Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
- Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
- Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
- Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
- Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
- Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.
Taraf Sijil STPM
- Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
- Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
- Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
- STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
- Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…
Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan
Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan
- Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
- Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
- Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
- Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.
Kelebihan Ambil 5 Subjek
Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.
Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 – 3.00 = 0.75 jauh tuu…
Penggantian Subjek
Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…
Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.
Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.
Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.
Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.
Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.
Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.
Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.
A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.
Pembelajaran Di Tingkatan 6
Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.
Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.
Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.
Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.
Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.
Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.
Gred STPM
Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00
Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00
Sukatan Pelajaran
Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.
Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.
Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.
Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.
Artikel di atas sebenarnya adalah komen yang ditulis oleh saudara Faizi pada 13, 17 dan 18 September 2008 di penulisan tentang Tingkatan Enam Sesi 2008 di ePutra.com. Komen beliau dipaparkan di sini sebagai panduan kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Tingkatan Enam.


kalau amik aliran kemanusiaan,ada peluang x nak ke oversea??
peluang ada di mana2..
insyaAllah..
kalau anda berusaha..
pastikan anda benar2 mahukannya..
jika anda ambil aliran kemanusiaan,peluang anda akan lebih ter arah ke bidang kajian sains kemanusiaan dan saya doakan anda berjaya..
majukan diri untuk Islam,bangsa dan agama..
Saya peliklah……nape ramai mak bapa kata tingkatan 6 ni untuk budak yg level rendah….sedangkan ia satu cara nak pegi universiti.
kerana persepsi masyarakat yang lebih menganggap perkataan ‘universiti’ lebih tinggi daripada title kolej dan sekolah Pra Universiti…
nk tnye pendapat..
lbh baik f6(sastera kemanusiaan) atau kolej komuniti(agro industry)..???
kalu sye msok f6..di U nnt sye bleh amik course ap ea???
Lebih baek form 6 daripada kolej komuniti..
sebab bila anda masuk form 6,seumpamanya anda telah menjejakkan separuh kaki anda ke degree..so,saya rasa tingkatan 6 lebih baik..berdasarkan pengalaman dan fakta..
Assalamualaikum.belajar di tingkatan 6 itu memang satu pilihan yang cukup bagus malah itu juga satu pilihan yang sangat tepat.ramai berpendapat form 6 students nie golongn yang rendah martabatnya malah ada juga segelintir yang menganggap kebanyakan mereka ialah golongan yang tersingkir daripada pemilihan u.jika kita berfikir, dan renungkan sejenak bukankah itu benar?bukankah itu yang berlaku dalam fenomena pelajar kita sekarang?tetapi hanya segelintir bukan?.namun,masih ada golongan yang niatnya untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.malah ramai yang mengelakkan diri dari masuk f6 dan berhajat ke u sebab apa?of cos sbb status!kalau niat nak pegi u sekadar untuk berbangga sbb dah masuk u nescaya tiada keberkatan.sbb itu jika dikaji mengapa ramai antara kita yang menganggur dan mendapat pointer below than 2.9?sbb tiada keberkatan dalam kehidupan.tetapi,masih juga terdapat pelajar yang tidak sanggup mnjadi f6 sbb sukatan pelajaran itu sukar.belum cuba belum tahu.jika kita percaya pada diri sudah tentu Allah memberi yang terbaik untuk kita.
“to be a champion you have to believe in yourselves when nobody else will”
adakalanya masuk u itu lebih baik untuk kita adakalanya f6 itu yang terbaik.istikharah adalah jawapan yang paling tepat.maka berdoalah.lastly,stdying in f6 is fun. =)
saya nk tny pndpt….kalau dpt pointer 2.3 ade harapan atau tak nk msuk ke ipta???
harapan anda lebih cerah berbanding pelajar jurusan diploma..
betul sangat..pasal sy nyer pointer pun 2.3..tp sy jurusan sains la..dpt offer dr ums..kos pngajian tanaman..kos kritikal gak..
assalamualaikum.sy ingin thu pe pndapat kowrg smua tntang situasi sy skrang,.taun lpas ambek sTAM,Pastu gagal.taun ni cita2 nk ambek stpm.Tpi takut2 nk masuk u 6t pyah.Sbab sPM kantoi paper mate.bleh x sy msuk u jka ambek stpm dpt poiter 3 keatas dgan mate sy kandas.
awak belum cuba lagi kan..?
insyaAllah,kalau awak ikhlas untuk majukan diri anda.tiada masalah untuk awak mencatat kejayaan.Siapa tahu,untuk tahun seterusnya mungkin Saudara Marwan dinobatkan sebagai pelajar terbaik STPM seluruh Malaysia?
Saudara Marwan yang dikasihi,
Manusia itu berjaya hanya kerana satu benda,iaitu kerana dia BERUSAHA..
insyaAllah,saya doakan anda berjaya dengan cemerlang.
Semoga Usahamu dirahmati Allah…
oh ya,
petua untuk berjaya..:
1.Jangan tinggalkan solat dan jangan lupa berdoa..
2.Sebelum anda memulakan bacaan,anda dinasihatkan untuk berzikir sebentar untuk menenangkan jiwa anda.
3.Mintalah hanya kepada Allah.
Stpm saya rasa sangat seronok walaupun saya tengah menunggu keputusan spm..Saya nak ambik f6 Aliran sains di sekolah swasta..tetapi sebenarnya saya di sekolah adalah budak sastera…jadi adakah sijil stpm dikeluar kelak sijil itu diterima??disebabkan saya aliran sastera ke aliran sains?..
Saya amat minat fizik..cita-cita saya adalah “man who know everthing” dan saya nak ambik fizik teori di universiti kelak.Walaupun kerjaya fizik teori ini tidak banyak diambil atau kaya atau peluang yang cerah untuk berkerja..saya tak kisah.. sebab kerjaya perkara kedua atau ketiga..perkara pertama saya adalah..”Seseorang Yang Tahu Segala-galanya” saya minat fizik..Saya perlukan dorangan dari cikgu mentor saya dan orang sekeliling saya untuk membantu matapelajaran ini…sekian Terima Kasih..
Tambahan, Harap encik dapat jawab soalan saya tadi..:)
InsyaAllah..saya doakan anda berjaya menjadi apa yang anda impikan.
sijil stpm itu diterima,bahkan anda mempunyai kelebihan dalam mempromosi diri kerana daripada aliran sastera beralih ke aliran sains. Itu merupakan satu kelebihan yang unik.
semoga Sukses!
Terima kasih, Ibnu Fuad..Kerana mendoakan saya berjaya. Walaupun saya belum memberitahu hal ini kepada ibubapa saya…sebab saya lebih selesa supaya mereka melihat dulu keputusan SPM saya..supaya mereka ada keyakinan terhadap diri saya ini untuk mengambil Stpm ini..:)
a’skum . fom 6 ni jpn sndiri anta tawaran ek? blur la sal fom 6 ni , huhu .
assalamualaikum….saya nk tny ,boleh ke student aliran sastera ting 5,mengambil aliran sains di tingkatan 6?
Boleh..tapi awak kena usaha lebih dari student lain sebb anda tak ada basic untuk sains semasa di form 5..
dan jika awk boleh score dlm STPM,anda punya kelebihan yg sangat besar!
Jadi, saya ingatkan sekali lagi..
jika ingin masuk form 6 aliran sains,
anda kena usaha kaw2 punya sebb anda tak ada basic di form 5..
saya doakan semoga anda berjaya!!
good luck!
saya pljr aliran sains(SPM)……..saya teringin nk msk f6…….tp saya confiuS..nak ambil aliran sains atau aliran kemanusiaan…….cite2 saya untk mnjadi guru..apakh pointer y harus saya kecapi.adakah 3.0 ke ats
saya student aliran sains……..saya ingin masuk f6………ttp saya confius nk msk aliran sains or aliran kemanusiaan.saya ingin mnjd seorg guru…….aliran mane y sesuai dgn cite2 saya dan brpkh pointer y perlu saya dpt untk mnjd guru…..adakh 3.0 ke ats……….
kalau 3.50 sudah lebih dari cukup..
klu tak salah..
2.50 or somthing syarat utk masuk institut perguruan.
thanks saya ucpkn,saya nk tanya nie,jika saya msk aliran kemanusiaan,adakah saya ada peluang utk mnjadi guru
peluang bagi pelajar STPM utk menjadi guru sentiasa ada di mana2,
JIka anda bukan lulusan Ins guru sekalipun,anda tetap boleh menjadi guru..
bagaimana caranya untuk saya mohon pertukaran aliran sastera ke aliran sains.. n adakah berkemungkinan besar rayuan saya diterima..?
cara paling mudah,berjumpa guru penyelaras Tingkatan 6 anda..:)
saya ada 1 lagi soalan, apakah sbjk yang sepatutnya saya ambil untuk mnjadi guru mate..untuk pengetahuan anda saya dah ambil keputusan y saya nk ambil aliran kemanusiaan……dan saya x tahu nk ambil subjek apa
Perihal ini,
maaf..
saya kurang pasti.
namun,suka saya katakan..
Saya suka guru matematik..!!!
aliran kemanusiaan itu umum.. Ekonomi, Sastera Melayu, Seni Visual, Pengajian Perniagaan, Prinsip akaun smuanya berada dalam Aliran Kemanusiaan.. Jd, klu nk jd guru matematik dgn sijil STPM, rasanya elok ambik subjek ekonomi / pengajian perniagaan / prinsip akaun di tgktn 6 sbb ketiga-tiga subjek ni byk mengira b’banding subjek lain.. & sejarah pon penting utk memudahkan masuk ke universiti cuma sejarah straight to the point, membaca je, xde mengira.. buat buai tdur pon boleh.. ;p
tp skrgkn susah nk dpt jurusan perguruan jd eloklh jugk ambik subjek sejarah sbb sejarah penting skrg ni..
setuju.
subjek sejarah juga memudahkan pelajar utk dapat biasiswa JPA @ government agencies.
salam sejahtera semua. sy ada masalah disini. sy merupakan pelajar MRSM. dn tahu lepas menduduki SPM. kptsan yg sy dpt ialah 5A,2C,2D. subjek sains sy semua nya sekadar lulus. sy berminat dn mahu meneruskn pengajian ke tingkatan 6. masalah nya, sy keliru nk ambil aliran sn or art. sy jg bcita2 mahu mjadi seorang doktor,tp sy merasakn tidak boleh carry on dgn subjek sn. kerana itu yg terbukti sepanjang pengajian sy di MRSM.
kalau dbri pilihan sy mahu bersungguh2 lg dlm mpelajari ilmu sn sperti yg sy lakukan smsa SPM. sy sdkt kecewa tetapi belajar untuk bersyukur dgn m’andaikn bhwa rezki Tuhan yg tentukan. apakh sy msih ada peluang untuk membiaki diri dn mjdi doktor merupakn realiti bg sy? Atau mungkin kh sy terlalu rigid dgn cita2 sehingga lupa mgukur baju di bdn sendiri?sila bg nasihat spya sy berjaya dlm pengajian d tingkatan 6. terima kasih..
Anda mempunyai dua persepsi yang membuatkan saya keliru dgn personaliti anda.
justeru,saya kemukakan pandangan saya..
biar saya ceritakan sebuah kisah benar tentang lecturer saya.
dia merupakan seorang pelajar yang lemah dalam bidang matematik.
Selepas mendapat keputusan SPM, ayahnya telah memaksa dia untuk mengambil jurusan Pengkhususan sains matematik.
Ya,dia masih seorang yang gagal tetapi akhirnya dia menyedari bahawa kegagalannya di masa lalu bukan penyebab dia harus digelar SI Gagal Dlm Matematik. Untuk pengetahuan anda,dia pernah gagal paper statistik yang menyebabkan dia mengulang sebanyak tiga kali.
dan anda tahu,kini dia di mana.? dia pemegang PHD dlm bidang matematik.
baru sahaja menghadiri konvo di UTM skudai.
Dia menjadikan kegagalannya sebagai azimat untuk mengecap kejayaan yang lebih baik.
kini,anda tahu jawapan saya..
jika anda rasa bahawa anda ingin mengejar cita-cita anda.Maka saya sarankan agar anda berani menerima cabaran . Cabar diri anda untuk berani menghadapi apa yang pernah menjadi kegagalan anda. Jangan pernah takut untuk menghadapi kegagalan. kita belajar dari kegagalan,kan?
Usah jadikan ukur yang lalu sebagai azimat,tetapi jadikan impian anda sebagai pembakar semangat.
Ingat,kejayaan akan datang kepada orang yang malas,tetapi yang datang hanyalah sisa-sisa.
Jadilah orang yang rajin berusaha.
Salam inspirasi
Syafiq Aizat
ibnu Fuad Johari
terima kasih saudara.. nasihat saudara sangat berguna. menjadi kan sy bgn a/bila terjatuh. w/bagaimana pun, sy tlh ditwrkn olh phk kementerian jrsn kemanusiaan di ting.6. sudah sbln sy bsklh di tmpt baru, dn buat masa skrg semua nya bjln dgn lancar. Apa2 pun saudara..beberapa hari yang lalu sy bertekak dngan ibu sy mengenai tawaran ke kpm di johor dan kptm(kolej polytech mara) di kedah. Guru sy di mrsm menasihati sy agar menerima tawarn tersebut. dn sy mangatakn bhwa sy kurang berminat kerana mengunakan pinjaman PTPTN. Saudara tentu tahu akan akibat sekiranya gagal semasa pengajian sekiranya mgunakn PTPTN. w/bgaimana pun..beliau mengatakn bhwa mara akan mberi pnjman sekiranya mmohon krna sy anak sains mara(ANSARA). dan pnjman tersebut akan ditukarkn kpda biasiswa sekiranya mcapai kptsn cmerlng d kolej. adakah sy patut pergi atau meneruskan ting.6? buat pengetahuan saudara kedua2 kolej mnawarkn diploma in accauntancy slma 3 thn. sy tidak mempunyai masalah dlm math tetapi sy enggan mengunakan ptptn. kerana sy tahu, jika rakan sy yg lain mdapat biasiswa knpa tidak sy?hnya ke ting 6 jln untuk sy mdapatkn biasiswa sprti rakan2 yg lain.hati sy ada ting.6 nmn, sy tkt myesal kerana ibu sy memberikn gmbran
yg ngtf sekiranya tkandas di ting.6. sy suka tingkatan 6 krna sy mahu ke peringkat ijazah di universiti. apakah yg patut sy lakukan?
Untuk pengetahuan saudari Delima93,
jika anda memasuki KPTM di ALor Setar,anda mempunyai tiga pilihan.
1) PInjaman MARA
2) Pinjaman PTPTN
3) Tajaan Ibu dan bapa.
Namun,jika anda memasuki KPM di JOhor. (Saya teka BAndar PEnawar)
… anda sebenarnya diberi elaun ,bukan pinjaman. Namun,saya lebih suka menggelar elaun tersebut sbg biasiswa kpd anak2 Kolej Profesional MARA..
Jika anda benar meminati tingkatan 6..
maka,saya cadangkan anda teruskan dgn tingktan 6..
namun,sekadar untuk pengetahuan anda.
di KPM Johor ( Bandar Penawar)…
anda akan ditawarkan peluang pelajaran di luar negara sekiranya anda berjaya mengekalkan pointer anda dengan CGPA 3.75 dan ke atas.
Baru2 ini,seramai tiga orang pelajar telah dipilih unutk melanjutkan pelajaran ke AUsie. Mereka merupakan pelajar yang cemerlang dan mereka grad dengan CGPA 3.89 dan ke atas..
Berkenaan tingkatan 6,
seperti yang telah anda baca di dalam artikel ini.
Inilah antara kelebihan tingkatan 6.
Sebenarnya,banyak lagi..
Walaubagaimanapun,,saya mengharapkan..
walau apapun pilihan anda..
Saya mengharapkan agar anda suka berkongsi kisah anda bersama saya.
mungkin,cerita anda dapat dijadikan modal untuk saya memberi ceramah motivasi di mana sahaja.
Keep in touch!
Assalamualaikum. Saya baru saja mendapat keputusan spm tahun ini dan bercadang untuk ke form six meski mendapat tawaran ke matrik dan diploma. Yg merunsingkan sy ialah , minat saya adalah lebih terjurus kpd perakaunan. Jadì ada kah jurusan ini di stpm ? Agak confuse sedikit kerana saya kini dlm proses utk merayu ke form six. Harap dapat diberi tunjuk ajar. Terima kasih.
jika anda benar meminati bidang perakaunan.
Saya sarankan anda untuk menerima tawaran Matrikulasi.
Pelajar lepasan STPM mempunyai kelebihan untuk memasuki bidang yang disukai asalkan layak dengan keputusannya.
tetapi,lebih baik Matrikulasi kerana anda sudah punya tujuan anda sendiri.
jika di Matrik,anda akan belajar asas dlm perakaunan.
bila di peringkat ijazah nanti,kan senang nk faham apa yang diajarkan oleh pensyarah nanti.
salam,sy mrupakan pelajar lepasan spm jurusan sains,.tetapi kputusan matapelajaran sc sy sekadar lulus..sekarang sy mengalami bbrapa kemusykilan tentang tingkatan 6.sekiranya sy meneruskan pengajian di tingkatan 6 aliran kemanusiaan adakah skop pekerjaan sy akan meluas dan adakah sy perlu meneruskan pengajian di kolej profesional mara(kpm) utk program diploma.,dan satu lagi yg mnjadi kemusykilan sy ialah sekiranya kta meneruskan pengajian di peringkat diploma jurusan bussiness study di kpm,adakan tempoh pengajian semasa di peringkat jjazah hnya 2 thn?hrp dpt membantu,terima kasih.
terima kasih di atas soalan anda.,
Untuk pengetahuan anda :
mereka yang memasuki tingkatan enam sama dengan seol,ah kaki anda telah menjejak sebelah kaki ke universiti.
pada pandangan saya,diploma juga baik dan STPm juga baik..
klu diploma yg melibatkan pinjaman hingga 40 ribu ke atas,personally.SANGAT TAK BAIK!!!
Kolej PRofesional MARA..?
which branch..?
beranang?Indera Mahkota.?
Bandar PEnawar? Ayer MOlek.?
bandar MElaka..?
selamat datang ke KPM !!!
kerana saya juga antara produk KPM..
Assalam..
Saya razana,dari penang..saya nakminta pendapat dari anda,kerana skg saya sikit confuse..hanya Allah yg tahu…saya sgt mmerlukan bantuan dan pendapat dari org ramai.. Alhamdulillah sy telah mendapat tawaran di politeknik kos diploma teknologi maklumat dan rangkaian…tapi dlm masa sy telah aply kpm,alhmdulillah dapat.tapi saya bingung,sbb ayah saya suruh sy masuk poly,tp kakak dan mak saya suruh masuk kpm sbb dia under mara n semuanya ditanggung oleh mara. tapi sepupu saya dia merupakan ex poly,then dia ckp ploy lebih bagus. di kpm saya mendapat kos internasional business di kpm seri iskandar. saya binggung sgt,dan hrp anda dapat membantu sy.antara poly dan kpm manakah yg lebih bgs???? dan kos yg saya dpt yg mana yg lebih cerah untuk perkembangan pekerjaan skg???? tolonglah saya…. maaf klu turut mmbuatkan anda pening…. wallahua’lam…. wsalam..
ini merupakan perbezaab secara ringkas antara Poli dan KPM..
Dari aspek kewangan…
Poli = Anda memerlukan pinjaman PTPTN/ MARA sekurang-kurangnya 15 ribu.
KPM = Anda tidak memerlukan pinjaman kerana anda ditanggung sepenuhnya oleh MARA.
dari aspek suasana dan cara pembelajaran..
KPM dan Poli mempunyai suasana yang sama namun jika di KPM,anda belajar dlm kuantit yng sedikit jadi mudah utk anda bertanya jika tidak faham…
pendpat sy…
jika anda masuk ke Poli dgn diploma Teknologi maklumat,..di pasaran terlalu byk Institusi yg menwarkn diploma sebegini..sy cgdkan..= Jangan MASUK POLITEKNIK…
namun,utk pengetahuan anda..
jika di KPM, sy cdgkn anda supaya menukar kursus anda kepada diploma intregated logistic management yg terletak di cwangan KPM Bandar Penawar,JOhor. Diploma ini masih baru dan mempunyai pasaran yg luas dlm pasaran kerjaya..
Pendapat sya.:
masuk KPM…
kerana jika difikir utk jangka masa panjang..
lebih baik kita buat pinjaman untuk degree nanti..
“D
insyaALlah..
tanya sahaja jika ada kemusykilan.
t/kasih sy ucapakan kepada ibnu fuad.apakah pendapat anda mebgenai tawaran yg diberikan oleh KPM kpd sy iaitu kos diploma in international business?? untuk pengetahuan ibnu fuad saya memilih kampus seri iskandar dan di kampus seri iskandar mampunyai 3diploma iaitu:
-F&HND IN BUSINESS (MARKETING)
-F&HND IN BUSINESS (INFORMATION TECHNOLOGY)
-DIPLOMA IN INTERNATIONAL BUSSINESS.
menurut pendapat anda yg manakah kursus yg terbaik dan mempunyai jaminan yg cerah pada kerjaya kelak…insyaAllah.. wallahua’lam..
saya ingin berikan pendpat,namun saya belum membuat kajian terhadap diploma ini..
Saya cadangkan agar anda membuat kajian secara ringkas mengenai dipoma ini.. maaf kerana tidak dapat membantu kali ini..
saya sertakan link sebuah kumpulan UNite KPM di Facebook..
sertai dan tanyalah soalan di situ kerana terdapat di anatar mereka yang mungkin menjadi senior anda nanti..
Nmun,sekadar pengetahuan..
nilai Hnd lebih tinggi permintaannya di luar negara kerana terdapat golongan minoriti majikan di Malaysia tidak mengiktiraf Hnd.
Maaf ye tak dapat membntu utk kali ini..
ini linknyaa..
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_178290598857092&id=222771157742369&ref=notif¬if_t=group_activity#!/home.php?sk=group_178290598857092&ap=1
jika tidak jumpa,sila lakukan carian dengan menaip..
Unite MahaSiSwa & MahaSiSwi of (KPMBP,KPMIM,KPMSI,KPMAM,KPMB,KPMBM)
Trima ksih sya ucpkan kpd ibnu fuad krna telh byk mmbantu sya…..
sekrang sya lbih ykin untk mmbuat kptsan…
sya tlh mmbuat kptusn untk mnymbg pljrn ke KPM…
smoga ALLAH mmbalas jasa bek ibnu fuad…….
salam….
urm, i want t0 ask, h0w we wanted t0 change fr0 science stream t0 arts stream?? i really DOES NOT INTEREST in science. i 0nly g0t a’s in language n all my science subjects g0t c. i really have a hard tme t0 c0pe with science. i really kinda stress with the stream and actually h0w l0ng will it takes t0 transfer the stream?
Its depend on your form 6 supervisor.
assalamualaikum , saya syieda . saya pelajar lepasan spm . saya tidak berjaya dalam kemasukan ke U . politeknik pula saya tak mohon kerana saya tak berminat . saya ditawarkan masuk ke f6 aliran kemanusiaan . tetapi saya membuat penangguhan kerana saya masih belajar di giatmara kursus fashion and dressmaking selepas habis SPM . saya mengambil sijil SKM tahap 1 . bulan7 baru saya masuk f6 semula . dalam masa yang sama , saya mendapat tawaran ke KPTM di bangi kos pengurusan bank secara kerjasama UITM . saya juga ditawarkan oleh guru giatmara untuk meneruskan sijil SKM ke tahap 2 dan terus ke tahap yang lain sehingga menjadi guru kemahiran . di sini , saya menjadi keliru untuk memilih . saya mahu menjadi guru dan saya juga suka pengurusan bank . tetapi saya memikirkan kerjaya saya pada masa hadapan . adakah kalau saya memilih f6 cita-cita saya untuk menjadi guru tercapai ? atau dgn masuk KPTM saya akan dapat peluang pekerjaan dalam kos itu ? atau lebih bagus saya teruskan sijil SKM tahap 2 dan seterusnya ?
adakah matapelajaran spm: geography,art n commerce menjamin masa depan yang cerah?
SPM hanyalah syarat untuk anda menjejak ke peringkat tinggi.
tidak kira apa aliran yang anda ambil, kalau result nya hancur, tetap tidak berguna .
yang penting ialah pastikan anda berjaya mencipta kegemilangan!
semoga sukses!
saya dpt 1A 3B dlm stpm dgn pointer 3.00 dan muet band 3.result spm saya ok tapi sayangnya saya gagal math.saya dpt B- dlm pengajian am.saya juga tidak terpilih ke ipta meskipun mempunyai result yang baik.untuk pngthuan anda,saya skor A- utk kertas sastera melayu,B- untuk kertas bahasa malaysia dan pngjian am serta B untuk kertas sejarah.apakah sebab sya tidak diterima ke ipta?adakah sebab saya gagal dlm math ktka spm?atau sebab saya mndpat B- dlm sbjek pngajian am?atau mungkin saya skor terbaik dlm kertas sastera dimana semua sedia maklum bhwa tidak bnyak u yg mnyediakan kos utk kssteraan mlyu?apakah pnca dan sbbnya?
sedia maklum bahawa walaupun sehebat mana keputusan CGPA anda sewaktu diploma atau STPM, SPM tetap dijadikan rujukan. Cadangan saya, mungkin anda perlu mengambil paper SPM Julai untuk matematik..
Menjawab beberapa persoalan anda mengenai sebab anda tidak diterima di IPTA ialah berdasarkan beberapa alasan :
1) anda tersalah membuat keputusan sewaktu mengisi borang UPU online di internet misalnya dengan memohon jurusan ijazah yang tidak melayakkan anda untuk mengambilnya.
2) anda telah di”lepas-pandangkan” oleh sistem berkomputer yang dikawal oleh manusia.
mungkin, anda boleh membuat rayuan dan nantikan keputusannya..
apa-apapun, saya doakan yang terbaik untuk anda.
!
Salam…
nak tanya, boleh lagi ke kita nk amik sptm sbg calon persendirian?saya dah kerja dgn kerajaan skang.dulu dpt T6 tpi tolak sbb g poli amik sijil pelancongan.rasa menyesal lak tak amik.skang saya wat pjj diploma kat uitm shah alam..kos dia mahal dan lambat habis.pjj saya tinggal lg 6 semester.saya ni dah umo 27..saya ingt nk amik stpm balik.dr segi kelayakan memg lepas dah cuma skang confuse nk pilih subjek yg sesuai.saya minat dlm bidang perkhidmatan, pengurusan,bisness dan minat nk jadi cikgu atau pensyarah..lagi satu stpm ni baca membaca.jdi klu calon persendirian ni bagaimana cara nak belajar.cthnya ambil tusyen luar atau belajar sendiri di rumah?untuk habiskan semua subjek yg kita ambil nanti berapa tahun pulak?dan ape beza T6 atas dan T6 rendah?TQQ…
http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1254
di atas adala syarat utk menduduki STPM.
sy lebih suka mencadangkan agar anda mengikuti kelas dan diskusi kumpulan.
walaupun STPM adalah subjek membaca
tetapi ianya perlukan kefahaman dlm skop yg lebih luas dan bukan sekadar menghafal.
salam… sye nk tnyer.. STPM sye amek MP ekonomi,bahasa melayu,sejarah+pengajian am… bley ke sye amek course business management and administration kat u dgn MP yg sye dh sbutkn 2?? kalo stpm syer cemerlang n spm sye cme ckup2 makan bley ker sye mohon uni d luar negara????? spm-math sye dpt E,,, yg len BM=A-,SC=C+,BI=B+,AGAMA=B+,SJ=C+…..
TERIMA KASIH~^^
hi..
if saya retake stpm diz year sebagai calon persendirian , sbb result stpm saya tidak memuaskan dan saya ambil 3subjek saja.
so, macam mana pointer itu dikira?? bahagi 4 juga ???
yeap.
tidak kira berapa banyak subjek yang anda ambil,. sistem kiraannya tetap sama.
nice to meet ya, anabella!
so kalau pointer tu campur subjek stpm lama n baru, boleh ka??
nice to meet you too..=)
thanks..
nope :
tak boleh.
assalamualaikum… saya pelajar lepasan spm jurusan sains….tapi, malangnya saya hanya mendapat gred c (kepujian)… adakah saya layak untuk mengambil jurusan sains di tingkatan 6…lagi satu, saya masih keliru dengan ape yang saya ingin lakukan bila saya besar nanti…guru-guru menasihatkan say mengambil jurusan sastera kerana saya mendapat cemerlang tinggi dalam subjek BM,BI dan SEJARAH…tapi saya ingin menjadi seorang doktor…bukan kerana status doktor tue yang tinggi…tapi kerana my passion towards medical…boleh bagi sebarang nasihat tak??????
salam saya nak tanya, kalau ada dua D dalam result spm dan D tersebut merupakan kimia dan matematik tambahan adakah saya layak memohon aliran sains form six?
assalamualaikum. kalau saya dapat 2D dalam keputusan spm dan D tersebut adalah addmath dan kimia, adakah saya layak untuk memasuki tingkatan 6 aliran sains?
Maaf, saya tidak pasti.
berdasrkan pengetahuan saya, syarat untuk melayakkan anda memasuki tingkatan 6 aliran sains ialah subjek sains mestilah B. taktahulah, kalau syaratnya diubah atau tidak.
Assalamualaikum……..
Saya merupakan pelajar lepasan spm 2011…..saya pelajarl aliran sains tulen….tetapi saya brhasrat utk further dlm accounting….kerana saya lebih berminat dalam pengiraan…..saya juga tidak dapat skor dlm subjek sn dengan bagus….saya hanya dpt C dlm semua subjek sn….. Jadi, saya ingin meminta pendapat saudara adakah pilihan bidang(akaun) relevan bagi saya….? Selain itu, saya dpt tawaran ke ting 6 jurusan sains dan tawaran ke institut profesional baitulmal dalam jurusan akaun-CAT profesional….. Sejujurnya, saya lebih tertarik dgn jurusan akaun itu tetapi keluarga meminta saya tunggu surat dari ipta(universiti)….. Saya risau kemungkinan saya tidak dapat menempatkan diri di mana2 U….kerana keputusan saya di mana saya dapat 4A 1B 3C…..tambahan pula, saya mohon jurusan yang tidak ada kaitan dengan aliran yang saya belajar sebelum ini…… Oleh itu, saya mohon sedikit perhatian saudara memberi untuk memberi pendapat terhadap situasi saya ini….. Maklum balas saudara saya sangat hargai…..
Saya mencadangkan agar anda teruskn minat anda di dalam bidang perakaunan. Lagipun, anda terang2 mengakui bahawa anda meminati bidang pengiraan, and as far as i know, anda akan belajar drpd bawah. belajar akaun dr basic.
secara peribadinya, peratusan utk anda menerima tawaran drpd UPU adalah amat tipis. jadi, teruskan usaha anda!
Semoga sukses!
salam..i want to study in overseas in engineering..if possisible in korea or japan..i want to ask if i pursue matrix do i have any chance to study in overseas in engineering..or is stpm gives me bigger opportunities?which should i chose?because i really want to study in these countries…please reply asap..tq for your help..
It must be u re the K-Pop fans or J-Pop Fans?
Am I right?
okey, but 1st of all.
u need to choose the right path whther matrix or stpm.
ofcourse, only few matrix center offer overseas. the matrix I meant is Kolej MARA Banting and Kolej MARA Seremban. This is the only center offer IB. If I not mistakes, KM banting offers engineering. But they didnt straight to Japan or Korea, but much more Ausie and Germany.
I didnt pretty much sure whether using STPM is the gold ticket to fly but Im pretty much sure that STPM is the super duper gold ticket to fly as u have to grad with flying colours.
either matrix or STPM, i ll choose matrix especially KM Banting.
but need to go through UPU laa..
assalamualaikum..sy merupakan pljr alirn sains 2011 .. keptusn spm sy tdk bgitu bgus.. sy dpt 1a 2a- 1b+ 2b 1c 3d .. ketiga2 sbjk sains sy dpt d .. sy bru shja mndpt twrn jrusn kemanusiaan f6.. buat msa ini sy msih lg tdk dpt mmbuat kputusn., sdgkn trikh pndftrn f6 adlh 8/5 .. jd soaln sy ialah
1- bolehkh suadra mmbrithu sy sdikit sbyk tntg jrusn kmnusiaan f6 skirnya sudra thu.
2- skiranya sy mnrima twrn f6 ini, adkh sy msih lg dpt mnerima twrn drpd U? mksd sy, mcm matrik klau kita dh stuju kita xkn dpt mna2 twrn dr U (ipta)..jd adkh f6 juga bgitu??
3- apkh bdang pkrjaan yg dpt sy cburi skiranya sy mgambil jrusan kmnusiaan ini??
p/s: sy amt brhrap saudra dpt mmjwb ketiga2 soaln sy., terima ksih =)
1. Saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut, namun terdapat beberapa perubahan di dalam sistem tingkatan enam dan ianya di luar pengetahuan saya. maaf.
2. Tidak, sekiranya anda telah menerima tawaran tingkatan 6. anda juga tetap menerima tawaran daripada UPU. INi adalah kerana tingkatan enam di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia manakala UPU di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3.Peguam, ahli ekonomi, guru dll.
As-slm, adakah status kewarganegaraan ibu diambil kira untuk melanjutkan pelajaran di Universiti walaupun mendapat keputusan cemerlang spm?… Adik sy lepasan spm dan telah memohon tempat dibeberapa ipta…. Namun dukacitanya walaupun mendapat 9A (6A+,2A,1A-) adik sy tidak menerima sebarang tawaran untuk melanjutkan pelajaran… Stpm satu2nya tawaran yg diperole oleh adik sy… mmg setelah sy baca tentang stpm nie tidaklah seteruk yg diperkatakan malah lebih baik dari program matrikulasi, dan diploma…persoalannya adakah tempat untuk adik sy melanjutkan pelajarannya ke ipta&ipts walaupun berjaya cemerlang di stpm??? Adakah diskriminasi sebegini wujud selepas result stpm?? Untuk makluman ayah dan adik sy adalah WARGANEGARA MALAYSIA….buntu dan gusar memikirkan nasib adik sy, hrp anda dpt membantu…
saya tidak pasti .. maafkan saya.
Tahniah Syafiq..teruskan perjuangan murni ini .Cikgu bangga dengan kamu.