Category: error in world


Mimbar jumaat akan membangkitkan tiga persoalan utama untuk sama-sama kita koreksi diri, bermuhasabah. Adakah kita telah berjaya membentuk diri mengikut acuan islam yang sebenarnya? Adakah kita adalah generasi yang akan menggerakkan kemenangan islam? Fikirkan!

Ayuh, kita renungi diri sendiri!

Persoalan pertama. Lihatlah sekeliling kita. Bukalah mata seluas-luasnya. Lihatlah masyarakat islam pada hari ini. Apabila cara hidup tidak berimejkan Islam. Hidup berpaksikan nafsu. Maka lihatlah apabila kita merelakan sahaja mata menatapi lelaki dan perempuan galak berpegangan tangan tanpa segan dan silu. Apabila bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata hingga menjadi santapan dan juadah percuma buat binatang-binatang liar di jalanan.

Adakah kita telah berjaya membentuk diri mengikut acuan islam yang sebenarnya? Adakah kita adalah generasi yang akan menggerakkan kemenangan islam? Jawapannya, tidak!

 

Persoalan kedua. Lihatlah keluarga kita. Apabila kakak, adik perempuan bahkan ibu kita sekalipun tanpa segan dan silu seronok menayangkan mahkota perempuannya. Hebat bergaya dengan baju ketat, sendat dan padat hatta seolah-olah hukum Allah menghalalkan segala. Lihat pula pada ayah, abang dan adik lelaki giat menghadirkan diri di rumah-rumah judi, maksiat seolah-olah hukum Allah menghalalkan segala-galanya. Yang halal kita haramkan, yang haram kita halalkan.

Adakah kita telah berjaya membentuk diri mengikut acuan islam yang sebenarnya? Adakah kita adalah generasi yang akan menggerakkan kemenangan islam? Jawapannya, tidak!

 

Persoalan ketiga. Ayuh kita muhasabah, merenung kesalahan diri sendiri. Apabila kita sering meninggalkan perintah Allah yakni solat fardhu tanpa sebarang rasa bersalah. Ada di antara kita yang sengaja menyibukkan diri dengan urusan dunia setiap kali azan berkumandang. Ada di antara kita yang sengaja melewat-lewatkan solat hingga ia berlalu begitu saja. Bahkan ada di antara kita bangga mengakui , “akulah insan yang berani melanggar perintah Allah. Adakah Allah berani menghukumku?”

Sedangkan kita tidak menyedari, janji Allah itu pasti. Kita pasti akan dibalas dengan setiap perbuatan kita, walaupun sekecil zarah.

Adakah kita telah berjaya membentuk diri mengikut acuan islam yang sebenarnya? Adakah kita adalah generasi yang akan menggerakkan kemenangan islam? Jawapannya, tidak!

 

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Ayuh, kita kembali bermuhasabah. Melihat kesalahan diri sendiri. Usah kita tuding jari menuduh orang lain yang menyebabkan kita bersikap begini. Siapa yang mencorak diri kalau bukan diri sendiri? Ayuh, kita kembali pada Ilahi, jadikan Rasullullah ikutan diri.

 

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran : ayat 31

 

Maksudnya, :”Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Tanyakan pada diri sendiri, siapakah yang telah kita jadikan sebagai role model kita selama ini? Adakah Rasullullah? Kita dusta. Buktinya, kita agungkan cara kehidupan barat bahkan jika mereka masuk ke lubang najis sekalipun kita akan turut ikut ke dalamnya. Di mana bukti kita mengikuti cara kehidupan Rasullullah? Di mana buktinya? Tiada!

Lihatlah dunia, lihatlah keluarga dan lihatlah diri sendiri. Apakah pada diri kita ini terkandung secebis sunnah rasullullah yang telah kita praktikan selama ini. Adakah benar kita menjadikan rasullullah sebagai ikutan kita? Adakah kita sekadar mengatakan “akulah pecinta Muhammad yang paling setia!” sedangkan diri bermalas di dalam melaksanakan hukum agama, tidak mahu menyebarkan agama islam bahkan tega menentang hukum Allah.

Bayangkanlah, seandainya Rasullullah datang dan duduk di sebelah kita, lalu baginda bertanya. “Apakah yang telah engkau lakukan demi Islam wahai saudaraku?”

Maka, katakanlah.”Ya Rasullullah, sesungguhnya aku telah gagal menghidupkan ajaranmu di muka bumi ini. Aku telah gagal menghidupkan sunnahmu di dunia ini. Apakah aku layak berdamping denganmu di syurga nanti?”

 

Sidang jumaat yang dicintai Rasullullah SAW.

Bangkitlah generasi islam. Bangunlah dari tidur dan gerakkan dirimu demi kemenangan islam. Tinggalkanlah segala perkara yang akan membuat kita terlupa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kemenangan Islam itu pasti akan datang dan kita lah yang akan menjadi penggerak ke arah kemenangan Islam.

Semoga Allah terus bersama kita. Semoga kita terus istiqamah menjadikan Rasullullah sebagai panduan hidup kita!

 

Assalamualaikum dan salam cinta buat anda pembaca sekalian..

Dengan nama Allah, semoga pena ini menjadi lebih baik dari semalam.

Latar Masa : tahun 2003

Mata meliar mencari kelibat Aiman. Aiman merupakan adikku yang ketiga.  Aku dan dia bermain kejar-kejar di kawasan masjid itu sementara menanti  azan solat isyak. Kami berada di masjid sejak waktu maghrib lagi. Sudah menjadi fitrah kanak-kanak kecil yang mahukan keriangan. Aku ternampak kelibat Aiman memasuki pintu masjid, pantas aku berlari mengejarnya sambil melintasi kawasan utama dewan solat di masjid.

Kelihatan seorang tua sedang membaca Al Quran di satu sudut masjid. Tatkala dia melihat aku berlari di dalam kawasan masjid, maka dia memarahi aku.

“Apa  lari-lari dalam kawasan masjid ni? Pergi main jauh-jauh!” Jerkahnya di khalayak. Semua mata tertumpu pada aku dengan pandangan yang menyakitkan.

Kemarahannya itu buat aku terasa pedih. Aku lalu mogok sendiri,pantas aku pulang ke rumah. Niat hendak mengerjakan solat Isyak berjemaah di masjid itu langsung terbatal. Padan muka aku,tak dapat pahala solat berjemaah.

Sejak itu, aku tak pernah singgah untuk solat berjemaah di situ. Jika solat Jumaat sekalipun,aku sanggup bersusah ke kampung sebelah untuk solat  Jumaat kerana aku masih terasa pedih dimarahi orang tua tersebut.

Empat tahun berlalu (2007). Aku pulang bercuti. Aku sebagai pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri pulang bermalam di rumah sendiri. Kebiasaannya,petang itu aku beriadah bersama adik-adik di kawasan lapang di hadapan rumah. Azan maghrib menjadi wisel penamat permainan kami. Tatkala azan berkumandang,tergerak hati untuk solat maghrib berjemaah di  masjid itu,yang sudah lama tidak menerima kunjunganku.

Usai solat maghrib, aku memandang sekeliling. Jemaah hari ini terdiri daripada generasi tua , remaja dan generasi kecil. Tiba-tiba,mataku terpandang orang tua itu. Dialah orang tua yang memarahiku empat tahun lalu. Saat ini,dia juga melakukan perkara yang sama, iaitu memarahi anak kecil yang berlari di dalam masjid lagi. Apakah perkara sama akan berulang kembali?

Empat tahun berlalu lagi (2011). Aku kini sudah bergelar siswa,penuntut Diploma Perakaunan di Institut pengajian tempatan.

Seperti kebiasaan,aku singgah untuk solat isyak berjemaah di masjid. Untuk pengetahuan semua, pahala solat isyak berjemaah sama seperti mengerjakan solat malam separuh malam berdasarkan sebuah hadis. Manakala pahala solat subuh berjemaah pula bersamaan mengerjakan solat malam sepanjang malam berdasarkan hadis yang sama. Selain itu,aku juga ingin memohon kunci dewan untuk program  yang akan diadakan tak lama lagi. Seusai solat Isyak,aku pergi untuk bertemu imam masjid.

Aku melihat setiausaha masjid sedang berbincang sesuatu dengan imam masjid. Rupanya,mereka berbincang tentang program yang akan dikendalikan aku bersama beberapa orang fasilitator tak lama lagi. Berlaku diskusi ringkas bahawa mereka tidak membenarkan peserta perempuan untuk tidur di masjid. Aduss,aku rasa macam nak menangis! Tinggal tiga hari lagi,tiba-tiba baru nak buat perubahan!

“Saya takut nanti mereka (merujuk kepada peserta) buat bising di masjid. Budak-budak lagi kan. Takut kamu susah nak urus la.” Kata Pengerusi masjid merangkap imam.

“Lagipun,tak ada ke ustaz-ustaz atau penceramah yang tolong urus program ni?” tambahnya.

“Tak ada,sebab kami sendiri pun tak cukup bajet. Jadi,takutlah kalau ustaz-ustaz yang dijemput kenakan caj. Jangan risau,saya pernah buat kem ini sebelum ini dan saya yakin, ianya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.”  Terang aku panjang lebar.

“Saya takut peserta nanti ada yang  tidur di dalam tempat solat nanti,karpet kena air liur basi. Najis tu.” Kata pengerusi masjid.

Tiba-tiba,muazzin masjid datang menyampuk dengan nada menyindir,”Budak-budak zaman sekarang.”

Muazzin masjid mengulangi perkataan keramat ‘budak-budak zaman sekarang’ beberapa kali.  Aku cuba untuk bersabar demi meneruskan perbincangan dan akhirnya perbincangan itu berakhir dengan baik.

Persoalan yang ingin aku bangkitkan ialah, APA MASALAHNYA DENGAN BUDAK ZAMAN SEKARANG?

Apakah budak zaman sekarang mempunyai akhlak yang sangat teruk sehingga tidak layak untuk menjejak ke masjid/surau/musolla?
Aduss.. tolonglah..!

Fakta tentang budak zaman sekarang.

Kami berfikiran terbuka dan moden,tetapi kami tidak abaikan Islam

Sejujurnya,zaman kami dan anda mungkin berbeza. Kami dibesarkan di dalam zaman internet dan kami didedahkan dengan pelbagai pemikiran yang mungkin membuatkan tahap pemikiran kita mungkin berbeza. Walaupun kami berfikiran moden dan terbuka,itu tidak bermakna kami tidak mengambil berat tentang Islam. Kami juga mengambil berat tentang islam kerana kami mahukan kejayaan untuk Islam. Rasullullah pernah bersabda “Islam itu pasti akan menang.” Maka kita lah yang akan mencipta kemenangan buat Islam. Kita akan berganding bahu untuk mencipta kejayaan itu. Jadi tolonglah,tolonglah terima perbezaan pendapat antara kita. Jangan terus menghentam idea kami seolah-olah kami ini generasi yang mementingkan hal ehwal duniawi sahaja.

 

Idea kami adalah idea transformasi.

Kami generasi muda mahu melakukan transformasi. Transformasi yang dimaksudkan bukanlah dari segi cara beribadat tetapi kami mahu melakukan transformasi dari aspek pemikiran. Haruslah difahami peranan masjid yang sebenarnya. Masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat beribadah sahaja, malah masjid dapat memainkan pelbagai fungsi yang saya kira dapat memberi manfaat yang banyak kepada ummah. Misalnya,masjid dapat digunakan sebagai sebagai tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Misalnya, AJK masjid dapat mengambil alternatif dengan menubuhkan kelas matematik, kelas sejarah, kelas sains di masjid. Pelbagai alternantif harus diambil dan difikirkan untuk menarik orang ramai ke masjid. Saya memuji cara yang diambil oleh sebuah masjid di negeri Kedah yang menganjurkan aktiviti beriadah bersama ahli kariah selepas solat Subuh. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah tetapi juga menggalakkan masyarakat untuk mengimarahkan masjid. Ingatlah,masjid bukan sekadar tempat ibadah!

 

Kami mahu melahirkan generasi mesra masjid, bukan generasi anti masjid.

Anda pergilah ke mana-mana masjid sekalipun di Malaysia ini. Setiap kali tibanya waktu solat, jemaah yang hadir adalah imam masjid, setiausaha masjid dan  beberapa orang ahli masjid yang memang sudah berumur. Definisi berumur ini saya takrifkan sebagai generasi yang berusia 40 an hingga 50 an. Jadi, di mana hilangnya generasi muda ini? Di mana hilangnya mereka?  Apa usaha yang diambil oleh pihak masjid untuk mendekati golongan ini? Tiada! Tetapi,jika diteliti setiap masjid pastinya mempunyai biro tersendiri. Misalnya, di setiap masjid ada Biro Pendidikan, Biro Pemuda , Biro Dakwah dan sebagainya. Apakah peranan biro-biro yang ditubuhkan ini? Adakah sekadar memenuhi tempat kosong yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam ? Jika begitu,bermewahlah dengan jawatan tersebut dan jika di akhirat  Allah bertanya apa jasamu kepada ummah dengan jawatan yang diberi kepadamu? Maka menangislah kerana kamu tidak melakukan barang  sesuatu pun untuk ummah!!

Justeru,laksanakanlah pendekatan bermanfaat yang akan menggalakkan masyarakat untuk  mencintai masjid,bukan membenci masjid. Misalnya,anjurkan kem-kem selama tiga hari dan dua malam di masjid, menganjurkan pertandingan futsal di kalangan belia, menganjurkan pertandingan tilawah Al Quran, mengalunkan azan dan bernasyid. Malah, banyak lagi aktiviti yang dapat kita laksanakan. Berfikir di luar kebiasaan!!

Bukan semua kaca itu selamanya kaca.

Kaca yang pecah,sering kita buang. Sedangkan kaca yang pecah itu dapat dikitar semula. Parang yang tumpul jika diasah akan semakin tajam.  Ini adalah satu falsafah bahawa manusia memerlukan masa untuk memperbaiki diri dan apabila ada yang ingin berubah ke arah kebenaran. Berilah peluang dan jangan kita pula yang menghentam dia. Misalnya,masyarakat melayu mempunyai sikap yang mengjengkelkan terhadap individu seperti ini. Apabila seseorang yang dahulunya tidak pernah solat sepanjang hidupnya, dan tiba-tiba hari ini, beliau ke masjid. Pandangan pertama yang akan dilemparkan ialah “Eh,dah dapat hidayah ke bang?”

Jadi,bagaimana kita mahu menciptakan kegemilangan islam jika insan yang mahu berubah kita perli dan kita sindir? Adus, tolonglah ubah pemikiran kita!   Bukan semua kaca yang pecah itu selamanya tidak berguna! Dan tolong jangan berpandangan bahawa kita lebih baik dari dia! Kerana itu beerti kita sudah sombong dengan Allah! Takbur dengan diri sendiri!

Artikel ini tidak pernah berniat hendak mengaibkan sesiapa, tetapi untuk memberi peluang untuk kita sama-sama muhasabah diri. Aku tahu,cetusan pemikiran ini tidak akan sampai dibaca oleh mana-mana AJK masjid sekalipun. Namun,jika anda yang membaca artikel ini, mungkin aku dan anda akan ditakdirkan terpilih untuk memegang amanah Allah sebagai AJK masjid. Maka ingatlah kepada artikel ini. Terimalah perubahan yang dicetuskan oleh generasi muda dan janganlah merasa diri kita lebih baik.

Ingat beberapa fakta :

i.            Transformasi politik di Mesir dicetuskan oleh generasi muda, bukan generasi muda.

ii.            Kegemilangan Islam sejak zaman dahulu kala, dicetuskan oleh generasi muda. Misalnya Sultan Muhammad Al Fateh berjaya membebaskan Kota Konstantinopel pada usia 20 an. Bahkan Sultan Salahuddin Al Ayubi juga merupakan seorang remaja sewaktu memerintah Mesir.

Renungkan :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ; ‘kami telah beriman.’ Sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang yang dusta.”

QS Al Ankabut : 2-3

Peringatan buat diri

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

 

Salam alaik.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah.Moga kalam ini menjadi yang lebih baik untuk ummah.

HALUAN : Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

“anta ada tak mana-mana pak cik yang boleh bagi ceramah untuk maulidur rasul ini.Kolej ana nak buat sambutan Maulidur Rasul,so nak minta-minta pak cik-pak cik untuk ambil slot itu.

Masihku ingat mesej yang kuhantar kepada Abang Hafiz Zainal,yang kukenali saat berkampung di Ulu Tiram sempena Kem Identiti Muslim. Tujuanku saat itu mudah,nak memperkenalkan HALUAN di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Alhamdullillah,HALUAN sudah dikenali di kolej aku dengan tiga program kerjasama dengan pihak HALUAN,iaitu,:

  • Kem Kepimpinan Naqib/Naqibah di Nasuha Herbs Paradise.
  • Kem Identiti Muslim di Ulu Tiram Indah Village.
  • Ceramah Maulidur Rasul

 

Semalam,Timbalan Presiden I,Haluan Johor,En Mahmed Kardi datang ke kolej aku sempena Sambutan Maulidur Rasul.Seusai sebelum mereka berangkat pulang,salah seorang sahabat memberitahu bahawa artikel ini (Klik) ini telah ditemui oleh SURF. Artikel ini mencapai rating 79 bacaan dalam masa satu hari. Wow,hari ini dalam sejarah!  Tak pasti SURF tu singkatan apa,namun yang pasti ada term sekrektiat (betul tak ejaan?).Lalu,mereka takut-takut sama ada program yang ingin dilaksanakan ini akan membawa efek yang negatif.  Lalu,pastilah aku bahawa  risiko kemungkinan kem yang akan aku laksanakan berkemungkinan membawa efek yang negatif kerana aku membawa jenama KMK.Astaghfirullah.Ampunkan aku,

 

Pagi ini,saat sedang menyiapkan kerja Financial Accounting  4 yang terbengkalai semalam,telefonku berdering. Rupanya,sepupuku, Firdaus Hashim yang kukasihi memanggil. Dia yang lebih selesa ku panggil dengan panggilan abang (kerana pangkatnya yang lebih tua.) juga menegurku dengan perkara yang sama. Lalu,aku konklusikan,untuk mengelak pelbagai salah faham,rasanya aku akan kembali dengan jenama program ini, Kem Remaja Rabbani.

logo KRR. baru belajar guna specialized software

Maaf : atas salah faham

Lalu,di dalam entri ini.aku ingin memohon maaf. Maaf pada semua kerana telah menyusahkan kalian. Maaf sangat-sangat.insyaAllah,aku  tidak akan menggunakan jenama KMK. Maaf sangat-sangat.

Rasa bersalah di hati ini tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata dan kalam di laman ini.maaf sangat!

 

 

Penjenamaan Semula

Sebelum ini,aku pernah menjadi guru sementara (guru tuisyen) di bawah jenama sendiri,Jihad Network TC di samping menerbitkan beberapa makalah di bawah jenama ini semasa Palestine hangat diratah Israel.  Lalu,faham-fahamlah,susah untuk kita bergerak di bawah jenama “Jihad” ini kerana fahaman dan kuasa politik yang memaksa aku untuk mencari jenama baru bagi menggantikan Jihad Network TC. tambahan pula,persepsi non muslim terhadap islam sebagai agama teroris.

“Kami boleh buat program ini,tapi term jihad ini tukarlah ye. Awak pun kena faham,kuasa politik di Malaysia ni macam-macam.”

Aku mengangguk saja,mengerti  kerana walaupun minda muda aku ini dihalang dengan tembok besar cina sekalipun. Hatta segala maklumat pun aku tahu( tak semua ye).Adui!!

Saat ini,aku tambah bersemangat bila diterangkan oleh seorang pendidik tentang kebobrokan kepimpinan Malaysia ini. Azamku,jika aku menjadi Perdana Menteri Malaysia.Aku akan rangka sistem pemerintahan berteraskan islam. Berdasarkan apa yang Rasul Allah laksanakan. Sekarang pun tengah buat bacaan ilmiah tentang sistem  dan teknik pemerintahan Rasullullah..Doakan aku ya kalian.

 

Akhir kalam.

Maafkan aku kalian..

maaf sangat-sangat..   ;(

salam…

setelah penat bekerja.
xpenat pon sebenanye..
dok standby je..
aku pon terus capai helmet xde visor kawan aku punya..
pastu stat moto..
aritu aku rs x sedap ati pulak..knapa entah..
x pa,aku pon cam biasa ..baca doa..bismillah..
a’uzubikalimaatillaahittammatiminsyarrimashona’t…

masuk gear satu..gear 2..3..4..
time tu baru lepas hujan..tgh gerimis je…
mmg purata aku bawak moto kat sini agak laju..
sbb takut jem kat checkpoint Tuas..

kat satu junction,aku kluar dgn laju d belakang sbuah lori..
mulut aku masih trkumat kamit mmbaca doa..(sbb x sedap hati)
xsemena2..lori tu brek..
atok die…isy..moto aku..
brek blakang x de..brek depan je..
tayar moto aku jadi licin disebabkan hujan…xpa..aku lepas brek..lepas..brek balik..tp
x sempat bro…
apa laga…tersembam la aku..
nk elak lori kontainer punya pasal…
lori tu terus bergerak..
tanpa menghiraukan aku yg terkapai2 d tpi jalan..
tp sbenanye aku smpat lompat dr moto tu..jd moto je la tersembam d bahu jalan…
aku ada la luka sikit..
seb bek x de org…
x de sgan sgt..

lpas tu aku angkat moto…
moto x leh stat…tmpat letk kaki bengkok truk mnyusahkan aku nk masuk clutch..
box moto patah…
hmm..
aku lap2 lumpur kat overall baru ni..
lutut koyak…
aku pon duduk kjap kat tepi jln..
tenangkan jiwa…
dok terfikir…
hmmm…
“ai..baca doa pun accident gak???..”
termenung kjap aku kat bahu jln tu…
pastu tetibe datang cetusan murni kat fikiran aku..
“der..lu..kalau x baca doa lagi teruk gua rasa”…
Alhamdulillah..tercetus tetibe kat bibir aku…

balik la aku lpas tu….
seb bek clutch moto tu elok time nk balik..
nak masuk gear 1 baca basmallah..nk masuk gear lagi baca lagi…dlm hati aku time tu..

“Ya Allah,kalau ENGKAU x tolong aku time ni ..sape lg nk tolong..tolong la Ya Allah..dah la hambaMU ini kat negera orang..x biasa lg..Ya Allah…ENGAKU saje la yg aku harap..haduuu…”…

haaa..amek kao ..baru terkapai meminta bantuan Allah…
esok x pegi keje..
buat excuse/…
huhu..

nak crita…
>ada ‘akal fikir..
>sntiasa berbaik sangka trhadap Allah…
>Allah maha Penyayang…salah satu cara DIA nk hapuskan dosa kita ialah dgn bg musibah…layan je musibah tu…
>ko sentiasa percaya dan yakin dan berharap dgn bantuan Allah..
>sntiasa kontrol cool walaupon apa yg blaku…
>yakin Allah mndengar sgala permohonan ko…tapi kalo kite banyak buat maksiat akan hilang sifat kebergantungan terhadap Allah tu..

aku nk kongsi sesuatu hari ni..
“banyak usha pompuan bukan mahram akan menghilangkan kemanisan ber’ibadah”
x pcaya..ko try ah…

Wallahua’lam..
=)

Sumber sahabt NAim

 

Cara muhasabah diri

assaalam alaik..

alhamdullillah,Allah bagi ana kelebihan untuk ana nukilkan dua pos terbaru pada malam yang sama.Syukur-syukur..!!!!

Sahabat yang dirahmati Allah,

InsyaAllah,dalam entri kali ini.Ana temui cara untuk kita muhasabah diri kita di samping mempelajari cara untuk menguruskan masa dengan bijak.InsyaAllah,maka kita mulakan bicara kita ya.

Mari duduk depan Syafiq,kita mulakan langkahnya,..

Okey,sila ikut langkahnya ya..Tapi,sebelum itu,sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini.Bahan-bahannya ialah

  1. Sehelai kertas A4 yang putih bersih.
  2. sebatang pen berwarna biru atau hitam berjenama Stabillo.
  3. Minda yang bersih.

Langkah-langkahnya..

  1. Lipat kertas A4 itu dan bahagikannya kepada tiga bahagian.
  2. tuliskan perkataan Pagi, Tengah Hari dan Malam di setiap bahagian.
  3. catatkan aktiviti harian anda bermula saat anda bangun pagi hingga anda tidur di setiap bahagian Pagi, Tengah Hari dan Malam tetapi di dalam bentuk lukisan dan BUKANNYA tulisan.
  4. BErmaksud,lukiskan aktiviti harian anda..
  5. di setiap lukisan anda,catatkan masa yang diambil untuk menyempurnakan aktiviti itu.Misalnya,anda mengambil masa dua jam untuk menggosok gigi.JAdi,tuliskan DUA jam diperlukan untuk menggosok gigi.
  6. Buat sehingga siap.pastikan waktu anda tidak melebihi 24 jam.

Akhirnya,sampailah ke masa rumusan..

cuba anda renungkan lukisan anda dan jawablah soalan berikut..

  • Berapakah kali anda mandi sehari..?
  • berapa lamakah masa yang diambil oleh anda untuk tidur?
  • berapa lamakah waktu anda berFacebook..?
  • berapa lamakah waktu anda solat fardhu..?
  • Berapa jam waktu diperuntukkan untuk anda berangan-angan dan lepak-lepak..?
  • Dalam 24 jam,berapa lamakah waktu yang diperuntukkan untuk anda mengingati Allah?

Sahabatku,renungkanlah terjemahan surah Al Asr..

(1)Demi masa,

(2)Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.

(3)Kecuali orang beriman dan orang yang beramal  soleh,saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.

 


Masa yang berlalu

alhamdullillah.Segala puji dan syukur kerana Allah masih lagi memberi saya peluang untuk menulis.Saat ini,jam sudah menghampiri 1.24 a.m..Sudah menjadi tabiatku agaknya. dapat berjaga hingga pukul tiga,jadi burung hantu la pulak.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

di saat ini,manusia mencari sesuatu yang dikatakan kebahagian.Apakah itu kebahagiaan?Adakah ia terletak pada banyaknya wang atau cantiknya isteri?Mungkin kebahagiaan itu terkandung di dalam betapa besarnya rumah seseorang itu. Lantas,mahukah anda jika saya ajak anda mencari erti kebahagiaan yang sebenarnya?

Kebahagiaan itu mempunyai elemen-elemen yang cukup luas untuk dihuraikan satu persatu. Namun,suatu kepastian bahawa insyaAllah saya ingin mengajak anda untuk mencari kebahagiaan yang abadi.Di manakah letaknya kebahagiaan yang saya maksudkan itu?Jawapannya tiada di dunia ini,namun terletak nun jauh di sana iaitu di jannah yakni syurga.Alhamdullillah.

Tapi,mengapakah kita yang mendakwa bahawa kita mencari kebahagiaan yang abadi namun masih menyibukkan diri mengejar dunia yang bersifat sementara ini.Adakah solusinya dapat dicapai dengan mengumpul seberapa ramai isteri cantik atau harta yang tidak terkira jumlahnya?

Sahabat,

masa kini kian pergi meninggalkan kita. Masa yang telah berputar tidak mampu kita kembalikan biarpun ditawar harga berpuluh juta ringgit. Harganya hanyalah amal.InsyaAllah,semoga Allah merahmati kita.

Jadi,jom kita solat..?

Salam alaik.

Sudah lama aku tidak menulis.Saat ini,aktiviti regangan tangan sudah dilakukan bagi mengaktifkan kembali jemari yang sudah mati.Ya,aku sudah mencapai ke tahap maksimum dalam acara penulisan.

Minggu ini sememangnya amt sibuk.Aku bagaikan soldadu yang bersemangat untuk berperang namun musuh terlalu banyak hingga aku tidak berkesempatan untuk menyedut nafas walau sesaat.Assignment minggu ini amat banyak untuk dihabiskan kerana sikap manusia bernama Syafiq yang suka bertangguh.

Minggu ini,

  1. Aku akan menyibukkan diri dengan Minggu Bahasa yang akan diadakan di Kolej aku dan aku DIPAKSA menjadi urussetia.PEnat woo!
  2. Assignment Pengajian Islam yang perlu disiapkan.
  3. Hutang assigment Financial Accounting 3 yang berjudul HIre-Purchase
  4. Penyempurnaan kerja pengucapan awam versi pujuk memujuk yang bertajuk Be Yourself
  5. Minta bajet dari ahli Parlimen PAngerang,Azalina…

dan kerja-kerja yang membuatkan aku rasa malas.

Aduh!!!!!!!!!

Masa yang ada tidak cukup untuk aku selesaikan kerja yang banyak.

kata-kata hikmah

Selamatkan diri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada semua yang masih sudi menikmati tulisan saya seadanya, terimalah coretan buat peringatan bersama… SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di sebuah masjid di Putrajaya baru-baru ini. Sele¬pas itu beliau terus membacakan hadis yang menjadi sandaran hujahnya itu dengan begitu lancar dan fasih.

Pada hari esoknya, saya menyemak hadis itu dengan bantuan seseorang yang sangat saya hormati kepakarannya. Beliau dengan segera memberikan nombor rujukan hadis itu dan sumbernya. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’

“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki ke¬kurangan akal dan agama yang dapat meng¬hilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’

“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)

Oleh sebab itu, setiap suami yang men¬cintai isterinya pasti berasa bimbang de¬ngan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.

Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami… Itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh.

Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah. Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.

Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiyah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun. Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka si isteri jadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.

Lunak Berbahasa
Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga. Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” dan kasih. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isi¬nya kebenaran dan kebaikan.

Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan yang hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit tersilap, boleh menjadi punca ke¬marahan yang berjela-jela dan sukar direda¬kan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”. Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak mem¬besarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita. Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat. Mengapa? Dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.

Selamatkan Isterimu
Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Se¬lain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu. Dan yang paling penting bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan me¬mendam rasa tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.

Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan. Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.

Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai ke¬susahan isterinya yang keletihan mengurus¬kan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuh¬nya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tem¬pat dia lalu! Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!

Jadi didiklah para isteri agar selalu dan sering bersedekah. Bersedekah itu bukan sahaja dengan harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa dan tenaga ataupun sekadar memberi senyuman. Itu ialah saranan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri untuk tidak tergolong dalam gerombolan majoriti wanita yang akan dihumban ke neraka. Carilah ruang dan peluang untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, kaum kerabat, mentua, saudara dan lain-lain anggota masyarakat.

Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.

Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka. Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Sikap kita

Assalam alaykum..

Perjalanan dari  selatan ke utara benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.Minda psikologi aku benar teruji. Namun, bersabarlah,kata hatiku menyedapkan rasa.jenuh juga kembara sebagai anak perantau ni.Tapi,aku harus redha.Inilah kembara aku demi kejayaan.Kembara untuk sebuah kekuatan.Kembara hidup sebuah perjalanan.ChewaaH!!

Sudah lama aku tidak menatap lappy.Lappy..?(nama manja untuk Compaq Presario CQ42) yang dihadiahkan sempena hari keluarnya aku menatap dunia ini.

InsyaAllah.Dalam entry kali ini.Aku jadi suka untuk bercerita.Cerita yang bakal aku ceritakan ini amat membosankan,jadi amaran kepada yang cepat boring. Jangan dengar!!!!

Adapun di zaman yang tidak diketahui masanya. Terdapat seorang raja yang bijak.Kebijakkannya bukanlah kerana dia memang bijak,namun kerana anugerah Allah padanya sebagai seorang yang akan memerintah dunia.Bukankah manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah?

Pada suatu hari, sang raja ingin menguji sikap rakyatnya.Maka arahan telah dikeluarkan dan diumumkan ke serata negeri.Biduanda dan hulubalang  telah diarahkan untuk membuat pengumuman itu. Malah,laksamana Hang Malang dan Bendahara Tun Gangsa telah dikerah oleh oleh Baginda raja untuk membuat pengumuman tersebut.

Poster,announcement berasaskan suara dan pelbagai cara telah digunakan oleh para pegawai baginda untuk memastikan arahan baginda sampai ke telinga rakyat.pastinya pembaca tertanya apakah arahan tersebut.Arakian,berikut ialah arahan baginda.

Semua rakyat diwajibkan untuk menuang segelas madu asli ke dalam tempayan gergasi yang terletak di hadapan istana pada malam ke tujuh selepas pengumuman ini yakni 12 Disember 2030.

Arakian,sehari sebelum hari yang dinantikan. Ada seorang pemuda yang bernama Mat Kacau.Apabila dia menerima arahan tersebut,maka dia pun berfikir.

“Segelas madu hanyalah berharga 20 sen.Aduhai,mahal tu!!lebih baik aku tuang segelas air kosong.Segelas air kosong takkan beri efek sangat kat madu yang banyak.”

Maka,tibalah hari yang dijanjikan.Pada malam itu,rakyat berduyun-duyun menuang segelas madu ke dalam tempayan gergasi.

Esoknya, Raja amat terkjut kerana tempayan itu berisi air,bukannya madu.Mengertilah raja akan sikap rakyatnya. Wallahualam…

Moral of the story..

  1. Taat pada perintah pemerintah selagi tidak bertentangan dengan agama Islam.
  2. Jangan cuba nak ngelat..!
  3. Sikap manusia yang suka ambil mudah.
  4. Dan beberapa pengajaran yang tak dapat aku tafsirkan.Komen lah kat bawah ye..
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers