Category: cerpen


Bila lelaki dan perempuan berpelukan

Bab 16

Mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab kita, ia tidak terbeban pada seseorang individu atau komuniti tetapi ianya tanggungjawab seseorang yang bergelar muslim.

Tidak banyak kereta memenuhi jalan raya di kampung itu.  Sawah padi yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan menyejukkan mata yang memandang. Anak muda yang merantau ke kota atau bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru mahupun Ipoh yang pulang ke kampung halaman pastinya tersenyum ceria tatkala dapat menikmati suasana kampung yang mempunyai udara yang segar dan menginsafkan jiwa yang mahu menikmati kebesaran Pencipta.

Pohon melambai seolah-olah merestui kehadiran mereka ke situ.

Masa terasa begitu lambat berlalu. Perjalanan ke Bukit Ayer yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan mengambil masa 1 jam, 15 minit lebih lewat dari waktu yang sepatutnya.

Syafiq merenung jam di tangannya. Jarum jam semakin menghampiri angka 12. Lagu Satu Hati yang didendangkan La Khauf berputar di stesen radio Hot.fm.

Bilakah lagi kita semua satu hati,

Bilakah lagi keamanan kan dikecapi,

Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,

Bangunlah wahai ummah, kita satu hati.

 

Marilah bersama bersatu berjihad menentang kezaliman,

Oh insan sedarlah, pembalasan tuhan pasti akan datang,

Syafiq memejamkan matanya, cuba mengikut rentak lagu itu. Mulutnya terkumat kamit, tanpa suara.

Afnan dan Razi yang duduk di belakang telah nyenyak tidur, letih menunggu destinasi yang tak kunjung tiba.

Faiz masih lagi tenang memandu. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya ke arah pemanduan keretanya. Sesekali mata memerhati cermin pandang belakang. Dua buah kereta yang turut serta berkonvoi ke Bukit Ayer masih konsisten mengikut dari belakang. Kereta yang dipandu oleh Laili dan Noraini telah meninggalkan mereka jauh ke depan. Lima buah kereta berkonvoi ke Bukit Ayer untuk majlis reunion yang julung kali diadakan.

Kalaulah tidak kerana Faiz yang memujuknya, pasti Syafiq tidak akan menyimpan niat untuk ke majlis pertemuan semula ahli kelas 3 Rancangan Khas 1 itu.

“Alah, pergilah. Hang sorang ja yang tak pergi reunion kali ni. ” Pujuk Faiz. ”Lagipun,rasa tak lengkaplah kalau hang tak ada.”

“Bukan aku tak mau pi, tapi aku ada kerja.” Syafiq memberi alasan.

“Kerja apa? Lagipun, masa hari reunion tu, public holiday tau. ”

Kata-kata Faiz mematikan alasan Syafiq.

“Okeylah.” Syafiq mengangguk perlahan.

Syafiq melemparkan pandangan ke arah sawah padi yang berwarna kuning keemasan. Pandangannya kabur, sayup-sayup kedengaran lagu nyaring berkumandang di corong-corong radio. Mengantuk.

“Afnan dan Syafiq, hang angkat bahan-bahan untuk bbq. Faiz, sediakan air minuman.  Yang lain-lain, tolonglah yang mana perlu.” Asyraf memberikan arahan. Individu yang bertindak sebagai penyelaras majlis reunion itu membahagikan tugas agar program ini berjalan dengan lancar.

Syafiq dan Luqman menghidupkan bara untuk berbabeku.  Mereka menggunakan sabut kelapa dan sedikit arang kayu. Mereka meletakkan ayam berempah, ubi kentang, udang, ketam dan udang lipan di atas semanggang lalu diletakkan di atas bara.

“Syafiq, aku nak pi mandi dulu. Hang boleh jaga tak?” Luqman meminta izin, setelah melihat teman-teman yang lain mulai turun ke sungai dan air terjun buatan manusia itu. Faiz, Afnan dan Razi telah pun mulai mandi di sungai itu.

Syafiq melemparkan pandangan ke sungai itu, kelihatan ramai anak-anak kecil mandi manda bersama ayah mereka. Ada yang menggunakan pelampung, bermain bola, dan lain-lain. Lelaki dan perempuan, mandi manda bersama-sama. Syafiq ingin mengelakkan perkara itu, bercampuran lelaki dan perempuan di tempat rekreasi.

“Takpa, hang pi mandi dulu. ” Balas Syafiq sambil tersengih. Luqman berlari-lari anak menyertai teman-teman yang lain.

“Ayam tu dah masak ke belum?” Tanya Liyana sambil menunjuk ke arah seketul ayam.

Syafiq memerhati ayam itu.”Dah separuh masak. Hang nak makan separuh masak ke?”

“Ah, tak nak lah. Nanti meragam pulak perut aku kalau makan benda yang tak masak.” Liyana membalas. Acuh tak acuh.

Mereka menanti hidangan barbeku itu masak. Diam. Atmanira turut serta, dengan nafsu makan yang telah terbuka luas untuk menikmati hidangan itu. Teman pelajar perempuan yang lain begitu asyik bersembang tentang masa lalu, sambil menikmati buah tembikai dan mengunyah kacang sebagai kudapan.

Suasana diam, sesekali terdengar gelak ketawa pengunjung lain yang berkelah berdekatan dengan mereka.

“Hang kerja apa, Syafiq?” Liyana membuka topik perbualan. Doktor sakit puan itu  lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Liyana bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah, Jitra.

“Oh, aku kerja cikgu ja.”

Atmanira menyampuk. “Wah, cikgu! Hang mengajar subjek apa? Mesti sejarah kan?”

“Takdelah, aku mengajar bahasa arab.”

“Aik. Bila masa pulak hang ambik bahasa arab?” Tanya Liyana. Dia hairan kerana mereka bukan pelajar kelas rancangan Khas aliran Agama yang memfokuskan penguasaan bahasa arab.

“Tamat SPM, aku ambil kursus Bahasa Arab Intensif di MATRI. Kemudian, habis matrikulasi di Seremban, aku sambung kursus bahasa arab di UIA semasa cuti akhir semester.”

“Kalau tak silap aku, Luqman cakap engkau budak medik. ”

“Aah, tapi aku berhenti waktu semester 5 sebab medik tak sebati dengan jiwa aku.” Balas Syafiq.

“Macam mana dengan Hana Humaira?” Tanya Atmanira, cuba mengorek rahsia kisah lalu Syafiq.

Syafiq cuba sedaya upaya untuk mengelak kisah itu dibangkitkan semula. Pandangan mata dilemparkan ke arah awan yang gelap.“Eh, aku rasa macam nak hujan ja.” Syafiq cuba mengalih topik perbualan.

Jangkaan Syafiq ternyata tepat. Hujan renyai mulai turun. Mereka yang sedang mandi manda di sungai mulai naik ke daratan , berlindung daripada hujan.

Apabila Syafiq memerhatikan keadaan itu, dia pun segera terjun ke sungai itu. Sedang asyik berenang, matanya terpandang seorang lelaki dan perempuan turut serta mandi.

Perempuan yang bertubuh gebu itu bermain air bersama seorang lelaki. Kemesraan yang terpancar daripada perbuatan mereka, jelaslah bahawa mereka merupakan pasangan kekasih.

Selang beberapa minit kemudian, pasangan tadi duduk di tepian. Tangan lelaki yang berbadan sasa mulai melingkari tubuh gadis montok itu. Tangan yang berpaksikan syaitan itu meraba segenap tubuh gadis itu dan gadis itu seolah merelakan perbuatan durjana lelaki tersebut.

“Adalah lebih baik lelaki itu bergomolan dengan babi daripada ia menyentuh tubuh perempuan yang haram baginya.[1]” Bisik hati kecil Syafiq.

Hujan renyai-renyai yang turun menyebabkan air sungai menjadi semakin sejuk. Pasangan tadi berpelukan. Tangan lelaki kian galak meraba tubuh perempuan itu. Dia meraba punggung perempuan tersebut, manakala tangan perempuan dirangkulkan ke leher lelaki itu. Mereka kononnya saling bertukar haba bagi memanaskan badan.

Segera Syafiq teringat Abu Said Al Khudri r.a., berkata “Aku dengar Rasullullah SAW bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya. Tetapi jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Kemungkaran harus dicegah apabila ia berlaku di depan mata. Tapi bagaimana? Otak ligat berfikir, bagaimana dia mahu mencegah kemungkaran itu? Tiada ilham yang datang.

Syafiq hanya mampu melihat dan mencegah dengan hatinya. Ia berazam tidak akan melakukan perbuatan sedemikian. Itulah iman Syafiq yang sangat lemah.

Tidak, aku tidak akan biarkan iman aku dibiarkan dalam keadaan yang lemah! Tegas hatinya.

Syafiq segera berenang melintasi pasangan itu dengan harapan agar mereka berasa malu melakukan kemaksiatan di bumi Allah. Ternyata, syaitan telah menghilangkan rasa malu di dalam jiwa mereka. Mereka masih berpelukan tanpa menghiraukan ribuan mata yang memandang.

Syafiq segera berfikir lagi, pendekatan lain diperlukan untuk menegur pasangan itu. Mungkin aku boleh tegur dengan memarahi mereka kerana berkelakuan seperti monyet yang sedang mengawan. Ya, itulah cara yang terbaik.

Tidak!

Cara itu hanya akan mengeruhkan keadaan. Perkelahian mungkin tercetus antara mereka.

Dakwah perlu dilakukan dengan cara yang paling berhemah. Akhirnya, Allah mengilhamkan sesuatu. Allah yang Maha Bijaksana.

Syafiq berenang menghampiri pasangan itu lalu duduk bersandar di dinding sungai itu. Pasangan itu hanya semeter daripadanya.

Dia diam seketika, cuba menikmati ketenangan.

Syafiq mulai membaca surah Al Isra ayat 32 dengan suara yang lantang. Sengaja dibacanya dengan lantang agar bacaan itu didengari oleh pasangan itu.

Pasangan kekasih itu mulai tak senang duduk. Syaitan yang turut menyertai perbuatan maksiat lari tercirit-cirit apabila mendengar bacaan Al Quran. Tangan lelaki yang galak meraba sudah tidak meraba lagi. Pelukan mereka dilonggarkan.

Lalu Syafiq membaca terjemahan surah Al Isra ayat 32 dengan kuat.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Wajah lelaki dan perempuan itu merah menahan malu. Mereka mulai menjarakkan diri. Malu dengan perbuatan mereka apabila mendengar lantunan ayat-ayat Al Quran. Alhamdullillah, kerana mereka masih mempunyai secebis iman.

Syafiq tersenyum puas. Dia lega kerana berjaya mencegah kemungkaran dengan lidahnya. Teringat firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 104, “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung

Ya Allah, jadikanlah lidah ini suatu kebaikan yang akan membantu aku menyebarkan agama di bumiMu. Hati berdoa.

Mereka pulang pada jam 5 petang. Majlis reunion itu berjalan dengan lancar. Semoga majlis reunion ini mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang terjalin antara mereka.


[1] Ayat ini merupakan antara petikan daripada hadis nabi.

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”. (R. Ibnu Majah)

Selamat Ulang Tahun Ummi !!

 

Untuk Umi… cahaya cinta
Selamat Ulang Tahun

Dari Selatan Malaysia ini,Along sebarkan aroma mewangi Kota Tinggi, di suatu senja sebelum maghrib saat adzan melintas dalam bias-bias warna di corong suara Surau KPMBP hingga redup di hujung senja mensisakan rona jentera keabadian mengiringi gema adzan menutup hari untuk istirehat.

Umi.. seluruh doa saat dari senja hingga akhir malam menanti pagi kembali dengan senyuman yang indah membuka hari. Dalam fikiran ini, Along belajar memahami sejarah yang kita tuliskan pada hari ini dengan cinta untuk memberi warna pada setiap detik hidup. Kerana erti hidup yang sebenarnya ialah bersyukur dengan apa yang ada.

Ummi…hari ini adalah hari kelahiranmu, berulang dalam hitungan tahun menuju kematangan sebuah kedewasaan sikap dan kebijaksanaan sebagai diri, sebagai istri dan sebagai ibu bagi anak-anak. Ulang tahun adalah saat-saat merefleksi diri dari apa yang sudah diperbuat dan diberikan pada kehidupan. Selamat ulang tahun ummi… Semoga Allah memberi manfaat dengan apa yang kita lakukan hingga ke akhir hayat.

 

Kisah manusia L dan manusia P

Di suatu malam depan panggung wayang…

 

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

 

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

 

Mereka pun menuju ke i-City..

 

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

 

Mereka pun tiba di i-City..

 

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

 

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

 

Mereka pun pulang..

 

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

 

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

 

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

 

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

 

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

 

Nobita : ……

 

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

 

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Kredit from Facebuku..

TAzkirah Cerita I.D.K.

renungan untuk hari ini..

Salam cinta buat anda..!!!!

perkara umumnya..

terima kasih kepada mereka yang mengikuti perkembangan laman ini melalui email. buat yang ingin mengikutinya, sila daftarkan email anda di home page dengan mengklik dan tindakan seterusnya anda pun tahu..Heh3..(^^,)

 

Sejak tiga bulan kebelakangan ini,aku sudah jarang meluangkan masa untuk menulis, kerana kesuntukan waktu di dalam merencana kehidupan seharian. Aktivitiku yang terbaru, aku akan menjadi fasilitator untuk Kem Minda Kreatif anjuran HALUAN yang akan diadakan di Bukit Ayer, Perlis Darus SUnnah. Agak teruja di sini kerana pelajar yang menyertai program ini merupakan pelajar yang ada kelas. Terbaik!!! JAdi,kepada mereka yang menyertai KMK  pada tanggal 10 hingga 12 disember 2010 ini, semoga kita berjumpa di BUkit AYer. Hingga ketemu ya!!!

Baiklah,untuk bicarawara kali ini, kita akan muhasabah diri.. Ayuh Muhasabah diri yuk!!!

Seorang alim sedang berjalan-jalan bersama rakannya.Tiba di suatu persinggahan, mereka melihat seekor kalajengking ( scorpion dalam bahasa omputihnya) telah naik di atas seekor katak lalu katak membawa kala jengking tersebut menyeberang sungai. Alim dan sahabatnya itu berasa hairan lalu mengambil keputusan untuk mengikuti kata dan kala jengking tersebut.

Kala jengking tersebut pergi kepada seorang pemuda yang mabuk dan terlantar di bawah sepohon pokok. Rupa-rupanya ada seekor ular mahu menggigit telinga pemuda yang mabuk tersebut. LAlu kala jengkin pun bertarung dengan ular tersebut bagi mengelakkan ular menggigit telinga pemuda tersebut.

Kala jengking dan ular tersebut pun bertarung hingga ular itu mati.

Maka, alim dan sahabatnya pun mengejutkan pemuda yang mabuk tadi.

“Wahai pemuda,insaflah akan dosa-dosa yang telah engkau lakukan.”

APabila pemuda itu melihat keadaan dirinya yang telah diselamatkan oleh Allah melalui kala jengking itu.dia pun berkata..

“Ya Allah,aku telah menderhaka kepadaMu namun ENgkau masih menyayangiku.Ampunilah dosaku..”

AKhirnya,pemuda itu pun menjadi seorang abid yang alim di tempatnya..

Moral of the story..

1. DI saat kita menderhaka,Allah masih lagi menyayangi kita. Allah tidak mematikan kita apabila kita meninggalkan solat dengan sengaja tapi Allah berterusan memberikan nikmat kepada kita. JAdi,kenapa kita masih mahu menderhakaiNya.

2.Sesungguhnya Allah maha Penyayang. tetapi kita masih acuh tak acuh apabila beribadat kepadaNya.

3. Kalau kita derhaka kepada Allah,sedikit pun tidak menjejaskan kekuasaanNya.

4. seorang imam pernah berkata”Aku takut jika dilemparkan ke neraka dan Allah tidak peduli kepadaku.”

5.Di mana keinsafan kita sebagai hamba?

Travelog seorang rijal

Pengenalan:travelog seorang rijal

Ia tentang sebuah impian

Subuh itu,kelam masih lagi menghiasi lukisan malam.Fajar mula mengganti sang bulan,bertugas seperti arahan Pencipta.Persekitaran Kota Sarang Semut itu terasa damai.Angin lembut mengusap pipinya,membelai seorang hamba Allah yang bangun menunaikan solat subuh berjemaah di Surau Al Abrar.

Haji Muadz menyeluk kunci motosikal Honda Cup miliknya yang setia.Motor itu sudah tua benar.Bahkan lebih tua darinya.Motor milik ayahnda Umar,yang diwarisi sejak 20 tahun dulu masih lagi sedia berbakti.Dia menghidupkan enjin,pantas membelah kepekatan malam,menuju ke warung Pak Cha.

“Isa,hang dah beli surat khabar hari ni?”

“Ada,cuba tengok kat atas meja tu.”kata Isa Zul Muhammad yang lebih dikenali dengan panggilan pak Cha,sambil menuding jari ke arah meja yang berwarna merah.Dia kelihatan sibuk melayan pelanggannya.

Haji Muadz mencapai surat khabar itu.Terpampang tajuk utama,Tanah Palestin dirampas lagi.

Matanya meliar menyelak halaman itu.Dia membaca dengan teliti.Dia melihat gambar sekumpulan anak muda melontar batu ke arah tentera Israel yang bersembunyi di sebalik kereta kebal.Ya,israel bangsa yang pengecut!

“Celaka Israel!!!”hatinya menjerit.

Dia mengetap bibirnya geram.Perasaan marahnya membuak-buak.kadang,tangannya digenggam erat membentuk buku lima yang benar-benar mantap.

“kalaulah aku ada anak lelaki,akan aku latih dia untuk syahid di jalan Allah.”hatinya berbicara.Dia benar-benar maksudkannya.Ya Allah,kurniakan aku seorang pemuda yang sanggup syahid di jalanmu.Dia berdoa.

Selesai membayar harga nasi lemak dan sedikit kuih-muih.Dia segera berangkat pulang ke rumahnya.Mahu menghantar tiga anak perempuannya ke sekolah.Itulah rutin hariannya.

Itulah tugasnya sebagai seorang khalifah,yang memimpin keluarganya,demi mengharap redha Allah.

Malam itu,Jannah,isteri Haji Muadz mendekati suaminya yang asyik membaca Riyadhus Shalihin karya Imam Nawawi.Haji Muadz begitu khusyuk membacanya,bahkan gemar membacanya sambil memegang sebatang pensel.Sudah menjadi tabiatnya,kerana sejak kecil lagi Haji Muadz sudah dilatih untuk membaca sambil menggariskan isi-isi penting.Jannah merenung suaminya,kacak suami aku ni.Puji Jannah di dalam hati.

“Abang,Jannah ada dua berita baik ni.”

Haji Muadz membetulkan cermin matanya.Dia melihat wajah tenang isterinya yang tersenyum.Dia membalas senyuman manis isterinya,ikhlas.

“Berita apa sayang?”tanya Haji Muadz lembut.Dia sentiasa memanggil isterinya dengan panggilan yang manja dan Jannah benar menyukainya.Bukankah romantis di antara suami dan isteri itu sunnah rasul?

“Yang pertamanya,kesemua anak-anak kita mendapat tempat pertama di dalam kelas.”

Alhamdullillah.Haji Muadz mengucap syukur.

“yang keduanya Ummu Alia?”

“Yang keduanya,Jannah mengandung lagi ya habibi.”

“Alhamdullillah,Syukur kepada Allah”kata haji Muadz.Hatinya diselubungi awan kegembiraan.Terima Kasih Ya Allah!!

Dia segera menghadap kiblat,lalu bersujud syukur.

“Ya Allah,syukur kepadaMu,Pemilik Seluruh Alam.Dengan izinMu,semoga yang lahir nantinya adalah pemuda,akan aku siapsiagakan dia untuk syahid di jalanmu.”

Haji Muadz memimpin isterinya,Jannah ke ruang tidur.Dia membelai lembut ubun-ubun isterinya.Dia mencium dahi isterinya.Hatinya berkata,kamu sedang mengandungkan tentera Allah ya Ummu Alia.

Dia tersenyum.Senyuman yang membawa seribu makna.Senyuman penuh keyakinan,anaknya akan mewarisi impiannya.Syahid sebagai tentera Allah.

Sebelum tidur,dia membaca surah Muhammad.Dia yakin,seketul daging di dalam rahim isterinya pasti mendengar surah yang dibacanya.Semoga kamu mencontohi nabi Muhammad S.A.W..

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (Surah Muhammad,47:4)

Seusai membaca Al Quran,Haji Muadz merebahkan badannya di atas katil.Dia agak letih,seharian bekerja sebagai tenaga pengajar di Sekolah Rendah Sanglang sebagai guru agama.Tambahan pula,pihak sekolah sibuk menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran peringkat daerah.

Dia melelapkan matanya.Dia mahu lelap semahunya..Lelap demi berjumpa dengan Pencipta.

“Abang,bangun untuk solat subuh.”Jannah lembut bersuara.Dia menyentuh bahu suaminya,perlahan.

Dilihat suaminya masih lagi diam.Diam membatu,Jannah memanggil lagi.

“Ya habibi,bangun untuk mengerjakan solat subuh.”

Jannah menggoncangkan bahu suaminya.Haji Muadz masih lagi membatu.

Hairan,fikir hatinya.haji Muadz seorang yang amat sensitif.Kebiasaannya,suaminya akan bangun dengan panggilan yang pertama.Dia menekapkan telinga di dada suaminya.Tapak suaminya digenggam erat.Sejuk.Tiba tiba,hatinya hiba.

Air matanya mulai menitis.Dia mencapai telefon bimbit.

“Abdullah,abang Muadz sudah kembali…”

Air matanya mengalir laju.

Ya Allah,tabahkanlah hatiku.Bantulah aku Ya Allah…

Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”

Sultan Abdul Hamid II

Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.

Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya.

Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh.

Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce.

Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair.

Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.

Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup.

Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun. Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik , intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212).

Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah.

Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi.

Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin.

Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan

“Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin”, mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan.

Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan:

“Sesungguhnya jajahan Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri”.

Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.

Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah :1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.

2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris.

3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank

4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga.

5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.

Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, “Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja akuberhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!” Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya.

Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam.

Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?” Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka.

“Negara telah memecat Anda!” Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan.

“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?” Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya.

Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan. Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu.” Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya.

Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah.

“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami.” Esat Pasha menyambung pembicaraan.Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu.

“Bawa adik-adikmu ke dalam.” Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka.” Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah.

Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu.

Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang.

Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:

“Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas.

Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka.

Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.

Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

22 September 1909

(Tandatangan Khalifah)

Pelayan Kaum Muslimin

(Abdul Hamid bin Abdul Majid)

Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifahke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!” keluh Sultan Abdul Hamid

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua.” Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini.” Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata.

Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan.

Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk.

Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan. Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti.

“Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya.” Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih.

Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera.

Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera.

“Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal,” doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa…Islama!!!

Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.

Nota aeizat;Ucapan Sultan Hamid telah diabadikan di dalam ladu Soldier Of Allah

Kisah III

Kisah III

Kalau pungguk rindukan bulan,maka aku rindukan siapa..??

Kerlipan bintang buat dia rasa tenang.Jiwanya rasa begitu kosong ,dia menikmati sendiri langit yang tenang itu setenang jiwanya.Di bawah rendang pohon ceri yang teduh itu tambah asyiknya dia beribadah.Angin yang membelai pipinya terasa lembut sekali.Kadang,terdengar bunyi burung berzikir riang.Saat cengkerik berlagu SubahanAllah.Meski dia tidak faham bahasa burung mahupun haiwan lain,tetapi dia yakin semuanya memuji Allah.Bahkan,mungkin mendoakan kesejahteraan dunia.Terutama saudara seagama yang berjuang di Gaza.Ya Allah,selamatkan dunia dari kekejaman,selamatkanlah..hatinya berdoa.tiba-tiba……

“Assalamualaikum.”

“Wassalam.”

“jauh termenung?”Tanya ustaz Mahfuz.

“Bukan termenung ustaz,tapi tengah memikirkan keagungan Allah.Hikmah agung penciptaan alam ni.”Jawabku,bersahaja.

“Alhamdullillah,baguslah,kerana mengingati kebesaran Allah merupakan salah satu cara nak memantapkan iman.Moga usaha kita dirahmati Allah.”

“InsyaAllah”

“Akh,ana bawa hajat besar ni.”

Hajat?Kata-kata ustaz mahfuz tiba menyentak hatinya.HAjat apa ni?Hatinya bertanya.Besarkah?Beratkah hajat itu?sanggupkah aku memikul hajat Ustaz Mahfuz?Akal mula dihujahi persoalan.

“Apa hajatnya,ustaz?”

“Ana mahu nikahkan anta dengan anak saudara ana.Sanggupkan akh?’tanya ustaz Mahfuz,penuh mengharap.

Aku melepaskan hembusan nafas perlahan.Cuba memikirkan jawapan terbaik yang akan dikemukakan.Bukannya mahu berdebat syafiq.Jawab ya atau tidak!itu sudah memadai.hati kecilku berbicara.Tidak hati,kalau ikut rasa binasa,ikut hati,mati!Lalu,lidah mengumpul segenap tenaga.Aku jujur ya hati!

“Ustaz,bukannya ana tak mahu tunaikan sunnah Rasul.tapi ana belum punya kemampuan.Lagipun,ana masih belajar dan ana punya misi yang perlu ana selesaikan.Harap,ustaz mengerti.”

“baiklah akh,ana faham.Ana doakan agar misi akh tercapai dan semoga Allah membimbingmu dengan apa yang dikehendakinya.”

“Terima kasih akhi,kerana memahamiku.”

“Jazah kallah kheyr.”

Hati bertanya.mampukah kau melaksanakan misi kau syafiq.Tegakah kau berkorban demi Allah..?Adakah kau ikhlas Syafiq?Atau kau mengharapkan sanjungan manusia dari keredhaan Allah?Yang mana pilihanmu syafiq?Syurga?Neraka?

Dia mahu lelap,kerana dia mahu mencontohi Muhamad Al Fatih,sultan yang tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.Meski dia sendiri,baru berjinak-jinak dengan cinta Rabb.

Tetapkanlah hatiku Ya Allah…

MACAM rumah hantu!!

Alia mengeluh.rumah batu usang yang menanti rebah ke bumi itu hanya satu-satunya rumah yang masih kosong di kampung ini.Tadi,anak Mak Su Tuan empunya rumah  telah menerangkan segalanya tentang rumah ini.Tentang masalah airnya,tentang masalah ‘apinya’.Terkejut juga Alia bila disebutkan api,ingatkan rumah ini akan terbakar bila-bila masa,rupanya ‘bekalan api’ merupakan bekalan elektrik.Itu kan ‘bahasa utara’!Geramnya Alia,mahu saja dia bakar rumah ini dan bakar rumah bekas majikannya. Manakan tidak,rumah ini mempunyai seribu satu masalah.Masalah lagi…keluh Alia,di dalam hati.

“Assalamualaikum.”TErdengar kalimah salam.Pertama kali dia mendengar lafaz salam sejahtera itu!

“err,waalaikum salam..Ada apa?”

“saya anak Mak Su empunya rumah.Tadi,Mak suruh saya datang tengokkan rumah ni.Katanya,ada masalah bekalan elektrik.”

“Oh,masuklah.’Kata Alia.

“Ada orang lain yang tinggal dengan cik?”

“Tak ada,kenapa?”Alia dah rasa gementar.Bimbang,entah pemuda itu Perogol Misteri.(Ish,Alia!jangan tuduh dia yang bukan-bukan!)Takut,Alia bersiap sedia.Dia segera mencapai tas tangannya,lalu mengeluarkan gas pemedih mata yang sentiasa dibawanya.

“Kalau begitu,petang ni saya datang ya.assalamualaikum..”

Terkejut Alia.Mungkin dia nampak gas pemedih mata yang aku bawa.Lalu,dia pun lari.Fikir Alia.Hah,tahu pun takut.jangan ingat aku ini wanita yang akan biarkan maruahnya ternoda!

Alia memang ‘sedikit’ anti lelaki.Sedikit saja,kata hati Alia.Kalau Alia memang benar benci lelaki.bermakna dia juga benci ayahnya!Bukankah ayahnya juga lelaki,takkan ayah seorang perempuan.Alia mula fikir yang bukan-bukan.

Ish,Alia,kamu tu perempuan.Bukankah lelaki dan perempuan itu saling melengkapi?Getus hati kecil Alia.

Sedang asyik melayan perasaan,tiba-tiba Alia dikejutkan lagi.

“assalamualaikum”

Hah, ada lagi! Kali ini,Alia benar-benar bersedia,gas pemedih mata sudah bersedia menghambur mangsanya.Lalu,Alia menoleh mahu melihat wajah ‘mangsanya’.Perempuan!

“waalaikum salam.”

“saya Nurul Husna,Ini mak kirimkan telur itik masak lemak dengan nasi.Kata mak,mesti kakak penat.Baru datang dari ibu kota.Jadi,makanlah ya.Husna balik dulu.”

“terima kasih ya.”Ucap Alia.

Husna melangkah.

“Husna..”Seru Alia.

“Ya,kak.”Alia berpaling.

“Tadi,mamat yang berpeluh-peluh tadi tu abang husna ke..?”

Husna berfikir sejenak lalu bersuara..

“Oh,itu abang Fadhil,dia anak mak yang nombor dua.kami panggil dia Angah.”

“Oh,ye ke?kak ingatkan perogol bersiri mana tadi yang nak ambil kesempatan tadi.”

“Perogol bersiri?hah,angah tu memang tak serupa orang.Dia suka buat benda yang pelik-pelik.Sebenarnya,angah tu baik orangnya.Cuma mata dia tu yang ganas sikit.Tak hairanlah orang kampung pernah gelarkan dia Sherlock Holmes melayu.”Terang Husna panjang lebar.

“oh,”Angguk Alia perlahan.”Berapa umur Husna?”

“Husna baru tingkatan lima jadi Husna ni sweet seventeen..!!Kakak pula apa namanya?Apa Husna nak panggil ?”

“Panggil kak Alia ye..”Jawab Alia tersenyum.

“Kakak ni cantik.Kakak ni anak omputih ke?”

Wah,Husna bertanya macam Alia ni penjenayah yang menceroboh tanah Palestin.Dengan tenang Alia menjawab.
“Eh,tak lah.Kakak ada darah campuran cina,melayu dan arab.”

“Eh,dah nak masuk maghrib ni.Husna balik dulu ya kak.”

“baiklah,sampaikan salam kak dekat Mak Su ya?”

Alia menutup jendela.Dia mahu mandi,dan dapatkan rehat yang secukupnya.,nasib baiklah besok cuti.Jadi,dapatlah dia berehat dengan secukupnya.

Selesai mandi,Alia merebahkan badannya di atas katil.tilam yang disediakan oleh Mak Su benar-benar menggoda dia untuk tidur.Dia mahu lelap.Lelap ke dalam dunianya.

Allahuakbar Allahuakbar!!
Lafaz azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib.Alia terkejut.Sudah lama dia tidak mendengar kalimah itu.
Dia termangu,dia rasa bagai baru dilahirkan setelah mendengar kalimah itu.
Sudah 20 tahun dia lupa pada Khalid.
Sudah 20 tahun dia sesat dalam dunianya.sudah 20 tahun……

Kisah II

Kisah II

Hati yang sudah kosong,kerana menyerahkan hati bukan lagi untuk dilukai…..

“Alia bukan tak mahu kahwin,mama tapi..”

“Tapi apa?”Soal mama pantas.

“Alia belum ada yang berkenan di hati.”

“Kamu tu dah terlalu tua,Alia.Dah masuk 25 tahun pun anak mama ni.Zaman mama kecil dulu,umur 25 kalau tak kahwin lagi memang tak laku tau.Dah jadi andartu pun.”

Teringat perbualan mama dengan Alia pagi tadi.Sedang enak menyuap roti telur kegemaran Alia.Tiba-tiba,mama tanya soalan cepu mas.Tersedak Alia,bukan main susah lagi dia nak cover depan anak saudaranya.Lalu,demi mengelak disoal dengan soalan-soalan yang menyeramkan tu,Alia meminta izin untuk segera ke pejabat.Alasannya,takut trafik jammed.

Dia bukan mahu menghampakan mama,tapi dia sudah serik dikecewakan,meski buat julung kalinya hati dipatahkan semasa di tahun lima!Pengalamannya itu telah membentuk idealisme baru bahkan menzahirkan cita-cita yang tak pernah diimpikan sesiapa,iaitu menjadi bujang seumur hidup!

Hari-hari selepasnya,dia tetap Alia Aisyah binti Habibullah,Siti Norbaya abad millennium.Dia membesar sebagai anak gadis yang mewarisi darah cina,arab dan melayu itu membuatkan dirinya tetap istimewa meskipun setitik cuma.Keistimewaannya itu secara tak langsung telah membuatkan dia dikenali semasa di alam sekolah menengah.Siapa yang tak kenal Alia Aisyah binti Habibullah.Dia pelajar paling popular(perasannya Alia ni).Setiap hari,ada sahaja surat yang diterimanya.Setiap hari ada saja coklat dihulur padanya.Bahkan,ada yang menghadiahinya bunga mawar lagi.Romantis kan?

Tapi,semua pemberian peminat rahsia dan terang-terangan semuanya dilayan sama rata,tempatnya tetap di tong sampah.Apabila kawan Alia menyedari hal itu,mereka akan memarahi Alia kerana tidak menghargai.Lalu,Alia akan bertanya,siapakah yang tak menghargai?

Kawan-kawan Alia pun geleng kepala,bingung dengan sikap Alia yang memang istimewa ni.Alkisahnya yang paling kemuncak ialah apabila Safuan juga cuba pertaruh hati.Safuan,Ketua Pengawas Sekolah yang paling disegani juga ditolaknya mentah-mentah.Alia memang berhati batu!Degil! kata mana.

Alia tersenyum sendiri.Dia menyelak buku kecil di atas mejanya.Dia mengatur rencana hidupnya dengan teliti.Aduhai,selepas ini ada mesyuarat dengan Mr Tong pulak!keluh Alia sendiri.Menyampah betul Alia dengan Mr Tong.Setiap kali mesyuarat,cina tua yang berperut buncit itu selalu menjelingnya sambil melemparkan senyuman.Kalau senyuman ikhlas tidak mengapa,tetapi senyuman gatal!Dia ingat aku ni perempuan murahan kot,perempuan yang mudah mengalah bila ditawarkan pangkat dan duit berjuta.gumam Alia,geram.

Bit!! Bit!!

Alia tersentak,terkejut.Dia menekan butang berwarna merah itu.

“Cik Alia,Encik Hanif dari Kulim Hitech nak jumpa.”

“Suruh dia tunggu saya di bilik mesyuarat ya.”

“tak,bos suruh jumpa En Hanif di bilik bos.”

Bos?aduhai,takkanlah En Hanif tu nak kompelin lagi.jerit hati Alia.

Alia pantas melangkah .Dia tidak mahu lambat kerana nanti tidak ada lagi suara sumbang yang mengata Alia lagi.Pada pandangan En. Hanif,apa yang dibuat Alia semunya serba tak kena.Alia rasa sedikit gementar,rasa yang pertama kali dirasanya.seolah,sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Alia akur,meski dia rasa dia dipaksa.Tadi,bos telah beri kata dua,lalu membuatkan Alia bagai kanak-kanak kecil.harus berkata ya sahaja.Ditukarkan ke Kulim Hitech atau diberhentikan kerja.Aduhai..

“Prestasi kerja kamu amat bagus,namun khidmat kamu lebih diperlukan di sana Alia.Walaubagaimanapun,saya doakan kamu lebih berjaya di Kulim Hitech kerana saya lihat kamu begitu berpotensi”

Alia telah melihat masa depan,dia akan berada di negeri  Jelapang Padi.Dia akan berjauhan dengan mamanya.Dia akan berada di negeri yang kaya dengan beras dan gah dengan lambing hijau kuningnya.Dia akan berada di kampung!Sebuah situasi yang dia sendiri tidak betah.mampukah dia bertatih?

Alia merenung sendiri.Malangnya nasib diri.

Sebuah Pertemuan ;Epilog

Kisah I :

Apakah rasa yang bertanya,tentang semalam yang singgah sebentar..

Permusafiran aku ke Kuala Lumpur begitu terasa jauhnya pada malam ini.Kebiasaannya,masa terluang sepanjang perjalanan ini aku isi dengan aktiviti rutin setiap penumpang iaitu tidur,namun segalanya berbeza pada malam ini.Semuanya serba tak kena.Hitam pekat memenuhi pandangan mata yang menjengah ke luar tingkap bas MaraLiner.Cuma,sesekali kelip-kelip lampu neon turut meng’indah’kan lagi pemandangan.

Pada malam ini juga,mungkin Allah telah takdirkan aku akan bertemu ‘dia’,sang indah yang pernah bertakhta di hati.Aku jadi tergamam tika mata kami bertembung,lidahku kaku,kelu seolah-olah mengunci seribu satu bicara yang cuba aku luahkan.Aku masih lagi ingat dia,raut wajahnya,caranya berbicara bahkan nada suaranya masih jelas dalam ingatanku.Ianya tak pernah terpadam,bahkan takkan bisa untuk dipadamkan.Dialah,yang kugelar sang Indah,yang pernah bertakhta.

*                  *                        *                      *                              *                             *

Aku pantas melangkah.Banyak tugas berat selaku ketua pengawas sesi petang di sekolahku yang harus aku selesaikan.Alhamdullillah,semua tugasan yang diserahkan kepada aku oleh Guru Disiplin sesi petang dapat aku selesaikan.Selepas peristiwa semalam,aku telah bertekad,bahawa aku takkan menyentuh hati mana-mana perempuan melainkan bakal isteriku sahaja.Aku bertekad,biarlah peristiwa semalam tenggelam dalam lipatan kenangan.

Loceng telah pun berbunyi menandakan waktu pulang bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam sesi petang.Pelajar berpusu-pusu pulang ke rumah sebelum matahari melabuhkan tirainya.

“Syafiq,ni ada orang kirim salam kat hang.’Kata Adam,salah seorang teman bilikku,Kediaman Damai.

“Hang ni,bagi la aku rehat dulu.macam ribut.Sapa la pulak awek yang hang pasang kat aku ni.”

“Kali ni,dia yang kirim salam kat hang.Bukan aku yang buat cerita.”

“Siapa..??”hati aku tertanya-tanya.

“Cuba hang teka.’

“Tak mau,dah maghrib,aku nak solat dulu.”Kata aku menutup bicara.

Seusai solat maghrib,aku mencapai Al Quran yang berada di dalam almari.Pusaka tinggalan Rasullullah itu aku tatapi,sayu hati apabila mengenangkan betapa peritnya Rasullullah s.a.w. sewaktu baginda menyampaikan dakwah islamiah yang kini telah menjadi agama yang dianuti oleh dua per tiga penduduk dunia.Betapa besarnya pengorbanan Rasullullah s.a.w..Aku berselawat..Hanyut dalam butir-butir cinta kepada ikhwanku,rasullullah s.a.w.Aku teringat pada sebuah sirah Rasullullah s.a.w.

“Aku rindu pada ikhwanku.”rasullullah memecah keheningan.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian Ya Rasul Alllah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku .” sahut Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda berkata:

“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

aku lantas memperbanyakkan selawat.

Ya Rasul Allah,aku rindu padamu.Berilah syafaatmu di akhirat kelak.Jangan biarkan aku sendiri.Ya Rasullullah,Ya Habibullah….

“Macam mana Syafiq?”Aku membisu,tidak mengendahkan karenah Adam.Aku terus membiarkan diri hanyut dengan ilmu.melihatkan keadaanku,Adam mengubah bicara.Kulihat dia mengeluarkan sesuatu dari kocek begnya lalu memberikan kepadaku.

“Nah,Hana bagi surat ni kat hang..baca la….”

Surat itu aku capai,aku selitkan di dalam buku teks Sejarah,salah satu subjek kegemaranku.

“Wei,baca la sekarang..”Adam mendesak.

“”Alah,nanti la.Kalut la hang ni.Kalahkan aku.La ni kan waktu prep,kita study dulu.Okey..??”

“Okeylah,”Adam mengalah,hampa mungkin.Aku tersenyum,aku tahu,Adam mahukan yang terbaik untukku,sebagaimana aku inginkan yang terbaik untuknya.

Selesai prep,aku bergegas ke bilik.Kebiasaannya,pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam akan ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan.Namun,aku tidak begitu berselera kali ini.Di bilik,aku membuka sampul berwarna merah jambu dengan cermat.Ringkas tulisannya namun tersusun kemas.

Assalamualaikum.

ke hadapan akh Syafiq,

Aku menulis surat ini dengan penuh cinta dan mahabbah.Cinta seumpama seorang penyembah kepada sembahannya.

Akh Syafiq,

Tinta ini menari demi menyampaikan hasratku kepadamu.Hasrat seorang perawan kepada teruna yang dipuja.Seorang insan yang kosong hatinya yang meminta agar kekosongan ini diisi.jadikanlah aku sebuah gedung yang penuh dengan kasih-sayangmu.

Aku memohon agar kembalilah kepadaku.Jadikanlah aku milikmu.biarkan aku menyelam ke lubuk hatimu yang paling dalam..

pernah dulu akh berkata,seandainya bumi terbelah dua,kita tetap akan bersama.kumohon,agar tunaikanlah janjimu.Apakah kata-katamu sekadar pemanis bicara saat bersama dahulu..??

sang pemuja cinta.

akulah pendamba cintamu…

salam cinta..

NurHana Humaira

Kertas berwarna putih pantas aku masukkan kembali ke dalam sampul surat itu.

Malam itu,aku menangis semahu-mahunya.Betapa lemahnya aku.Betapa hinanya aku kerana pernah terhanyut dengan cinta yang dibarisi oleh syaitan.Aku teringat saat indah kami bersama,saat kami berkenalan,kami memadu cinta dan segalanya masih jelas terbayang dalam ingatanku.tapi,aku harus tekad,jiwaku harus kental.inilah pengorbanan aku demi meraih cintaNya.Aku tahu,aku bukan sekufu dengannya kerana dia dari keturunan terpilih,keturunan para ulama.Sedang aku hanyalah anak seorang guru biasa,yang mengajar di sekolah biasa.Aku tetap biasa,dan aku bukan siapa-siapa.Aku tekad,dia tetap bukan milikku,tetapi aku milikNya.

*                            *                        *                              *                               *

“Syafiq,nak makan tak..?bas dah berhenti kat Gurun.”

Kata Sahid memecah khayalanku,teman yang turut sama berkembara ke selatan tanah air.

“Boleh jugak..Aku pun tengah lapar ni..”

“Jomlah,tapi kita solat dulu ya?”

“Itulah yang sebaiknya.”Sahutku sambil tersenyum.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers