dengan syarat, jagalah hubungan dengan-Nya.
Dia mampu menjadikan kita bersinar seterang cahaya Matahari itu, namun jagalah hubungan dengan-Nya.
Dia mampu menjadikan kita seindah bulan purnama, dengan syarat, jagalah hubungan dengan-Nya.

 

Ia…di situ KUNCINYA
Jagalah hubungan dengan Allah.
Tapi, bagaimana nak jaga hubungan dengan Allah?
Sebagaimana seorang pekerja yang berharap agar majikan suka dan sayang padanya serta beri bonus lebih kepadanya, sudah tentulah dia akan buat apa yang disukai oleh majikannya sahaja serta meninggalkan apa yang tidak disukai majikannya,maka begitulah umpamanya.
Kita berharap Allah sayang dan jaga serta beri apa yang kita hajatkan, maka kita perlu laksanakan apa yang disuruh oleh Allah, meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Kita buat apa yang Allah suka, dan kita tinggal apa yang Allah bencikan.

Allah suruh kita ambil Islam sebagai cara hidup kita, maka dalam hidup kita, kita menolak Illah (sembahan) selain Allah.
Allah suruh kita berakhlak dengan akhlak mulia, maka kita memelihara akhlak kita.
Allah suruh kita tinggalkan kata-kata kesat dan tidak elok, maka kita tinggalkan.

Pendek kata, bila mana kita menjaga apa yang Allah minta dan apa yang Allah suka, sudah pasti Dia akan beri ‘bonus’ pada kita, tak? Tapi ‘bonus‘ tu dalam bentuk macam mana, ye?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,5 yang bermaksud:

“Mereka itu berada di atas petunjuk daripada Rabb mereka dan mereka itu tergolong dalam orang-orang yang berjaya.”

Allah telah janjikan orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah, mereka sentiasa ditunjukkan Allah ke jalan yang benar, malahan tergolong dalam golongan yang berjaya, bukan sahaja di dunia, bahkan akhirat.

Tidak mahukah kita?
Orang yang sentiasa dipandu dan dibimbing oleh Allah, maka kehidupannya adalah kehidupan yang bahagia.
Ia tidak risau diuji dengan musibah, dia tidak gopoh menerima ujian kesenangan. Dalam kedua-duanya, dia adalah orang yang sabar dan bersyukur.
Maka, lantaran itu, Allah menjadikan dia sentiasa KUAT untuk terus taat dan patuh kepada Allah.
Kuat fizikalkah,atau kuat mental?
Oh, tidak…
Allah beri kekuatan pada jiwanya, pada imannya menyebabkan kekuatan itu terjelma ke jasmani dan aqlinya.

 
Lantaran itu, bila berdiri, dia adalah seteguh langit, tidak mudah goyah diuji badai dan ujian.
Dia juga laksana matahari, kehadirannya memberi manfaat dan kebaikan pada orang di sekitarnya.
Dia juga umpama bulan, hadir merawat luka-luka hati dan membuat orang rasa senang dan tersenyum dengan kehadirannya.

InshaAllah,semoga Allah memelihara iman kita dan menempatkan kita di kalangan manusia yang beramal soleh di Akhirat kelak..

 

InsyaAllah mulai hari ini saya mula menulis siri “Ada Yang Bertanya” yang merupakan koleksi soalan yang ditanyakan kepada saya dalam ceramah-ceramah atau program-program yang saya kendalikan. Dengan ini saya dapat pertingkatkan kekerapan entri blog saya untuk dikongsi bersama.

Ya, bagaimana nak ajak orang kepada kebaikan? Kata seorang hukamak “hiaskan diri anda dengan kebaikan”. Kebaikan adalah sesuatu yang di senangi, mendamaikan, menenangkan dan sebagainya. Apabila kita banyak melakukan kebaikan dan kebaikan itupun nampak pada diri kita, orang lain pun akan suka bergaul dengan kita. Mereka tentunya merasa damai dan tenang dengan kebaikan yang ada pada diri kita. Sikap pemaaf, hemah dan berhikmah, mengutamakan orang lain, perihatin dan sebagainya adalah bunga-bunga akhlak yang akan menjadikan orang lain jatuh cinta pada kebaikan. Semakin mereka bergaul dengan kita semakin mereka tertarik dengan keindahan kebaikan. Tentunya apabila kita mula mengajak mereka kepada kebaikan maka jiwa mereka cepat menyambutnya “bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal”.

Begitu juga, jika kita ingin orang lain meninggalkan keburukan, kata ahli hikmak “Tanggalkan keburukan dari diri kamu”. Apa yang ada apabila keburukan ditanggalkan? Bukankah kebaikan berserta segala keindahannya? Bukankah itu yang ingin dimiliki oleh jiwa-jiwa yang waras dan sihat? Bukankah keburukan itu sifatnya menggelisahkan, mengharu birukan dan memporak perandakan jiwa masyarakat. Setiap hati kecil yang sihat bencikan keburukan cuma mungkin mereka ‘tidak kenal’ kebaikan. Jika kita boleh perkenalkan kebaikan pada mereka tentunya tidak ada lagi manusia yang inginkan keburukan melainkan jiwa-jiwa yang rosak dan sakit. Sebenarnya manusia yang memiliki jiwa yang sakit ini tidaklah begitu ramai. Tidak semua manusia yang melakukan keburukan itu jiwanya rosak; ada yang jahil dan tidak pernah mengenal kebaikan kerana latarbelakang keluarga dan masyarakat yang berbeza-beza jadi berilah mereka peluang untuk mengenal kebaikan. Bergaullah dengan mereka dengan ‘wajah-wajah kebaikan’; jadilah seorang yang penyabar, pemaaf, penuh kasih sayang, tenang dan sebagainya.

dipetik dari laman cikgu azmi,MATRI,beseri perlis…

Anda ada cadangan..?

salam..dengan nama Allah yang maha genius..

alhamdullillah..baru je lepas pulang dari kenduri kahwin jiran kampung sebelah.Syukur,bertambah lagi masjid Allah.TEringat saya kepada lagu dendangan Maher Zain,BArak Allah..Semoga Allah memberkati mereka..
saat aku menulis,aku melembutkan telinga dengan lagu Lirih pembebasan daripada Shoutul Harakah.Cuba kalian dengar ya..InsyaAllah..Sila klik untuk download..

Sejak dua tiga minggu ini,aku sering didatangi mimpi yang pelik-pelik.Pelik..?Apa yang pelik..? Rasanya,tak perlulah aku menceritakannya.BAk kata Profesor Syafiq Aizat daripada University of Madinah,”kadang-kadang rahsia itu perlu kekal sebagai rahsia.”(ameen)

 

Baiklah,pada entri kali ini,aku mahu berbicara tentang Kem Remaja Rabbani.Apa ke benda tu..? boleh makan ke..?

Kem Remaja Rabbani ini diinspirasikan daripada Kem Minda Kreatif yang giat dijalankan di bahagian Utara dan zon PAntai Timur dan sering dianjurkan oleh HALUAN. Kem Remaja Rabbani akan dilaksanakan di negeri JOhor Darul Takzim bertempat di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.Yuran yang dikenakan kepada peserta ialah sebanyak RM 60 sahaja.Kem ini terbuka kepada sesiapa yang sahaja YANG BERUMUR 13 hingga 18 tahun sahaja.JAdi kepada pak cik dan mak cik,apa kata kalau hantar anak2  ke kem ini…?Kem ini akan dilaksanakan semasa cuti sekolah iaitu 3,4, dan 5 june..apa pendapat anda semua..?

minta cadangan ya..

kesemuanya masih di dalam perancangan..

ameen..

Pemikiran solahudin al ayubi

Nama sebenarnya Yusof,lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun tahun 543H atau 1138M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azzarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera iaitu Najmuddin Ayyub (Ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian,ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera.

Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin (seorang panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, kehidupan remaja Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak.

Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis memngenai Salahudin. “Sebagai anak kepada seorang gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau   tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran seorang bangsawan.

Selain dididik dan dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain.Apabila meningkat dewasa,beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo.Kemudian beliau diarahkan berpindah ke Mesir  walaupun pada mulanya dia menerima perintah itu dengan hati yang berat kerana hatinta lebih mencintai Kota Aleppo. Walaubagaimanapun, selepas berada di Mesir.Bintangnya bersinar terang.

Menurut Shadad, seorang ahli sejarah Arab, “Sebaik sahaja Salahudin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan sudah luput dari hatinya. Dia berpaling daripada keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada Allah.

`              Menurut Lane-poole pula, “Selepas berpindah ke Mesir, Salahudin mula menyusun hidupnya dengan lebih ketat.Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada  hidup bersenang lenang kepada kehidupan yang lebih bersederhana serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu, beliau mula menumpukan segala usaha  dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar, iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis.

Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cintakan agama Islam.Beliau bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian. Demi tujuan itu, beliau bercita-cita memperkuatkan angkatan tentera Islam.

Impian itu tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat  lalu Salahudin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir.Bintangnya terus bersinar.Beberapa tahun kemudian beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.bagi menguatkan pemerintahannya, beliau menyatukan Mesir, Syria, Hijaz, dan Yaman di bawah satu pemerintahan.

Ibnu Shadad, seorang ahli sejarah menulis, “Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjaditajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad,beliau meninggalkan kehidupan dalam kediaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera.

Seterusnya Ibnu Shadad menulis, “Di medan perang, Salahudin seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke penjuru yang lain sambil meyeru tenteranya supaya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka. ”

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai 1187.Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah.

Menyentuh kemenangan itu, Lane-poole menulis, “Bunga kesatriaan sudah diambil oleh Salahudin Ayubi. Raja Baitul Maqdis, Reginald of Chatillon, Josellin of Courlenay, Humprey of Toron, Masters of Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar-pembesar yang lain sudah ditawan.Para kesatriaan yang lain berada di bawah tawanan tentera Islam. Sesiapa yang hidup daripada kalangan kebanyakan  sudah menjadi tawanan.Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah tiga puluh tentera yang ditawannya diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat bertimbun-timbun seperti batu bata di samping tanda salib-salib yang patah dan kepala-kepala yang bertaburan di atas tanah bagaikan buah-buah tembikai.

Ketika Kota Jerussalem ditawan tentera salib pada 15 Julai 1909 keadaan begitu menyayat hati apabila tentera salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuk wanita dan kanak-kanak. Pembunuhan kejam itu berlangsung selama seminggu sehingga tidak ada lagi penduduk Islam yang tinggal di Kota Jerussalem yang terselamat.

Menurut Ibnu Athir di dalam bukunya, Al-Kamil fit Tarikh, sebelum sampai ke Kota Jerussalem, tentera salib di bawah pimpinan Raja Reymond menakluk satu tempat bernama Maaratun Nu`man.Di situ mereka membunuh lebih seratus ribu umat islam dan melemparkan mayat mereka ke dalam api.

Menurut Gustav Le Bon, dalam bukunya mengenai perang Salib pula mencatatkan begini, “Kaum Salib kita yang mengaku kuat beragama itu tidak cukup melakukan kerosakan dan kezaliman kepada umay Islam. Bahkan mereka sudah bermesyuarat  dan mengambil keputusan yang seluruh penduduk Baitul Maqdis dibunuh. Korban kekejaman itu bukan sahaja kepada orang Islam bahkan juga orang Kristian dan Yahudi yang enggan bekerjasama dengan mereka bagi melakukan tindakan yang kejam itu.Akibat kekejaman itu, kira-kira enam puluh ribu orang yang dibunuh selama lapan hari dan lapan malam sehingga tidak ada lagi orang yang selamat.

Ibnu Khaldun, seorang sejarawan Islam pula menulis begini, “Tentera Salib yang ganas dan kejam telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan,jumlahnya tidak kurang tujuh puluh ribu orang.

Tetapi,apabila Kota Jerussalem ditawan oleh tentera Islam pada 15 Oktober 1187,berlaku sebaliknya.Salahudin Ayubi memerintahkan tentera Islam memberi layanan yang baik kepada tawanan.Tidak ada seorang pun penduduk Kristian di Kota Jerussalem yang dibunuh ataupun dianiaya.Sebaliknya penduduk Kristian termasuklah tentera Salib dibenarkan meninggalkan Kota Jerussalem dengan membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.

Selepas berjaya menawan Kota Jerussalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera Salib,Salahudin Ayubi kembali ke Damsyik.Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera Salib namun beliau tetap memilih hidup yang sederhana.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit.Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar, 598 bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik,Syria.

Salahudin Al Ayyubi

PERNAH solat Jumaat tidak didirikan selama 90 tahun di Baitulmaqdis kerana dikuasai tentera Kristian. Tetapi selepas tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menakluki Kota Suci Ketiga umat Islam itu, solat Jumaat didirikan semula di sana pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah/1187 Masihi.

Salahuddin al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan. Keilmuan al-Ayyubi terserlah sejak dia kanak-kanak. Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq. Di samping al-Quran, dia banyak menghafal syair Arab.

Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis, sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran.

Nama sebenar al-Ayyubi ialah Yusuf bin Ayyub, lahir pada 1137 Masihi. Dia dilahirkan dalam keluarga Kurdi di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah gabenor wilayah Balbaik.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh panglima kepada Nuruddin dan sering mewakili Nuruddin dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyah di Mesir sekitar 1160 Masihi. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada 1169 Masihi.

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia berubah. Dia yakin bahawa Allah mempertanggungjawabkan kepadanya tugas berat yang tidak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Sejurus dia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya lenyap.

Dia menumpukan seluruh tenaganya membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam sejak 1099 Masihi. Salahuddin pernah berkata: “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”

Perang Hittin antara Salahuddin dan gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli pada 1187 Masihi menyaksikan kejayaan memihak tentera Islam. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin ditawan bersama Reginald dari Chatillon.

Ramai tentera Salib berpangkat tinggi ditawan. Stanley Lane-Poole menceritakan seorang tentera Islam membawa 30 tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian mati dalam peperangan berkenaan.

Kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmaqdis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin’.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa, Raja Jerman, Richard The Lion, Raja England, Philips Augustus, Raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders bersatu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada 1192 Masihi. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib Ketiga.

Mengenai Salahuddin dan Raja Richard, kedua-dua pemimpin amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan kepada adik lelaki Salahuddin, al-Adil, dengan kota Baitulmaqdis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal berikutan kebimbangan berhubung hal agama antara kedua-dua pihak.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat, malah harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengebumiannya.

Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengebumian itu. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin sudah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyatnya yang miskin dan sifat inilah yang menjadikan Salahuddin sebesar namanya dalam sejarah Islam.

http://fidaiy.blog.friendster.com/

(cerita tentang imam mazhab.imam yang aku minati..!!)

Imam Abu Hanifah adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:

1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.

Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”

Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.

Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.

Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan

62 WAYS TO MAKE 2010 YOUR BEST YEAR YET

1. Remember that leadership isn’t about your position. It’s about your influence.

2. Get fit like a pro athlete.

3. Lift people up versus tearing people down.

4. Protect your good name. An impeccable reputation takes a lifetime to build. And 60 seconds to lose.
5. Surround yourself with positive, ethical people who are committed to excellence.

6. Remember that even a 1% daily innovation rate amounts to at least a 100% rate of innovation in 100 days.

7. Believe in your dreams (even when others laugh at them).

8. Measure your success, not by your net worth but by your self worth (and how happy you feel).

9. Take an intelligent risk every 24 hours. No try-No Win.

10. Read “Buffett: The Making of an American Capitalist”.

11. Watch “Man on Wire”.

12. Regardless of your title at work, be a team builder.

13. Remember that business is all about relationships and human connections.

14. Say “please” more.

15. Say “thank you” more.

16. Know your Big 5: the five things that need to happen by the end of this year for you to feel its been your best year yet.

17. Read your Big 5 every morning while the rest of the world is asleep.

18. Read “As You Think”. At least twice this year.

19. Be willing to fail. It’s the price of greatness.

20. Focus less on making money and more on creating value.

21. Spend less, save more.

22. Leave everything you touch better than you found it.

23. Be the most positive person in every room you’re in.

24. Run your own race.

24. Stay true to your deepest values and best ideals.

25. Write a handwritten thank you note to a customer/friend/loved one every day.

26. When you travel, send love letters to your kids on hotel stationary. In time, they’ll have a rich collection to remember your travels by.

27. Read “Atlas Shrugged”.

28. Be a problem solver versus a trouble maker.

29. Rather than doing many things at mediocrity do just a few things-but at mastery.

30. Honor your parents.

31. Commit to doing great work-whether anyone notices it or not. It’s one of life’s best sources of happiness.

32. Give more than you receive (another of the truths of happiness).

33. Have your 1/3/5/10/25 years goals recorded on paper and review them weekly.

34. Be patient. Slow and steady wins the race. The only reason businesses that went from zero to a billion in a year or two get featured in magazines is because 99% of businesses require a lot more time to win.

34. Underpromise and then overdeliver.

35. See part of your job as “a developer of people” (whether you work in the boardroom or the mailroom).

36. Wear your heart on your sleeve. When people see you’re real, they’ll fall in love with you.

37. Be authentic versus plastic.

38. Read “The Alchemist”.

39. Remember that life wants you to win. So get out of your own way.

40. Consider that behind every fear lives your next level of growth (and power).

41. Eat less food.

42. Drink more water.

43. Rest when you need to.

44. Read “SUCCESS” magazine.

45. Write your eulogy and then live your life backwards.

46. Demand the best from yourself.

47. Remember that the more you go to your limits, the more your limits will expand.

48. See everything that happens to you as an opportunity to grow (and therefore, as a precious gift).

49. Be obsessed with learning and self-development.

50. Become comfortable alone (you are the only person you get to be with your whole life).

51. Smile. It’s a stunningly effective way to win in business and life.

52. Reflect on the shortness of life.

53. Be bold when it comes to your dreams but gentle with those you love.

54. Remember that success is dangerous because it can kill drive/innovation/passion and going the extra mile. Be successful yet stay hungry.

55. Read “The Autobiography of Benjamin Franklin”.

56. Be of deep value to this world.

57. Own beautiful things but don’t let them own you.

58. Use excellent words.

59. Laugh more.

60. Don’t complain, gossip or be negative.

61. Plan as if you’ll live forever but live as if you’ll die tomorrow.

62. Feel free to pass these lessons on to those you want to help.

Written by Robin Sharma, January 3, 2010. For more information visit robinsharma.com. Robin’s new book “The Leader Who Had No Title: A Modern Fable On Real Success in Business and Life” will be published by Simon and Schuster in March. Many of the ideas above come from it.

Ketua Institut Al-Quds Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan kekecewaanya terhadap keadaan bangsa Arab dan kaum muslimin masakini. Walaupun jumlah mereka banyak, namun dari segi kekuatan sangat lemah dan mudah dihina. Qardhawi mengkritik tajam sikap diam bangsa Arab terhadap apa yang terjadi kepada Palestin.

Pernyataan ini disampaikan Al-Qardhawi kelmarin (27/3) di Algeria, dalam sambutannya pada Persidangan Institut Al-Quds ke 5 yang sudah berlangsung tiga hari hingga hari ini di Aljir Al-Algeria. Beliau mengatakan, masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.

50 tahun sebelumnya, mereka merancang untuk mendirikan negara Zionis. Ternyata rancangan mereka berhasil, mereka telah berjaya mendirikan negara Zionis dengan bantuan perjanjian yang ditandatangani Jeneral British, Balfour dengan menyerahkan negara Palestin kepada Yahudi Inggeris. Zionis yang hanya ‘beberapa kerat’ itu telah mampu marampas Al-Quds dari tangan kita. Padahal jumlah kita sepertiga penduduk bumi, 1.5 billion dari lebih kurang 5 billion penduduk bumi.

Institusi Al-Quds adalah satu badan yang memfokuskan kegiatannya dalam membantu rakyat Palestin, berupa “Jihad Madani’. Qardhawi mengingatkan tentang perancangan Israel membersihkan al-Quds dari penduduk muslim. Maka bentuk jihad yang boleh kita lakukan masakini adalah dengan membina masjid, hospital dan pelbagai infrastruktur yang boleh mengukuhkan Al-Quds sehingga kaum Muslimin boleh menghadapi penjajah Zionis Israel di sana.Dijelaskan pula, bahawa Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi juga pernah menyebutkan 13 jenis jihad. Dan kini, Qardhawi mengatakan ingin menambahkan istilah jihad lain yang ke-14, iaitu Jihad Madani. ‘Aktiviti Institut Al-Quds berada dalam lingkup jihad ini, ‘ jelasnya.

Menurut Qardhawi yang juga pemimpin Pertubuhan Ulama Antarabangsa. Terdapat 60 program yang dibawa oleh Yayasan Al-Quds untuk segera dilaksanakan. Beliau juga meminta pemerintah Arab dan Islam serta pelbagai organisasi sosial masyarakat untuk turut memberi sumbangsih dalam penerapan program tersebut. Acara ini diikuti Persidangan Institut Al-Quds yang kelima yang dihadiri oleh 200 peserta dari 45 negara. Badan ini dipimpin oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Dewan sekretariat), Syeikh Faishal Mulawi (Ketua Dewan Ekskutif), Khalid Misy’al (Ketua Biro Politik Hamas), Ikrimah Shabri, Mathraani Athoallah Hana dan lain sebahagiannya dari kalangan pakar, cendekiawan, ulama dan tokoh masyarakat.

http://palestinkini.info

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers