Maaf pada semua : pembetulan KMK


 

Salam alaik.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah.Moga kalam ini menjadi yang lebih baik untuk ummah.

HALUAN : Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

“anta ada tak mana-mana pak cik yang boleh bagi ceramah untuk maulidur rasul ini.Kolej ana nak buat sambutan Maulidur Rasul,so nak minta-minta pak cik-pak cik untuk ambil slot itu.

Masihku ingat mesej yang kuhantar kepada Abang Hafiz Zainal,yang kukenali saat berkampung di Ulu Tiram sempena Kem Identiti Muslim. Tujuanku saat itu mudah,nak memperkenalkan HALUAN di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Alhamdullillah,HALUAN sudah dikenali di kolej aku dengan tiga program kerjasama dengan pihak HALUAN,iaitu,:

  • Kem Kepimpinan Naqib/Naqibah di Nasuha Herbs Paradise.
  • Kem Identiti Muslim di Ulu Tiram Indah Village.
  • Ceramah Maulidur Rasul

 

Semalam,Timbalan Presiden I,Haluan Johor,En Mahmed Kardi datang ke kolej aku sempena Sambutan Maulidur Rasul.Seusai sebelum mereka berangkat pulang,salah seorang sahabat memberitahu bahawa artikel ini (Klik) ini telah ditemui oleh SURF. Artikel ini mencapai rating 79 bacaan dalam masa satu hari. Wow,hari ini dalam sejarah!  Tak pasti SURF tu singkatan apa,namun yang pasti ada term sekrektiat (betul tak ejaan?).Lalu,mereka takut-takut sama ada program yang ingin dilaksanakan ini akan membawa efek yang negatif.  Lalu,pastilah aku bahawa  risiko kemungkinan kem yang akan aku laksanakan berkemungkinan membawa efek yang negatif kerana aku membawa jenama KMK.Astaghfirullah.Ampunkan aku,

 

Pagi ini,saat sedang menyiapkan kerja Financial Accounting  4 yang terbengkalai semalam,telefonku berdering. Rupanya,sepupuku, Firdaus Hashim yang kukasihi memanggil. Dia yang lebih selesa ku panggil dengan panggilan abang (kerana pangkatnya yang lebih tua.) juga menegurku dengan perkara yang sama. Lalu,aku konklusikan,untuk mengelak pelbagai salah faham,rasanya aku akan kembali dengan jenama program ini, Kem Remaja Rabbani.

logo KRR. baru belajar guna specialized software

Maaf : atas salah faham

Lalu,di dalam entri ini.aku ingin memohon maaf. Maaf pada semua kerana telah menyusahkan kalian. Maaf sangat-sangat.insyaAllah,aku  tidak akan menggunakan jenama KMK. Maaf sangat-sangat.

Rasa bersalah di hati ini tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata dan kalam di laman ini.maaf sangat!

 

 

Penjenamaan Semula

Sebelum ini,aku pernah menjadi guru sementara (guru tuisyen) di bawah jenama sendiri,Jihad Network TC di samping menerbitkan beberapa makalah di bawah jenama ini semasa Palestine hangat diratah Israel.  Lalu,faham-fahamlah,susah untuk kita bergerak di bawah jenama “Jihad” ini kerana fahaman dan kuasa politik yang memaksa aku untuk mencari jenama baru bagi menggantikan Jihad Network TC. tambahan pula,persepsi non muslim terhadap islam sebagai agama teroris.

“Kami boleh buat program ini,tapi term jihad ini tukarlah ye. Awak pun kena faham,kuasa politik di Malaysia ni macam-macam.”

Aku mengangguk saja,mengerti  kerana walaupun minda muda aku ini dihalang dengan tembok besar cina sekalipun. Hatta segala maklumat pun aku tahu( tak semua ye).Adui!!

Saat ini,aku tambah bersemangat bila diterangkan oleh seorang pendidik tentang kebobrokan kepimpinan Malaysia ini. Azamku,jika aku menjadi Perdana Menteri Malaysia.Aku akan rangka sistem pemerintahan berteraskan islam. Berdasarkan apa yang Rasul Allah laksanakan. Sekarang pun tengah buat bacaan ilmiah tentang sistem  dan teknik pemerintahan Rasullullah..Doakan aku ya kalian.

 

Akhir kalam.

Maafkan aku kalian..

maaf sangat-sangat..   ;(

Salahudin al ayubi


Pemikiran solahudin al ayubi

Nama sebenarnya Yusof,lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun tahun 543H atau 1138M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azzarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera iaitu Najmuddin Ayyub (Ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian,ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera.

Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin (seorang panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, kehidupan remaja Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak.

Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis memngenai Salahudin. “Sebagai anak kepada seorang gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau   tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran seorang bangsawan.

Selain dididik dan dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain.Apabila meningkat dewasa,beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo.Kemudian beliau diarahkan berpindah ke Mesir  walaupun pada mulanya dia menerima perintah itu dengan hati yang berat kerana hatinta lebih mencintai Kota Aleppo. Walaubagaimanapun, selepas berada di Mesir.Bintangnya bersinar terang.

Menurut Shadad, seorang ahli sejarah Arab, “Sebaik sahaja Salahudin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan sudah luput dari hatinya. Dia berpaling daripada keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada Allah.

`              Menurut Lane-poole pula, “Selepas berpindah ke Mesir, Salahudin mula menyusun hidupnya dengan lebih ketat.Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada  hidup bersenang lenang kepada kehidupan yang lebih bersederhana serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu, beliau mula menumpukan segala usaha  dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar, iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis.

Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cintakan agama Islam.Beliau bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian. Demi tujuan itu, beliau bercita-cita memperkuatkan angkatan tentera Islam.

Impian itu tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat  lalu Salahudin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir.Bintangnya terus bersinar.Beberapa tahun kemudian beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.bagi menguatkan pemerintahannya, beliau menyatukan Mesir, Syria, Hijaz, dan Yaman di bawah satu pemerintahan.

Ibnu Shadad, seorang ahli sejarah menulis, “Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjaditajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad,beliau meninggalkan kehidupan dalam kediaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera.

Seterusnya Ibnu Shadad menulis, “Di medan perang, Salahudin seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke penjuru yang lain sambil meyeru tenteranya supaya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka. ”

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai 1187.Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah.

Menyentuh kemenangan itu, Lane-poole menulis, “Bunga kesatriaan sudah diambil oleh Salahudin Ayubi. Raja Baitul Maqdis, Reginald of Chatillon, Josellin of Courlenay, Humprey of Toron, Masters of Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar-pembesar yang lain sudah ditawan.Para kesatriaan yang lain berada di bawah tawanan tentera Islam. Sesiapa yang hidup daripada kalangan kebanyakan  sudah menjadi tawanan.Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah tiga puluh tentera yang ditawannya diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat bertimbun-timbun seperti batu bata di samping tanda salib-salib yang patah dan kepala-kepala yang bertaburan di atas tanah bagaikan buah-buah tembikai.

Ketika Kota Jerussalem ditawan tentera salib pada 15 Julai 1909 keadaan begitu menyayat hati apabila tentera salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuk wanita dan kanak-kanak. Pembunuhan kejam itu berlangsung selama seminggu sehingga tidak ada lagi penduduk Islam yang tinggal di Kota Jerussalem yang terselamat.

Menurut Ibnu Athir di dalam bukunya, Al-Kamil fit Tarikh, sebelum sampai ke Kota Jerussalem, tentera salib di bawah pimpinan Raja Reymond menakluk satu tempat bernama Maaratun Nu`man.Di situ mereka membunuh lebih seratus ribu umat islam dan melemparkan mayat mereka ke dalam api.

Menurut Gustav Le Bon, dalam bukunya mengenai perang Salib pula mencatatkan begini, “Kaum Salib kita yang mengaku kuat beragama itu tidak cukup melakukan kerosakan dan kezaliman kepada umay Islam. Bahkan mereka sudah bermesyuarat  dan mengambil keputusan yang seluruh penduduk Baitul Maqdis dibunuh. Korban kekejaman itu bukan sahaja kepada orang Islam bahkan juga orang Kristian dan Yahudi yang enggan bekerjasama dengan mereka bagi melakukan tindakan yang kejam itu.Akibat kekejaman itu, kira-kira enam puluh ribu orang yang dibunuh selama lapan hari dan lapan malam sehingga tidak ada lagi orang yang selamat.

Ibnu Khaldun, seorang sejarawan Islam pula menulis begini, “Tentera Salib yang ganas dan kejam telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan,jumlahnya tidak kurang tujuh puluh ribu orang.

Tetapi,apabila Kota Jerussalem ditawan oleh tentera Islam pada 15 Oktober 1187,berlaku sebaliknya.Salahudin Ayubi memerintahkan tentera Islam memberi layanan yang baik kepada tawanan.Tidak ada seorang pun penduduk Kristian di Kota Jerussalem yang dibunuh ataupun dianiaya.Sebaliknya penduduk Kristian termasuklah tentera Salib dibenarkan meninggalkan Kota Jerussalem dengan membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.

Selepas berjaya menawan Kota Jerussalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera Salib,Salahudin Ayubi kembali ke Damsyik.Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera Salib namun beliau tetap memilih hidup yang sederhana.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit.Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar, 598 bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik,Syria.

Psikologik:Mengenal diri sendiri


salam…

atas permintaan ramai maka ruangan ini diwujudkan untuk mereka yang ingin mencari-cari identiti diri.

dalam entri kali ini,kita akn belajar untuk mengenal diri sendiri.

jAwab soalan di bawah dengan teliti.

1)Anda merupakan seorang…

Pelajar-soalan 2            bekerja-soalan 3                  Pencen-soalan 3            Pemalas-soalan 2

2)sebagai seorang manusia,anda gemarkan hiburan..??

ya-soalan 4                     tidak-soalan 5

3)Anda sudah berkahwin..??

Belum-soalan 2                    Ya-soalan 5               bakal berkahwin tahun ini-soalan 6

4)anda gemarkan kanak2..??

tidak-soalan 6                  ya-soalan 5                 saya benci-soalan 8

5)kegemaran anda…

a)barang berteknologi-soalan 7

b)barang antik-soalan 8

c)haiwan-soalan 6

next;

6)anda seorang yang periang tetapi anda bertanggungjawab.Anda seorang matang yang terperangkap dalam jiwa kanak2(kiwa riang)..Anda gemar diberi tugasan untuk membuktikan anda boleh melakukan apa saja.Anda merupakan seorang yang optimistik.Anda gemarkan kehidupan yang ringkas tetapi lengkap..

7)anda seorang yang kuat BERANGAN-ANGAN..!! anda seorang yang relax,kool dan berlagak macho..jadi anda diminati ramai..Namun,di sebalik sikap kool anda,anda sebenarnya seorang pemalu..anda juga bersikap bertangguh.fikiran anda sukar untuk diterjemahkan..Anda merasakan seolah2 dunia mengongkong anda...

8)Anda seorang yang kurang bersosial bermakna anda gemar menyendiri.anda seorang yang panas baran tetapi cepat sejuk.Kadang2,anda suka berdendam.anda sukakan keselesaan dan anda inginkan sesuatu yang istimewa.Fikiran anda sangat sukar diterjemahkan kerana anda seorang yang kuat berahsia…Anda mula mencari kawan sejati yang sedia sehidup semati dengan awak…
.

Betul atau tidak…???