garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama’

garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama’ iaitu:

1. Menutupi had aurat yang telah ditetapkan – aurat wanita yang baligh ialah SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Rujuk firman Allah dalam Surah An-Nur a…yat 31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.
2. Pakaian yang longgar – agar terlindung pandangan lelaki ajnabi dari melihat susuk tubuh wanita dan wanita terselamat dari fitnah.
3. Pakaian yang tidak jarang – ikut hukum syarak, mesti tebal dan tidak nampak kulit. Kalau nipis walau besar, meleret macamana pun tetap tidak cukup syarat.
4. Tidak serupa dengan pakaian lelaki atau wanita kafir – orang yang cerdik dan berpendidikan, sudah tentu tahu membezakannya. Heboh tentang tudung sekarang yang serupa tudung rahib. Jadi tunggu apa lagi, janganlah pakai yang itu kerana kita akan jadi sama dengan mereka.
5. Tidak bertabarruj – Rujuk Surah al-Ahzab ayat 33. Tabarruj ni ringkas kata ialah berhias, bercantik- cantik untuk pandangan umum. Muka dipakaikan meka-up, pakaian juga dihiaskan dengan glamor sekali seperti artis, maka ianya tabarruj.

About these ads

2 thoughts on “garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama’

  1. Salam, boleh jelaskan lebih lagi tentang pakaian yang serupa dengan pakaian orang kafir? Adakah termasuk sekali pakaian zaman sekarang ini,contohnya blouse, atau baju kemeja untuk kerja. Ataupun maksudnya pakaian yang mengikut pakaian agama mereka?

    • - Prof Zulkifli Mohd Yusoff pernah berkata, Mendedahkan aurat bererti mendedahkan rahsia tubuh yg boleh mengurangkan harga diri, dan menghilangkan sifat malu & rasa segan. Sangat dikesalkan sekali jika kedua-dua sifat malu dan segan ini tidak ada lagi pd kaum wanita. Dari itu, maka tunggulah masa kehancuran & leburnya akhlak, moral serta peradaban suatu umat..

      Terima kasih kerana sudi menghulurkan soalan.
      salam pertemuan dan salam ukhuwahfillah buat anda..:D

      Allah SWT telah berfirman..
      “Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

      seruan ini adalah kepada semua wanita yang bergelar muslim dan sekiranya benar anda mengaku bahwa anda beriman. Maka firman ini ditujukan khas buat anda sebagai seorang muslimah.

      menyentuh perihal memakai pakaian yang bermiripkan orang kafir ialah memakai sesuatu yang menunjukkan bahawa anda adlh sebhagian drpd mreka.misalnya anda memakai lambang salib, pakaian2 orang fasiq (seperti pakaian artis barat/timur/selatan/utara yang tidak menutup aurat). Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang dipakai oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

      jadi,diharapkan agar anda memahami perbezaan antara ini. Takut nnti ada yg claim bukan2..

      utk lebih rujukan, sy cdgkan anda utk merujuk laman Zaharuddin.net atau http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/tudung-yang-dipinkan-ke-belakang.html

      utk lebih info, tanyalah ustazah atau ustaz di kawasan anda..
      yg penting,jgn malu utk bertnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s