Category: 1


Takut pandangan manusia

sumber : google

 

Suasana di musolla Kolej Profesional MARA Bandar Penawar tenang dan damai. Seperti kebiasaan, ada di kalangan jemaah yang sedang membaca Al Quran, ada yang berbual, ada yang sedang solat sunat dan ada yang sedang berdiskusi ilmu.

“Syafiq, kau uruskan pelajar semester dua. Aku uruskan pelajar semester satu.” Hazwan memberi arahan.

Hazwan merupakan Presiden JUSWAR. Badan JUSWAR memainkan peranan dengan menguruskan aktiviti usrah dan kerohanian di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

Saya segera bersetuju. Kaki berjalan pantas ke dewan serbaguna. Pelajar semester dua telah pun berkumpul di suatu sudut di belakang dewan.

Saya memohon kekuatan dari Allah, agar dilepaskan ikatan pada lidah ini. Semoga mereka faham akan perkataan-perkataan yang terlontar.

Saya mengambil masa lebih kurang lima belas minit menyampaikan ucapan yang bertujuan membangkitkan kesedaran peri pentingnya melibatkan diri dalam dunia dakwah.

“Baiklah,siapa yang berminat untuk menyertai JUSWAR?”

Hasil lima belas minit itu, hanya seorang pelajar perempuan semester dua yang berminat untuk melibatkan diri dalam dunia usrah.

Saya kecewa dan gembira.

Kecewa kerana masih kurang kesedaran di dalam diri pelajar ini.

Gembira kerana semuanya mendengar dengan fokus. Sekurang-kurangnya mereka mendengar apa yang ingin disampaikan.

Pelajar perempuan yang berminat menyertai JUSWAR itu namanya Farah (bukan nama sebenar). Saya ajukan nama ini kepada Aizzah. Aizzah merupakan salah seorang naqibah yang mempunyai peranan besar dalam JUSWAR.

Ketika saya melangkah pergi, seseorang menyapa saya.

“Abang Syafiq, boleh saya sembang dengan abang?” Seorang pelajar perempuan menyapa.

“Saya berminat nak sertai JUSWAR, tetapi saya takut dengan persepsi orang lain.” Ujarnya perlahan.

“Apa maksud kamu?”

“Ye lah, saya pun bukannya baik sangat. Kalau saya ajak orang lain berbuat baik, mesti orang akan mengata saya punya.”

Saya mulai menangkap maksudnya dan saya pasti anda juga dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelajar perempuan tersebut.

 

TAKUT UNTUK BERUBAH

Saya ada seorang kenalan perempuan, yang hanya menutup aurat dek kerana tuntutan peraturan.

Biarlah saya tafsirkan kenalan perempuan saya ini sebagai Tasha (bukan nama sebenar).

Jika di kelas atau di kampus, tuntutan menutup aurat hanya dipatuhi oleh Tasha kerana peraturan kolej. Namun, peraturan itu tidak dipatuhi apabila dia berada di luar kawasan termaktubnya peraturan itu.

Setiap kali keluar ke pekan, Tasha tidak lagi patuh peraturan tersebut. Dia mendedahkan aurat tanpa segan dan silu. Hatta di laman sosial sekalipun, gambar profilnya juga mendedahkan aurat.

Sehinggalah, ditakdirkan Allah telah membuka pintu hatinya. Tasha memulakan proses transformasi dengan menukar gambar profil di laman sosial miliknya dengan gambar yang lebih sopan dan berpandukan syariat Islam.

Namun, dapatkah anda bayangkan apabila teman-teman Tasha memberikan komen.

Eh, Tasha dah jadi ustazah la!

Bahkan, tidak kurang yang menulis.

Pergh, geli aku tengok gambar kau pakai tudung, Tasha! Tukar cepat!

Lalu Tasha membatalkan niatnya untuk berubah ke arah kebaikan.

Tanpa sedar, sebenarnya Tasha inginkan kebaikan untuk dirinya. Seiring dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dan kesucian.

Saya pasti bahawa kita sedar bahawa kita memang sedang berubah. Dari kecil hingga dewasa, dari muda sehingga tua, dan orang miskin mahu berubah menjadi orang kaya.

Ya, dan kita juga sedar bahawa dunia juga telah berubah. Bezanya, perubahan dunia berlawanan dengan kehendak dan fitrah kita sebagai manusia.

Dewasa kini, maksiat dan jenayah semakin meningkat. Bahkan, maksiat dianggap perkara biasa dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kita lebih takut untuk berbuat kebaikan, dan ada di antara kita yang bangga apabila orang lain tahu tentang kejahatan kita.

Bangga menjadi pelaku maksiat.

Takut menjadi pelaku ma’ruf.

Jika seseorang itu memiilih untuk menjadi pelaku ma’ruf, mereka akan merasa kerdil dan belum bersedia untuk melakukan perubahan secara total. Ini kerana jalan berbuat kebaikan tidak sehala dengan jalan dunia moden kini.

 

Saya juga pernah menjadi ‘mereka’, terlalu takut untuk mengikut fitrah. Saya pernah mengajak seorang teman saya untuk ke kuliah di surau berdekatan dan inilah respons yang saya terima.

Sejak bila kau join kuliah-kuliah ni. Apa celop!

Jujurnya, saya sedikit kecewa dengan respons tersebut. Tetapi, tanyalah pada diri sendiri. Untuk siapa aku berubah?

Adakah aku berubah untuk dilihat oleh manusia atau dinilai oleh Khaliq?

Islam datang dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dalam keadaan

dagang. Maka berbahagialah orang yang bersama Islam ketika ianya asing.

HR Muslim

 

 

Dengan nama Allah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kekuatan untukku menulis dan memberi kesempatan kepadaku untuk mengukir bicara di laman ini.

Untuk semua pembaca, pendengar dan manusia yang ada mata, kaki, tangan dan segala anggota yang Allah berikan. Ini ada satu pengumuman dan aku ada satu pengumuman.

Setelah sekian  lama aku tak mencoret di laman ini, dan aku ketandusan idea nak tulis apa. Maka akhirnya di suatu pagi yang hening , terang benderang mentol di kepalaku untuk menganjurkan pertandingan seperti ini. Hahahhaha ( buleh tak nak gelak cam setan?)

Best Nasheed Video Ever 2011

Apabila anda dah terbaca tajuk di atas. Tak pastilah samada anda selaku pembaca dah tahu ke tak tahu  apa yang tersirat di sebalik tajuk di atas. Tapi yang pastinya aku nak anjurkan pertandingan membuat/mengarah/meng-edit/mengarang  video nasyid untuk kalian. Ianya pertandingan yang sangat mudah. Dan mestilah ada hadiah..

Syarat-syarat pertandingan

  1. Video itu mestilah asli dan tulen atau dengan kata lain, video itu adalah hasil karya anda sendiri. Kalau anda ciplak ke apa ke, tak berkat hadiah tu nanti.hahahha. menjawab la dengan mahkamah Allah di akhirat kelak.
  2. Kalian bebas menggunakan apa jua cara untuk  membuat/mengarah/meng-edit/mengarang  video nasyid yang nak dipertandingkan tu. Nak guna software atau tak nak guna software, tak kisah asalkan video itu mestilah asli.
  3.  Tak kisahlah nak guna kamera jenama apa sekalipun asalkan ianya berbentuk video dan bukan  gambar. Kalau gambar yang disatukan dan dijadikan video pun bulehlah,tetapi tak digalakkan. AMAT tak digalakkan. J
  4. Di awal video tu hendaklah ditaruk/diletakkan tajuk lagu dan nama kumpulan nasyid terbabit bagi proses kredit terhadap kumpulan itu manakala laman syafiqaizatmf.wordpress.com hendaklah ditaruk/diletakkan sebagai kredit di akhir video terbabit. Meletakkan kredit terhadap kumpulan nasyid dan laman syafiqaizatmf.wordpress.com adalah syarat WAJIB pertandingan.
  5. Untuk submit video itu, mula-mula kena like dulu page Facebuku Laman Pemikiran Seorang Remaja. Jangan lupa LIKE!   Sila klik.
  6. Kemudian, korang upload la video korang dalam page Facebuku tu ATAU korang dibenarkan untuk upload video tu di youtube then letakkan link di laman Pemikiran Seorang Remaja tu.
  7. Markah 70 peratus diberikan kepada jumlah LIKE terbanyak manakala 30 peratus dikira berdasarkan kualiti video, mesej yang disampaikan, dan keaslian video terbabit.
  8. Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang matang dan tidak mengira bangsa dan agama.
  9. Tarikh akhir untuk video itu dihantar/diserahkan/disubmit/diupload  ke laman facebook Pemikiran Seorang Remaja  ini sebelum atau pada 29 Februari 2012.
  10. Segala keputusan dari barisan hakim dan panel juri yang hensem adalah muktamad. Hadiah diberikan kepada dua Video terbaik dan teratas sahaja.
  11. Hak milik video adalah milik anda namun saya memohon untuk menyimpannya secara peribadi dan mungkin menyiarkannya di dalam program ceramah saya.

Anda diberi beberapa pilihan untuk menggunakan mana-mana lagu nasyid di bawah sebagai sound/music background untuk video anda. Sila pilih jangan tak pilih!!

  1. Tidur bangun dengan namaMu- Demascus
  2. Upsy Daisy – I look I see 2
  3. Adakah kau Lupa – (Asif, tak ingat nama grup)
  4. Para PencariMu – Ungu
  5. Alhamdullillah – Too Phat dan Yassin
  6. Bisikan Malam – UNIC
  7. Bicara Hatiku –NICE
  8. Satu Hati – La Khauf
  9. Syukur-syukurlah – UNIC
  10. Cita Pemuda – Shoutul Harakah
  11. HambaMu –Mawi dan Akhil Hayy
  12. Mana Milik Kita – Rabbani

Rasa macam dah banyak sangat pilihan lagu yang diberi.  UNtuk pengetahuan semua, lagu-lagu ini buleh didownload di laman ini (klik), dan kalau tak jumpa jugak . Sila gunakan perkhidmatan Encik Google. Confirm ada punya dan jaminan 100 persen.   INGAT , jangan lupa ikut segala peraturan yang telah ditetapkan dan semoga usaha kalian diberkati Allah.

Sekian terima kasih.

Dah- dah, pergi buat video cepat kalau nak hadiah. :P

Ops, Hadiah??

Hadiah mestilah ada, dan hadiah lumayan yang menanti para pemenang ialah bukan lagi RAHSIA.  Pemenang akan menerima sebuah majalah Solusi, dan wang tunai. Tapi, jadikan matlamat utama adalah ganjaran akhirat, bukannya hadiah tuut!.

Hadiah  yang akan dianugerahkan kepada pemenang merupakan sumbangan hasil elaun belajar yang En. MARA berikan kepada aku. Jadi, cepat-cepatlah masuk!

dan alang-alang dah singgah, jemput la membaca beberapa buah tangan aku.
thanks ya sebab sudi singgah. :)

This article is updated on 8 Feb 2012.
what updated ? 
1. rules and regulation ; dateline from 15 feb is changed to 29 feb 2012 and i also added new two list of song.
2. i add one pic about my conversation between me and fizfendimedia.
3. the two BEST video will be announced as winner!
 

picture

Salam alaik..

nak menulis tetapi tak tahu nak tulis apa..

maaf sayang..

Impian

 

Impian aku:

Jika dikatakan apa itu impian.Maka,aku ini punya impian yang terlalu banyak.

Antara impian aku ialah :

  • Menjadi penganjur program Motivasi yang terkenal di Malaysia.
  • Menjadi penceramah yang mampu mengubah seseorang yang zero to hero.
  • Menyebarkan risalah islam seluas mungkin.
  • menubuhkan Syarikat Jihad Corporation yang mempunyai beribu cawangan perniagaan yang menepati hukum syarak.
  • Menjadi Perdana Menteri MAlaysia.!!!

 

Sedutan daripada kisah motivasi aku dan Prof Dr Muhd Kamil IBrahim

Menangis kerana takutkan Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.” Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.” Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w.” Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Hasil Kerja Photoscape

sejenak di KMK

Assalam..

 

Saat aku sedang mengemudi check point 11 semasa berlangsungnya Kembara Jiwa atau Explorace di Kem Minda Kreatif yang diadakan di Eagle Park Resort,Bukit Ayer di Perlis,,Untuk meluluskan mereka mendapat klu yang seterusnya,mereka diwajibkan untuk menjayakan aktiviti regu.Regu..?jangan tannya aku,tak tahu macam mana nak explain.Regu merupakan satu aktiviti di mana peserta perlu membuat gaya dan membiarkan rakan-rakan mentafsir apakah gaya tersebut.Hingga akhirnya,konklusi ataupun ibrah islamiyah yang dapat diambil dari aktiviti tiu ialah,

“untuk menyampaikan yang telah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim, ianya perlu kepada kepelbagaian cara yang perlu diteroka dan diimplementasikan salaras dengan cabaran dunia hari ini. Antum patut bersyukur di mana antum telah dibesarkan dan dididik dengan pendidikan islam yang membentuk diri antum hingga ke hari ini. Berbanding dengan mereka yang tidak dibesarkan di dalam kalangan orang yang melaksanakan agama.antum patut bersyukur..Tugas antum jadi mudah,jadi antum akan diberi tugasan untuk menegur dan melaksanakan syiar Islam.TApi macam mana..? bila sampai masanya,antum akan belajar caranya..InsyaAllah..”  Demikianlah tazkirah panjang yang berjela-jela..heh3..Biarlah tazkirah panjang pun,asalkan ibrah game ni sampai kat sanubari mereka..

Lalu,aku ditanya seorang sahabat atau lebih dikenali sebagai pak cik Johari.Kebetulannnya menemani aku dan memerhati aku menjadi tunggul kayu di check point tersebut…

“kat mana anta dapat fikrah ni..?”

Terkejut gak bila ditanya tentang soalan berapi tu…Maka aku berkata…
To be continued

“”

siapa kita..?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur’an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan…

Apa Apa Aje?

salam alaik ya ikhwanul Muslimin

Selesai memasukkan mi segera ke dalam bekas berisi air panas,aku menatap wajah komputer peribadiku.mencari -cari idea untuk dimuatkan ke dalam novel Sebuah Pertemuan.idea !! Idea !!  idea !!

Aku memaksa otakku mengeluarkan idea sebanyak mungkin.Aku ketandusan idea!!

Akhirnya,aku memainkan lagu InsyaAllah yang dinyanyikan oleh maher Zain.Siapakah Maher Zain?

Berikut merupakan perbualan bersama rakan melalui dunia maya.

“Syafiq,try kau dengar lagu Maher Zain.lagu dia makan dalam la bro.!”

“Nanti aku cari tengok.”

Nama yang asing bagiku.Siapa Maher Zain.?Apa lagu yang dikatakan makan dalam?

Mungkin macam ulat-ulat maksiat yang memusnahkan manusia dari dalam kot.hatiku mula berfikir yang bukan-bukan.Akhirnya,pencarian aku tamat begitu saja sebab aku langsung tak berusaha untuk mencarinya!

falsafah hari ini.Buah Epal tidak akan datang bergolek.jadi,pergi ke kedai untuk membelinya.

Frasa pergi ke kedai untuk membelinya merupakan usaha.jadi berusahalah..!

Kembali kepada topik asal.Topik Maher Zain..

Aku mendengarnya dengan penuh asyik.tanpa kusedari,air mataku menitis perlahan saat mata menatap klip video official InsyaAllah..

so,walaupun,aku pun tak faham apa yang cuba disampaikan dalam entri kali ini.Buat-buat faham aja ya!

Yuk,layan Nasyid pulak..!!!

kurangkan melayan lagu rock yang tak tentu hala tu…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 89 other followers